BAB 7

Horror & Thriller Completed 563

“Ikut suka kaulah!”

Azwa menyarung semula jaket kulitnya.

MAKCIK itu seperti menunggu kehadirannya. Tidak berganjak dari tempat duduknya. Azwa mengukir senyuman. Diserahkan mangkuk tingkat kepada makcik itu.

“Saya tak tahu macam mana mangkuk tingkat ni berada di rumah saya semula? Sedangkan saya sudah memulangkan pada makcik.”

“Kamu habiskan makanan makcik,”

Tiba-tiba makcik itu bersuara. Dia mengambil mangkuk tingkat dari tangan Azwa denngan kasar.

“Saya minta maaf. Saya bagi makcik duit, makcik tak mahu.”

“Hehehehe… duit kau tak boleh berikan aku makan!”

“Makcik… duitlah boleh berikan manusia tu makan, minum dan harta benda.” Kalau tiada duit hidup akan merempat macam makcik itu.

“Makcik tak nak duit.”

“Makcik nak apa? Saya akan gantikan dengan lauk-pauk yang saya makan tu.”

“Hehehehe…” Makcik itu ketawa mengekek-ngekek.

Kepalanya diangkat. Tengadah Azwa melihat wajah makcik mangkuk tingkat itu. Hilang bicaranya. Azwa mengorak langkah jarak jauh.

“Makcik nak daging segar, hati segar, limpa segar, semuanya segar!” Makcik menjilat bibirnya dengan lidah yang terjelir keluar. Air liurnya yang berwarna seperti kehitaman itu meleleh keluar apabila melihat Azwa. Azwa seperti makanannya yang cukup lazat.

“Argh!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience