BAB 12

Romance Completed 937

Akhirnya mereka sampai ke sebuah restoran hotel. Aim membuka pintu
kereta untuk Xora .

“Ingatkan nak ajak lepak dekat kedai mamak lagi.” Sengaja Xora memerli Aim.

Aim hanya senyum mendengar sindiran Xora .

“Jom masuk.” Mereka berjalan beriringan memasuki restoran.

“Straigth to the point. Mana contractnya?” Xora bertanya sebaik saja
mereka selesai memesan makanan.

“Contract apanya?” giliran Aim pulak berkerut dahi.

“Yala, awak nak cari seseorang yang boleh berlakon jadi isteri awak kan?
sebab tu awak buat Peraduan nie dan saya pemenangnya. So, we are
supposed to have a contract right? Macam cerita cinta contract dalam
novel-novel melayu tu.” Xora membuka tangannya. Xora ingat Aim cuma nak
cari isteri sementara.

“Nope! Saya tak pernah sebut pun pasal contract dalam syarat-syarat
Peraduan saya tu. Lagipun Cik Xora nie real lifebukan novel. Kita
akan kahwin betul-betul bukan berpura-pura mahupun berlakon semata-mata.
Kira cincai kita akan kahwin for real… awak akan jadi isteri saya
dunia akhirat. Ada faham?” serius Aim berkata.

Mata Xora dah terbuntang, mulut ternganga maha luasnya.

“Biar betul? Kita kenal pun baru sehari, bercinta memang jauh ke
longkang la tak pernah… takkan nak kahwin for real kot? Tak logik la
Encik Aimran. Nonsense!” Xora tak setuju.

“Biar tak logik janji masalah kita selesai, kita pun tak pening kepala.
Buat apa nak buat contract? Dah elok-elok kahwin tiba-tiba nak kena
fikir pasal cerai pulak. Nak kena menipu orang sekeliling lagi. Menipu
mak bapak kita lagi. Leceh! Lagipun kahwin contract nie kita tak tau
sah atau tak dalam islam. At least dalam islam tak cakap kalau cara
extreme kita berjumpa nie salah. Niat kita memang nak kahwin
betul-betul, bukan main-main. Ya tak?” Nah, sekali Aim cakap termangu
terus Xora .

Betul jugak apa yang mamat nie cakap.

“Tapi saya masih rasa macam tak masuk akal idea awak nie kahwin for
real? Are you nuts? Baru kenal sehari dah ajak kahwin betul-betul?
Gila! Saya join Peraduan awak nie sebab saya pun ada masalah yang sama
nak elak kena kahwin dengan lelaki pilihan keluarga saya. Tapi saya
expect kita kahwin ada contract, ada tempoh… dua tahun ke paling
lama. Then buat hal masing tak la pelik sangat kalau saya nak terima
tawaran awak.” Xora pun tak mau kalah dalam hujahkan balik fakta dia pulak.

“Kalau saya nak buat contract dah lama saya sebut dalam syarat-syarat
Peraduan tu. Masalah sekarang saya tak letak dan itu maknanya saya tak
nak kahwin contract. Ada faham? Awak janganlah risau, bila saya cakap
kahwin betul-betul bukan bermaksud kita main redah ja jadi husband and
wife. Kita ambik masa, start from the beginning… mula kenal hati budi
masing-masing.” Aim merenung mata Xora sampaikan Xora pulak rasa tak selesa.

“Maksud awak…” belum sempat cakap pelayan hotel datang menghidangkan
makanan. Xora terdiam. Sebaik saja pelayan tu pergi Xora terus buka mulut.

“Maksud awak, bercinta lepas kahwin macam tu?”

“That’s right. Pandai pun.”

“Kalau la kan, andai kata salah seorang dari kita dah jumpa cinta sejati
dia tiba-tiba? Macam mana?”

“Terpulang pada individu tu, kalau dia nak go on dengan perkahwinan
nie teruskan. Tapi bagi saya kita fikirkan benda nie kemudian hari.”
Selamba ja Aim cakap.

“Awak cakap senanglah fikir kemudian hari. Awak lelaki, saya nie
perempuan… kalau jadi apa-apa mana ada lelaki lain nakkan saya lagi.”

“Sebab tu la saya tak nak buat contract Cik Xora . Sekurang-kurangnya
kalau kita kahwin betul-betul kita akan cuba berusaha pupuk rasa sayang
dan cinta untuk pasangan kita. InsyaALLAH masalah yang awak cakap tu tak
akan timbul.”

“Kalau kita masih tak ada perasaan kasih sayang dan cinta tu macam
mana?” Xora masih setia merenung wajah Aim.

“Kita doalah supaya ALLAH kurniakan perasaan suci tu untuk kita wahai
Cik Xora .” Dia menggeleng perlahan.

Xora terdiam. Nasi di pinggan dah tak tertelan. Apa yang dia bayang tak
sama dengan apa yang jadi sekarang. Aim sungguh-sungguh nak kahwin
betul-betul tak nak pakai contract.

‘Kalau fikir balik tak da lah teruk sangat mamat nie. Latar belakang
family pun ok dari keluarga baik-baik. Lagipun kalau kau tolak tawaran
Aim mana kau nak cekau laki buat suami Xora ? Mama dengan Baba dah stand
by Asif tauke ayam tu untuk kau. Dari kau kahwin dengan tauke ayam tu
baik kau kahwin dengan Aim. Mana-mana pun sama ja, dua-dua kau tak
kenal, tak pernah bercinta. Pilih Xora … Aim atau Asif tauke ayam tu.
Pilih-pilih…’ hati Xora berbolak-balik.

Xora mencapai gelas air masak diteguk rakus. Menenangkan hati yang
tengah celaru membuat pilihan.

“Awak setuju ke tidak nie? kalau tak setuju saya kena cari orang lain.
Masa saya dah suntuk Xora .” Aim bersuara setelah Xora diam terlalu lama.
Teringat ugutan Bunda nya tu. Yang sebetulnya Aim harap sangat Xora terima
dia rasa hatinya dah terpaut dengan Xora .

“Kenapa awak tak terima saja pilihan emak awak tu? Sama ja kalau awak
terima perempuan tu awak boleh bercinta lepas kahwin dengan dia.” Xora
balas balik dengan soalan. Soal hidup mati nie! mana boleh main rembat
ja cakap setuju.

“Memanglah tapi masalahnya saya tak nak kahwin dengan sepupu sendiri.
Tak berkembang nanti otak anak-anak saya.”

‘Sama ja dengan kondisi kau Xora . Dia pun nak elak kena kahwin pilihan
keluarga, kau pun sama. Kau bukan kenal sangat Asif tu. Setakat tau rupa
dengan nama nak buat apa? Lagipun kau nak ke jual ayam kat pasar malam
nanti kalau kahwin dengan Asif?’ Hati Xora berkata-kata lagi.

Cepat-cepat Xora menggeleng kepala. Tak nak dia jual ayam kat pasar malam.

Aim hairan melihat Xora tiba-tiba menggeleng kepala. “Cik Xora awak
setuju tak dengan tawaran saya nie?”

Xora mengangkat wajahnya memandang Aim dan… “Saya setuju.”

“Good! Then our problem is settle.” Tiba-tiba Aim bangun dari
kerusinya megeluarkan kotak kecil dari poketnya dan melutut di hadapan
Xora depan orang ramai.

Terkejut Xora dengan tindakan Aim. Apahal mamat ni dah buang tebiat ke apa?

“Kenapa nie bangunlah. Orang tengok kita tu. Malulah!” Xora menunduk
muka menahan malu. Aim pulak hanya tersenyum melihat Xora yang tengah
tahan malu tu. Mukanya kemerah-merahan.

Cantik! Puji Aim.

“Naurah Nur Laili, sudikah sayang menjadi ratu di hati abang untuk
selama-lamanya? Will you be my eternal love and married me?” Aim
memandang tepat ke dalam mata Xora .

Aim melamar Xora ! Xora terkedu tak percaya dengan apa yang dia lihat dan
dengar masa tu.

Tiba-tiba pelanggan yang lain bersorak-sorak. “Terima! Terima!”

Xora rasa sangat terharu. Terasa dirinya betul-betul dilamar oleh
kekasih hatinya. Air matanya mengalir tanpa dia sedari.

“I will and I do…” Xora tersenyum manis. Aim turut tersenyum bahagia.
Cincin berlian emas putih di sarung ke jari Xora .

“Yeah!” orang ramai bertepuk tangan.

Bila suasana dah reda dan Aim dah kembali duduk di kerusinya. Xora bertanya.

“Kenapa buat macam tu? Tadikan saya dah setuju kahwin dengan awak?”

“Because I want to marry you for real. Remember? Jadi saya perlu
melamar awak sepertimana seorang gadis layak dilamar oleh kekasih
hatinya. Awak pun kena ada memori indah juga nak diceritakan pada
anak-anak kita nanti macam mana papa diaorang proposed mama diaorang
dulu. Ya tak?” Aim tersengih panjang.

Xora blushing. Anak-anak kita? Bila Aim cakap macam tu, Xora dapat
rasakan Aim serius dengan perkahwinan sebagaimana yang dia cakap. Dia
tak main-main.

Xora tersenyum senang dengar jawapan Aim. 15 markah untuk Aim! Pandai
ambik hatinya. Buat dia rasa dihargai. Wah, tadi 5 markah ja… sekarang
melonjak naik 15 markah! Total up semua berapa markah ya Xora bagi
untuk Aim pada malam pertama mereka dating? Xora , Xora …

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience