BAB 4

Horror & Thriller Completed 563

“A… aku… aku…” Rudy tergagap-gagap.

“Kau ada masak nasi tak? Aku rasa lapar pulak.” Azwa menarik kerusi. Bau daging salai itu menyelerakan. Rudy sekadar mengangguk.

Rudy memeriksa dua lagi bekas mangkuk tingkat itu. Isi di dalam sudah bertukar. Hati masak kicap dan gulai lemak perut lembu. Rudy menelan liur. Azwa mengambil periuk nasi dan pinggan letak atas meja. Nasi putih dicedukkan masuk ke dalam pinggan.

“Kau tak nak join aku makan sekali?” pelawa Azwa.

Laju Rudy menggeleng. Dia hanya duduk memerhatikan Azwa makan dengan berselera sekali. Dua tiga suap masuk ke dalam mulut Azwa. Suapan seterusnya buat Rudy terkedu. Tekaknya berasa mual lagi melihat darah yang meleleh-leleh dari bibir Azwa. Lebih memualkan bila dia melihat Azwa meratah tali perut yang masih mentah itu. Rudy tidak mampu menahan lagi. Dia meninggalkan meja tersebut. Selera makannya terus mati.

Licin lauk-pauk dalam mangkuk tingkat itu. Azwa mengusap-usap perut. Sedap!

SERBA salah pula kerana dia menghabiskan lauk-pauk di dalam mangkuk tingkat itu. Azwa tidak dapat menahannya. Masakkan lauk-pauk di dalam mangkuk tingkat itu sedapnya luar biasa sekali. Azwa mencari-cari makcik itu di lorong tersebut. Dia mahu memulangkan mangkuk tingkat yang diambil dan memohon maaf.

Tiada kelibat makcik itu kelihatan. Azwa cuba bertanya pada seorang lelaki tua bercermin mata hitam yang duduk menjual tisu di situ.

“Pakcik ada nampak tak makcik yang duduk di sini semalam?”

“Pakcik tak tahu sebab pakcik tak nampak. Pakcik buta.” Lelaki tua itu membalas.

Buta pula. Ingatkan buat-buat buta. Azwa melepaskan keluhan kecil. Kemudian saja dia mencri makcik itu. Dia perlu segera membereskan kerjanya yang tertangguh. Mangkuk tingkat itu ditinggalkan saja di tempat makcik semalam itu duduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience