BAB 13

Romance Completed 937

Naurah Nur Laili dan Rahaiman Al-Ziq akhirnya disatukan. Majlis dibuat
secara besar-besaran di kedua-dua belah pihak. Maklumlah Aim anak lelaki
tunggal dan Xora pula anak bongsu.

Bermulalah kisah Aim dan Xora untuk cuba menyayangi satu sama lain...
bercinta lepas kahwin, boleh bahagia ke?

Tetamu semua dah pulang. Xora sedang mundar-mandir dalam bilik
pengantin. ‘Kejap lagi Aim masuk… apa aku nak buat nie?’ dia menggigit
jarinya. Tudung di kepala masih dipakainya.

Tiba-tiba pintu bilik ditolak dari luar. Xora makin panik… macam mana
nie?! kelam kabut dia lompat ke atas katil. Pura-pura tidur!

Aim melangkah memasuki biliknya dia ternampak Xora dah tidur. ‘Penat
sangat agaknya sampai tudung pun tak bukak.’ Aim membuat kesimpulan
sendiri.

Dibuka pintu almari dan dicapai baju bersih. Selamba badak ja dia tukar
baju dekat situ, dia dah terbiasa macam tu sebelum nie. Lupa yang dalam
bilik tu ada lagi seorang mahkluk yang berlawanan jantina dengannya.

Xora terkejut. Cepat-cepat selimut ditarik tutup seluruh muka. First
night lagi dah dapat free show! Berdegup kencang jantungnya. Niat di
hati nak mengintai sikit ja… tapi terbanyak pulak yang dia nampak… kus
semangat…

Lampu bilik di padam. ‘Errk, dia padam lampu…’ Xora dah berpeluh. Katil
bergoyang! Tanda Aim baring sebelah dia. Bertambah kencang jantungnya
berdegup! Nak tercabut dah nie. Tak berkelip mata Xora di bawah selimut.
Tak boleh jadi nie. Xora terus bangun, lampu katil di buka.

“Ingatkan dah tidur tadi… kenapa nie?” Terkejut Aim tiba-tiba ja Xora
bangun terpacak macam tu.

“Err, panas…” Xora mengibas-ngibas bajunya.

“Mana tak panas dah tudung tu tak bukak.” Aim terus mengambil bantal
panjang dan dipeluknya nak tidur. Penat sangat badannya rasa malam tu
melayan tetamu.

Xora hanya melihat Aim tidur. Dia betul-betul tak biasa ada lelaki
sebelahnya. Di capainya bantal dan diletak di atas lantai. Xora
berbaring di bawah. Sakit badan pun tak apa janji hati tenang.

“Kenapa tidur bawah pulak?” Aim menegur bila dia sedar Xora tak ada
disebelahnya.

“Ermm, takut.” Xora berterus-terang. Tergelak besar Aim dengar jawapan
Xora dengan muka innocentnya tu.

“Saya tak kacau awak la… jangan risau. Awak tidur ja tepi nie. Kita
letak bantal kat tengah-tengah.” Aim meletak bantal panjang di antara
mereka. Xora was-was tapi mengalah juga.

“Lampu tak payah padam la ya?” takut-takut berani Xora panjat katil. Aim
hanya mampu menggeleng kepalanya.

Lama sepi menyelebungi mereka. Mata Aim dah nak terpejam tiba-tiba Xora
bersuara.

“Betul ke apa yang kita buat nie?” terbuka balik mata Aim. Dua-dua orang
terlentang memandang syiling bilik.

“InsyaALLAH, betul.” Aim nak pejam mata balik.

“Tapi kenapa rasa macam tak sedap hati ja?” Xora nie memang tau.

“Tak biasa lagi tu. Nanti lama-lama ok la.”

Tiba-tiba Xora mengiringkan badannya menghadap Aim. “Awak… kenapa awak
panggil mak awak Bunda bukan Ummi? Macam pelik ja… nanti saya pun kena
panggil Bunda gak ye?”

Aim pun mengalih badannya menghadap Xora . “Sebab Bunda yang suruh. Dia
cakap lain dari yang lain. Awak pun kena panggil Bunda jugak.” Mata
mereka bertentangan.

Ingatkan setakat tu ja Xora nak tanya rupanya tak. Macam-macam lagi
ditanyanya. Bunda dulu kerja apa, Aim suka makan apa, walid Aim kerja
apa… Aim jawab semuanya. Dilayan jugak kerenah Xora walaupun badannya
penat. Kesannya?

Sampai ke subuh mereka tak tidur, sesi suai kenal yang pertama punya pasal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience