BAB 1

Romance Completed 937

Peraduan mencari isteri segera

Syaratnya mudah saja, anda hanya perlu:

1) Membuat sebuah entry bertajukkan “PERADUAN MENCARI ISTERI SEGERA”.

2) Sertakan gambar terbaru anda.

3) Tulis biodata yang ringkas mengenai diri anda.

4) Memenuhi kriteria-kriteria dibawah:-

- sopan dan ayu. (yang memakai tudung diutamakan.)

- tau menguruskan hal rumahtangga seperti memasak dan menjaga anak.

- lulus SPM dengan matematik tambahan C+ (diploma dan degree diberi
keutamaan.)

- tau berbahasa melayu dengan fasih. (Cina, India, Kadazan dusun pun
boleh sertai. Kata satu Malaysia!

Pusingan akhir : Top 5 akan diadili face to face.

Tarikh tutup : 10 hari dari sekarang.

Anda rasa anda memenuhi segala kriteria di atas? Tunggu apa lagi
sertailah Peraduan ini dan menangi hadiah yang lumayan! Iaitu:

Hadiah utama : Pakej lengkap seorang suami yang berwajah kacak, berkerja
tetap sebagai arkitek dan gaji tetap 5 angka sebulan, memiliki kereta
Kereta Volvo model terkini dan sebuah rumah banglo dua tingkat, berhati penyayang dan bukan kaki pukul, Queen Control jauh sekali!

Hadiah kedua : Tak ada.

Hadiah ketiga : Kalau nombor dua tak ada, takkan ada nombor tiga kan?

Hadiah saguhati : Eh ulang semula rangkap di atas!

SEMOGA ANDA BERJAYA!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience