BAB 8

Horror & Thriller Completed 563

Azwa membuka langkah tetapi kakinya bagaikan dipasung. Makcik bersama mangkuk tingkatnya sudah berada di depan mata Azwa. Sengihan makcik itu kian melebar menunjukkan gigi-gigi runcingkan yang warna kekuningan.

SEBUAH bangunan tinggal terletak di pinggir bandar.

Kepala Azwa terletak di atas meja kayu berlumuran darah tanpa tubuh badan. Kedua belah matanya terbuka luas. Bunyi parang seperti menetak-netak jelas kedengaran. Mangkuk tingkat terletak di meja makan.

Tubuh Azwa dikerat-kerat dengan parang seperti memotong ayam. Makcik mangkuk tingkat tidak sabar untuk mengambil hati, limpa dan tali perut kesukaannya untuk dijadikan hidangan. Makcik mangkuk tingkat menyanyi-nyanyi di dapur. Lidah yang terjelir menjilat darah yang melekat pada bilah pisau.

“Sedapnya… sedapnya…” Makcik mangkuk tingkat mengekek ketawa. Selepas Azwa, tidak diketahui siapa akan menjadi mangsanya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience