MMKT - 2

Romance Series 3462

enjoy your reading!! Bismillahirrahmanirrahim..
***

SEDANG kusyuk Haura scroll instagram, dia terdengar suara orang menyanyi. Yang lebih mengejutkan suara itu datang daripada arah belakangnya.

   "Uish ni ke suara lelaki tu? Ya Allah kalau dia laungkan azan mesti sedap je di dengar. Dah la segak, suara merdu pula tu. Ya Allah andai sahaja dia jodohku, indahnya dunia" kata Haura dalam hati.

   Semua lagu yang Farhan nyanyi semua Haura tahu kerana dia juga merupakan seorang penyanyi tetapi tidak dikenali ramai kerana dia suka memendam bakatnya itu.

   Secara perlahan Haura mengikut lelaki itu menyanyi seakan-akan mereka berduet.

   Haura yang menyanyi secara perlahan sambil tersenyum itu terkejut bila dia baru sahaja menyedari lagu yang mereka nyanyikan sekarang adalah lagu kegemarannya iaitu Just Say You Won't Let Go tambah berbunga-bunga hati Haura ketika itu.

   Farhan pula? Dia hanya tersenyum kerana gelagat Haura mencuit tangkai hatinya.

   Beberapa minit kemudian bas pun bergerak di atas lebuh raya dan tidak semena-mena Haura mengelamun untuk seketika.

   Dia tengah memikirkan apa sahaja perempuan-perempuan yang berada di seat paling belakang itu cop kepada dirinya. Gedik? Tak malu? Atau tiada maruah?

   "Astaghfirullah!! Haura husnuzon!!" Jerit Haura dalam hati.

   Yela, dah dorang pandang Haura seperti ingin menelannya sahaja, siapa je yang tak kecut?

   Mungkin sahaja lelaki itu memang peramah orangnya dan semestinya lelaki itu kepunyaan orang.

   Mana mungkin lelaki sesegak itu masih dalam keadaan 'single' itu yang berada dalam fikiran Haura.

    Dia tidak mahu berharap kerana perkenalannya dengan lelaki itu tidak sampai sejam dan lelaki itu tidak menegurnya langsung.

   Tengah kusyuk dia termenung ke luar tingkap, dia merasakan ada sesuatu menggerakkan bahunya.

   Dalam hatinya

   "ouh mungkin sahaja lelaki di belakangnya itu terlanggar" tetapi semakin lama semakin kuat bahunya bergerak.

   Dengan hati yang takut dia memusingkan kepala dan..

   ZAP! "YA ALLAH HAURA!! TERLALU DEKAT!!" katanya dalam hati.

   Ya, Mata Haura dan Farhan sangat-sangat dekat. Selepas 1 minit mereka begitu Haura terus meminta maaf atas perlakuannya yang agak kurang sopan itu.

Farhan tersenyum lalu berkata

   "tak apa, awak ada ig? Boleh saya minta?" Haura membalas soalan Farhan dengan sengihan dan anggukan.

Farhan menghulurkan telefonnya dan dengan cermat Haura menyambut huluran tersebut. Yela tak pasal-pasal jatuh hp lelaki tu buat naya je.

   Dah lah mahal, takkan Haura nak susahkan Puan Masni Hawa untuk bayar pula kan?

   Tangan Haura bergegar ketika ingin mencari instagramnya itu. Dia punya nervous sampai dia sendiri lupa apa nama instagram miliknya.

   Selepas beristighfar banyak kali baru dia teringat dan lantas menaip takut terlupa kembali.

   Tanpa Haura sedari, Farhan sedang memerhati dirinya yang sepertinya agak kalut. Dalam hati Farhan berkata

   "Kuat gelabah dia ni, comel" sambil tersengih.

   Selepas menerima huluran Haura, dia mengucapkan terima kasih dan mengemaskan apa yang perlu kerana destinasinya sudah menghampiri.

   Takut nanti ada barang tertinggal habis lah dia.

   Haura yang memperkemaskan diri kerana takut nanti keluar dari bas jadi nenek lampir pula. Masuk tadi macam puteri keluar jadi nenek lampir.

   Pergh! Malu weyhhhh!! Haura perasan Farhan yang sedang mengemas barang dan dalam hati Haura berkata

   "eih takkan la sama tempat? Malu la aku!! Semoga dia turun bukan tempat yang sama" sungguh Haura berharap begitu namun semuanya hampa apabila dia mendengar lelaki itu menekan lonceng yang berada di dalam bas itu untuk menandakan dia akan turun di situ.

   Haura dengan muka yang tidak sangka tersebut pantas menoleh kearah Farhan yang berdiri di sebalahnya.

   Farhan melambaikan tangan, senyum dan mengucap "bye" kepada Haura.

   Dalam hati Haura, Haura berkata "bye apanya? Kita turun tempat yang sama okey!"

   Semasa dia ingin membayar, dia melihat driver bas itu memegang not rm1 2 keping. Haura cuak kerana dia tidak mengetahui tambang bas dah naik harga. Dengan ragu-ragu dia menghulurkan duit tersebut.

Driver bas itu tersenyum lalu berkata

   "tak apalah nak, lelaki tu dah bayarkan" seraya menunjuk ke arah figura Farhan.

   Haura yang seakan-akan tidak menyangka cerita yang selalu di bacanya di dalam novel akan terjadi kepada dirinya.

   Lantas dia berterima kasih kepada pakcik itu lalu turun dari bas kerana ingin mengejar lelaki tersebut.

   Haura menyumpah serana dirinya sendiri kerana memakai heels.

   Dengan kesesakan lalu lintas ketika itu, dia cuma mampu memandang lelaki itu dengan pandangan yang hampa.

   Dia tidak menyangka lelaki itu bakal menoleh ke arahnya lalu melambaikan tangan seperti seorang mama baru sahaja menghantar anaknya ke tadika.

   Hati Haura tercuit dengan sikap Farhan itu lalu tangannya di bawa ke bibir dan ketawa.

Haura memegang kata-kata umminya

   "kalau ketawa tutup mulut, tak manis kalau orang nampak kalau ketawa berdekah-dekah dan tak tutup mulut" Haura tersenyum lalu melintasi jalan raya.

   Setibanya di seberang jalan, dia melihat Figura Farhan yang baru sahaja membuka pintu pagar rumahnya.

   Dengan pantas Haura berlari tanpa menghiraukan dirinya yang ber'heels'itu. Dalam hatinya dia cuma mahu membayar kembali duit lelaki tersebut.

   Baru sahaja mengenalinya, sudah memakai duit lelaki tersebut. Tidak manis, kalau umminya tahu habis dia kena piat-piat.

   Farhan yang menyedari Haura berlari ke arahnya dengan pantas menutup pintu pagar dengan laju dan berlari masuk kedalam rumah.

   PAP! bunyi pintu rumah yang terhempas itu kedengaran dari jarak 4 meter.

   Haura menyembunyikan tawaannya kerana gelagat Farhan itu seperti baru sahaja melihat hantu kak limah mencari mangsa.

   Dia mengatur langkah ke rumah rakannya, Aira. Sesampainya di sana, dia menceritakan hal yang dia alami sebentar tadi.

   Aira yang seperti menyedari siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Haura pantas menyuruh Haura membuka instagram lelaki tersebut.

   Haura cuma mengikut kata Aira dengan keadaan yang lesu. Yela, dah berlari kejar lelaki tu siapa je tak penat? Dah la pakai heels!

Dengan riak wajah terkejut Aira berkata

   "WEH! DIA NI IALAH SALAH SATU LELAKI HANDSOME YANG BERADA DALAM LORONG RUMAH AKU NI! DIA NI ADA KEMBAR PEREMPUAN! Ouh nama dia Farhan, aku dengan kakak aku duk usha-usha dia dari dulu lagi pastu aku bercantik-cantik kat sini dia tak perasan pula? Kau yang begini pula dia notice ya"

    Haura yang terkejut dengan lantas mengambil hpnya dari tangan Aira.

"Farhan" kata Haura dalam hatinya sambil menyembunyikan senyuman.



DONE BAB 2
JANGAN LUPA VOTE
HAPPY READING!!

DON'T FORGET TO VOTE, SHARE, FOLLOW AND COMMENT!! ADDIO!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience