MMKT - 1

Romance Series 3462

KRING!! KRING!! bunyi jam lonceng Haura berbunyi menandakan telah tiba masanya untuk dirinya bangkit menjalani hari-hari yang patut di tempuhi oleh nya.

Dengan pantas Haura mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi kerana umminya selalu berpesan

"kalau kita sengaja lambat-lambat bangun dari katil, nanti kita boleh tertidur balik. Tak pasal-pasal terlepas solat subuh dan berpagi-pagian, tak ke rugi namanya tu?" Itu yang sering Haura ingat dan dia yakin dia akan simpan kata-kata tu sampai bila-bila dan dia akan kongsikan ilmu tersebut kepada generasi yang seterusnya, InShaAllah.

Selepas Haura selesai menunaikan solat subuh, dia terus turun ke dapur untuk membantu ummi dan kakaknya menyediakan sarapan pagi.

"Assalamualaikum ummi, along, morning!!" Jerit Haura tidak ubah seperti kanak-kanak berumur 7 tahun.

Tergeleng-geleng ummi dan kakaknya mendengar sapaan tersebut. Mana tidaknya? Terjah orang sesuka hati macam tu, nasib tak gugur jantung ni.

"Wa'alaikumussalam, apa ni anak dara terjerit-jerit macam tu? Tak manis kalau jiran sebelah dengar" tegur ummi sambil senyum.

Ya, umminya tak pernah menunjukkan muka masam meski dalam keadaan marah kerana umminya selalu berpesan,

"senyum tu akan menjadi ubat kepada hati yang panas".

Haura cuma senyum-senyum kambing dan tertunduk-tunduk menandakan dia meminta maaf. Kakaknya cuma ketawa melihat telatah adiknya yang tak pernah berubah sejak kecil.

Selepas itu, dia mengemas rumah dan menyiram pokok-pokok di kebun mini umminya itu. Tengah sibuk dia menyiram pokok, tiba-tiba..

I Met You In The Dark, You Let Me Up~

telefon Huaweinya berbunyi dan tertera nama Laura. Siapa lagi kalau bukan sahabat karibnya dari sekolah rendah itu? Nur Laura Dahlia, salah seorang daripada 3 sahabatnya semasa berada di sekolah rendah.

Haura menggeleng lalu menjawab panggilan tersebut

"Assalamualaikum ya ahli kubur, nak apa call pagi-pagi ni? First time bangun awal, mimpi apa semalam?"

Laura hanya mencebik selepas menerima perlian dari sahabatnya meski dia tahu Haura tidak melihat cebikan tersebut

"ehh kau, bab-bab perli aku number 1 eh. Wa'alaikumussalam, aku mimpi Baekhyun lamar aku. Tu yang over excited harini" kata laura sambil melompat-lompat.

Meski Haura tidak melihatnya tetapi Haura boleh membayangkan Laura sedang melompat seperti seekor monyet dapat pisang sekarang.

"Kau call aku ni kenapa sebenarnya?" Kata Haura sambil menutup pili air.

Laura yang mendengar kata-kata Haura tersebut secara automatik tertawa kerana dia tahu kawannya ini tengah bersabar dengan karenahnya. Yela, call secara tiba-tiba pastu tak bagitahu kenapa. Dah la banyak kerja tertangguh, buang masa betul.

"Relex sis, aku call sebab nak ingatkan kat petang nie kita ada meet kat rumah Aira memandangkan sekarang ni waktu cuti sekolah. Aku bukan baru kenal kau semalam, pelupa tahap mangkuk periuk pinggang semua tu la! Ntah berapa ekor semut yang kau telan satu hari. Umur 14 tapi ingatan dah macam umur 41, umur 41 pn ingatan masih kuat lagi kau tahu tak!" omel Laura manakala Haura hanya menahan sabar dengan rakannya itu.

Dalam hati Haura berkata

"amboi kau, tunggu la petang nanti aku piat-piat telinga kau" tapi dia mampu cakap dalam hati, biar nanti jumpa terus piat! Biar sesurupris sikit.

"Ha bebel la bebel. Aku naik bas tau, nak sv duit sikit hehe"

Laura yang terkejut lantas berkata

"BEB KAU GILE KE BEB?! BAS?! KAU TAHU KAN BAS SEKARANG SUSAH NAK DAPAT? MURAH TU MEMANG MURAH TAPI AKU RASA SEMPAT AKU ADA CUCU BARU ADA BAS. Naik grab jela" ha sekali Laura sembur HAHA terdiam seribu bahasa weh.

Haura hanya mampu berkata

"ok aku naik grab tpi kau bayar. Deal?"

Laura yg mati kutu itu terus menjawab "naik bas jela jimat duit sikit. Tak apa aku tunggu kau, datang cepat sikit okey? Bye loveu assalamualaikum"

Haura hanya mampu menjawab salam dalam hati dan berkata "ha tahu takut. Aku bukan tak tahu kau pun tengah kering sekarang kan? Haih macam-macam la kau ni Laura"

"Weh kau sekarang kat mana dho? buruk aku menunggu kat rumah Aira ni, member yang lain dah sampai. Tu la kau, aku suruh naik grab je kau taknak. Nak berjimat konon, tengok dah berapa lama masa kita terbuang sebab kau!" Kata Laura.

"Aduh membebel lak nenek kebayan sorang ni!! Aku tengah berpanas tunggu bas ni kau boleh bebel aku lak? Haih sabar la Haura dapat kawan kuat membebel. Kawan aku sorang je ke yang begini?" Bebel Haura dalam hati.

"Aduh Laura, ye aku baru nak naik bas ni kau sabar jap boleh? istighfar banyak-banyak semasa tunggu aku sampai. Dah la aku off dulu, nanti aku dah sampai aku call kau oky? Bye ti amo!!" Lantas Haura off panggilan tersebut.

Haha taknak dengan laura membebel agaknya.

"ehh ehh si pendek ni, ada ke patut off gitu ja. Nasib aku sayang" bebel Laura lagi.

Semasa Haura sibuk mencari tempat kosong untuk dia duduki, matanya tertancap kepada satu figura lelaki.

"Ya Allah, siapa lelaki ni? Mata dia, rambut dia, bidadara ka ni? Aku tak salah nampak kan? Eish kau ni Haura!! Anak orang tu, tak manis pandang-pandang. Gelenya sungguh mung ni" omel Haura dalam hati.

Farhan yang tengah sibuk melayan ML nya memberhentikan aktivitinya secara automatik apabila matanya tertancap kearah bunyi tapak kasut yang menghala ke arahnya.

Dia mengangkat muka lalu matanya terbuntang luas ketika melihat seorang gadis ayu berbaju paplum pink belacan, tudung menutupi dada dan tanpa secalit makeup kecuali lipthin tetapi tetap manis apabila di pandang.

"Ya Allah, siapa perempuan ni? Kenapa hati aku berdebar semacam" kata Farhan dalam hati.

Tengah sibuk Haura memikirkan lelaki tersebut, secara tidak sengaja kakinya melangkah ke tempat duduk di hadapan lelaki tersebut.

"Ehh!! Asal aku duduk kat sini!! Ya Allah malunya aku!! Ummi!! Tolong Angah!!!" Jerit Haura dalam hati.

Rasa macam nak pindah tempat duduk ja, tapi takut orang pelik pula kenapa tiba2 pindah sedangkan tempat tu elok saja.

Terpaksa la Haura duduk kat situ. Ehh terpaksa ke? HAHAHA selepas lama menunggu bas itu penuh, Haura terdengar bunyi yang agak familiar..


'You Have Been Slain'

"uish! Lelaki belakang aku ni budak ML ke? Bagus aku pun main sekali, mana tahu dia tertengok aku main and dia nak ajak aku main sekali dengan dia? Mana tahu kan? Hehe belum cuba belum tahu!!" Kata Haura dalam hati. (haih gedik sungguh kau ni Haura-,-)

Selepas habis 1 game tersebut, Haura terasa bosan dan.. termenung keluar jendela~ (ok, tu lagu hehe) semasa dia melihat tingkap tersebut, terpantullah wajah figura lelaki tersebut.

"Segak weh!! Anak siapa ni!! Haih perlu bagitahu geng aku lepasni!!" Jerit Haura dalam hati.

Setelah beberapa minit Haura sibuk mengusha lelaki tersebut, Haura baru menyedari bahawa lelaki tersebut mengetahui yang dirinya tengah diperhati.

Dengan pantas Haura melihat ke hadapan dengan muka yang memerah.

"Aduh Haura!! Tu la feeling sangat usha orang, kan dah kantoi! Buat malu je" sumpah serana Haura kepada dirinya sendiri. Tanpa Haura menyedari, lelaki itu tertawa melihat gelagat Haura sebentar tadi.

"adeh ada-ada jela budak ni" kata Farhan dengan nada yang perlahan seraya tersenyum.



Done Bab 1!!
Jangan lupa vote!! komen, share and follow. Nanti author follow back

done MMKT 1. jangan lupa vote, komen share and follow sebab nanti author akan followback. stay tuned

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience