MMKT - PROLOG

Romance Series 3462

Haura duduk di pinggir kolam renang rumahnya kerana dia menemani adiknya Nur Sapphire Haifa liaza membuat kerja sekolah sambil melihat keindahan langit pada waktu malam sambil mendengar lagu,

"Langit di hiasi bintang dan bulan. Tanpa kedua-duanya langit akan sunyi. Melengkapi antara satu sama lain" itu yang berada dalam fikiran gadis berusia 14 tahun ini.

Tengah kusyuk dia melihat bintang dan bibir menyebut bait-bait lirik lagu, dia terimbau kenangannya bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah menyangka lelaki itu yang telah meninggalkannya secara tiba-tiba bertemankan 1001 tanda tanya yang berada dalam mindanya.

Air mata mengalir deras apabila terkenang semuanya..

Flashback

"Zaf, Zaf sayang haura tak?" Soal haura sambil memandang Zafrul Syafik.

Zafrul melihat Haura sambil mengunyah sehingga habis nasi goreng air tangan Haura khas untuknya lalu dia tersenyum dan berkata

"Zaf sayang Haura lebih dari segalanya, jangan tanya soalan yang Haura dah tahu jawapannya"

Haura tersenyum dan berkata

"Zaf janji dengan Haura jangan tinggalkan Haura"

Zafrul yang kerling sejenak figura Haura dan berkata

"Zaf akan tetap ada untuk Haura sampai bila-bila. Itu janji Zaf dan pegang janji Zaf sampai bila-bila. Dah jom kemas, tak lama lagi nak masuk kelas. Tak pasal-pasal ada yang berdiri dekat tengah-tengah dataran karang Zaf tak tanggung" mereka tertawa bahagia sambil mengemas bekal yang berada di atas meja dan bergegas masuk ke dalam kelas masing-masing.

End Of Flashback

"Betul kata orang, pelangi hanya datang sementara dan sifatnya tidak kekal. Ya Allah, aku bersyukur kerana engkau menarik orang yang tidak sepatutnya aku sayangi meski aku telah menyayanginya lebih daripada setahun. Tidak mengapa, aku redha. Siapa aku ingin menidakkan takdir Mu? Sesungguhnya aku insan yang lemah. Ya Allah, hadirkan lah lelaki yang tetap dengan ku sehingga ke Jannah Mu dan detikkan lah rasa cinta ini pada waktu yang tetap" doa Haura dengan air mata yang masih masih mengalir.

Tanpa Haura dan Haifa sedari, ummi mereka iaitu Puan Masni Hawa telah berada di belakangnya sejak dari tadi lagi dan umminya telah mendengar segala luahan hati anaknya yang seorang itu.

Dia sebak mendengar luahan hati anaknya dan dia tidak menyangka ujian anaknya begitu berat. Haura yang terkejut dengan kehadiran umminya cepat mengusap air mata yg tersisa dan menarik senyum ikhlas untuk umminya

Umminya berkata

"Nur Sapphire Haura Liana, dengar kata ummi. Apa yang terjadi harini adalah doa angah yang kelmarin. Ummi tahu angah kuat, jangan sedih. InShaAllah, Allah akan gantikannya dengan orang yang lebih baik. Anggap la ini suatu pengajaran, Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita untuk memberikan pengajaran. Ikhlas dan redha, Allah tahu Angah kuat. Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hambanya" kata-kata Puan Masni itu sedikit sebanyak menenangkan hati Haura.

Dengan pantas Haura menarik adiknya lalu memeluk dan mengucup kedua belah pipi umminya menandakan bahawa dia berterima kasih dan dalam hati dia amat bersyukur kerana di kurniakan ummi yang baik dan memahami seperti Puan Masni Hawa

Tengah rancak mereka berbual, ada dua orang menyampuk perbicaraan mereka.

"Amboi, gelak sakan nampak? Taknak share dengan kitorang ke??" Kata Haira dengan riak yang seakan-akan merajuk.

Nur Sappahire Haira Liara ialah kakak kembar kepada Haura dan seorang lagi bernama Muhammad Sapphire Hazra Liandra adik kembar kepada Haura. And for sure dorang ni triplets.

"Along, kau jangan minta puji merajuk-merajuk kat sana, Meh sni angah peluk. Dan adik angah yang sorang ni, meh angah peluk sekali" kata Haura sambil berlari-lari anak menuju kearah kembar-kembarnya itu.

Puan Masni hanya menggeleng melihat telatah anak-anaknya yang tidak matang itu

Suasana rumah tersebut dipenuhi dengan gelak tawa bahagia. Haura bersyukur meski keluarga mereka tidak lengkap tanpa seorang abah, tapi hidupnya tetap terasa lengkap kerana Allah kurniakan ummi dan adik beradik yang memahami.

Dalam hati Haura tidak putus bersyukur dan berterima kasih kepada Ilahi.

Sebelum melelapkan mata, dia teringat akan abahnya yang entah apa sahaja beliau lakukan di sana. Jika terimbau kembali kenangan bersama Tuan Alex Ismadi, dia juga tidak tahu dia perlu menangis atau tersenyum.

Abahnya telah bercerai dengan umminya ketika umurnya 8 tahun dan adiknya berumur 6 tahun, abahnya kahwin dengan janda anak 3. Sehingga kini abahnya tidak mengambil tahu pun tentang diri dan adik bradiknya.

Tetapi itu bukan penghalang untuk Haura terus mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Baginya, meski tidak dapat belaian kasih sayang seorang ayah dia mampu berjaya.

"Semoga kau tabah Nur Sapphire Haura Liana" kata Haura sebelum berdoa dan melelapkan mata..



Done prolog.
JANGAN LUPA VOTE, KOMEN, SHARE AND FOLLOW SEBAB NANTI AUTHOR AKAN FOLLOW BACK

jangan lupa vote, komen share and follow sebab nanti author akan followback. stay tuned

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience