MMKT 6

Romance Series 3462

HARI ini hari sabtu, dan semestinya cuti sekolah. Sudah 2 minggu lebih dia dan Farhan tidak berhubung, dalam fikiran Haura lelaki itu sibuk jadi dia pun tidak patut mengusutkan lagi lelaki itu.

Haura membuka whatsappnya dan melihat status (yg single mesti tu ja krja dia
(? ?° ?? ?°)? jkjk) semasa sampai di status Prince Charmingnya, dia melihat jejaka itu menggambar 1 beg berisi coklat dengan caption

"terima kasih kepada yang bagi, sepatutnya banyak lagi tapi aku dah makan separuh??"

Dalam hati Haura dia bertanya "siapa yang bagi?" "Peminat ke?" "Kawan?" "Bukannya birthday dia dah lepas ke?" namun semua berakhir dengan...

HUSNUZONNNNNN!!!

Come on readers, kita prlu sentiasa husnuzon dengan apa yg trjadi(? ?° ?? ?°)?

Untuk mengelakkan dia berfikiran lebih negetif, dia mengorak langkah untuk ke dapur. Sesampainya di dapur, dia melihat umminya sedang menyediakan bahan untuk buat kek.

Dengan rasa teruja Haura berlari mendapatkan umminya lalu berkata

"Assalamualaikum ummi!! Nk buat kek ape tu??"

Puan Masni Hawa mengurut dada kerana terkejut kehadiran anaknya itu.

Lalu Puan Masni Hawa berkata "Ummi nk buat kek coklat. Favourite angah kan?"

Selepas Haura mendengar penyataan tersebut dengan pantas Haura mengangguk.

"HUWA!! KEK COKLAT UMMI IS THE BEST!!!" Jerit Haura seperti baru menang RM 1J.

Haira yang baru sahaja menuruni tangga terus ke dapur kerana mendengar suara adiknya berteriak kegirangan.

"Angah, angah. Berubah lah sikit angah, hilangkan sedikit childish tu" kata Haira dalam hati.

Selepas kek itu masak, Haura dan Haifa menghidangkannya untuk dijadikan minum petang.

Haura memanggil kembar lelakinya yang masih terperap di dalam bilik tidur selepas makan tengahari tadi.

Sesampainya di depan pintu bilik adiknya Haura menggeleng dan berkata "Alang, Alang tidur ke tu? Bangun Alang, tak bagus tidur petang-petang begini. Jom turun makan, ummi dah buat kek coklat"

Namun semuanya sepi. Haura memulas tombol pintu dan dia melihat figura adiknya yang sedang nyenyak di katil. Haura mendekati Hazra lalu menggerakkan Hazra.

"Alang, bangun. Ummi dah pesan jangan tidur petang kan? Dah bangun-bangun. Ummi dah buat kek coklat, jom kita makan" sepantas kilat Hazra membuka mata. Pasal makan nombor 1 je dia.

"Angah, sekarang jam berapa?" Tanya Hazra.

Haura menggeleng lalu melihat hpnya.

"Sekarang dah jam 3:46 angah. Dah bangun la. Alololo adik bucuk angah ni, pi cuci muka" perintah Haura.

Bergegas Hazra pergi mencuci muka dan menggosok gigi sambil tersenyum. Siapa ja tak suka di manjakan right? Itu lah perbezaan Haura dan Haira.

Haira seorang yang keras kepala dan agak kasar sedikit dan mempunyai hati yang cekal manakala Haura seorang yang lemah lembut, hati pun tak kental mana tapi lasak orangnya.

Mereka menikmati kek coklat itu penuh berselera. Rumah agam mewah itu di penuhi dengan gelak tawa dan usikan sesama sendiri.

"Betul orang kata, mendapat keluarga bahagia juga adalah rezeki yang terindah. Meski tidak lengkap, tetapi apabila kita bersyukur dengan apa yang ada kita akan merasakan kelengkapan itu sendiri. Terima Kasih Ya Allah" desis hati kecil Haura.

SKIP

Seperti hari persekolahan yang biasa, Haura akan bertugas untuk mengawal perpustakaan daripada melanggar peraturan kerana itu memang tanggungjawabnya.

Dia seorang yang lemah lembut tetapi apabila dia jejakkan kaki ke dalam perpuastakaan sekolah, dia berubah jadi dingin dan garang.

Sesampainya di situ Haura melihat figura yang amat di kenalinya, Haura cuma buat-buat tidak melihatnya dan pergi ke rak buku untuk membetulkan apa yang patut.

Dia sudah tidak merasakan apa-apa lagi semasa melihat lelaki tersebut, mungkin kerana sudah tidak mempunyai hati? (Hati Haura kena rompak oleh Farhan(?’?’?)?)

Zafrul mendekati Haura, namun Haura mengelak dan pergi ke rak lain.

Ya, lelaki itu Zafrul Syafik iaitu bekas teman lelakinya. Haura malas bergaduh jadi dia mengelakkan diri sahaja meski dia tahu tiada gunanya kerana Zafrul juga seorang pustakawan di sini.

Zafrul yang rasa bersalah dengan apa yang telah dia lakukan kepada Haura semakin menebal.

Dia menghalang jalan Haura untuk biarkan Haura berhenti melarikan diri darinya.

Haura yang terkejut lantas mengambil 2 tapak kebelakang kerana takut orang berkata bukan-bukan tentang dirinya. Zafrul menarik nafas dalam-dalam dan memulakan bicaranya

"okey, Zaf nak minta maaf. Izinkan Zaf tebus balik kesalahan Zaf"

~ Zafrul P.OV ~

"Okey, Zaf nak minta maaf. Izinkan Zaf tebus balik kesalahan Zaf" kata ku.

Melihat dia senyum membuatkan ku sedikit lega, namun lega itu hanya sementara selepas dia membuka mulutnya.

"tebus balik? Tak payah la, aku dah tak kisah. Aku dah jatuh hati dekat orang lain, nama dia Farhan Syahir. Kau tebus balik salah kau dengan cara doakan dia jodoh aku dan dia lelaki terakhir bersama aku" kata nya.

Aku merasakan seperti aku telah terjun dari tingkat 10, adakah ini kenyataan? Adakah ini cuma mimpi?

"Dia gelarkan kami sebagai Aku dan Kau? Mana perginya Zaf dan Haura?" Soalan itu terngiang-ngiang dalam fikiran ku.

Melihat dia berura-ura mahu meninggalkan ku, dengan cepat aku mengajukan soalan itu.

"Aku kau? Mana perginya Zaf Haura?" Soal ku dengan perasaan yang sebak.

Dia tersenyum lalu berkata "bro, Haura dah pupus dalam hidup kau. Yang di depan kau sekarang ni Lia, bukan Haura. Lia yang tercipta untuk Paan. Lebih jelasnya lagi, Farhan Syahir. Doakan aku bahagia, dan dia yang terakhir untuk aku. Assalamualaikum" katanya lalu beredar dari situ

Selepas melihatnya keluar dari perpustakaan, aku terkenang akan kekhilafan aku dahulu..

Flashback

"Zaf! Tunggu!! Kenapa dengan Zaf ni? Apa salah Haura? Kenapa buat-buat seperti tidak mengenali Haura? Kenapa? Zaf dah tak sayangkan Haura ke? atau Zaf dah ada pengganti Haura?" Soalnya dengan air mata yang bergenang.

Aku tidak mampu melihatnya seperti itu tetapi di sebabkan ini semua untuk kebaikannya, aku sanggup lakukan. Sekarang masanya untuk dia belajar, tahun depan PT3. Aku tak boleh kusutkan pemikirannya.

"Haura tolong jangan nangis, Zaf taknak tengok Haura nangis" cuma aku boleh ungkapkan dalam hati.

Aku berjalan menerusi koridor dan sekali lagi dia memanggilku "Zafrul! Zaf memang nak break ke?"

Aku tidak mahu, tetapi ini untuk kebaikan kita berdua.

"Mana-mana lah" kataku lalu beredar kerana aku tidak sanggup melihatnya nangis.

Aku terkejut saat dia mengatakan "TERIMA KASIH! SEBAB KAU DAH BUAT AKU TIDAK PERLU BERFIKIR TENTANG HATI KAU KALAU AKU MENCINTAI ORANG LAIN!! ZAFRUL SYAFIK!! AKU CINTAKAN FARHAN SYAHIR!!" jeritnya dan dia berlari ke taman sekolah untuk menenangkan fikiran. Itu salah satu tempat kegemarannya untuk menenangkan fikiran.

End Flashback

Aku kembali semula ke alam nyata selepas mendengar bunyi loceng yang menandakan tiba masanya untuk masuk ke kelas semula.

"Ya Allah jikalau lelaki itu boleh membahagiakannya, aku redha. Aku doakan dia bahagia dan Kau kurniakanlah dia kebahagiaan kerana dia sudah banyak menerima kepahitan dalam hidup namun dia sentiasa tersenyum" doaku dalam hati sebelum melangkah keluar dari tempat itu.

Semoga engkau sentiasa tabah, gadis pujaan ku..

~ End Zafrul P.O.V ~

dont forget to vote comment and share

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience