BAB 26

Romance Completed 937

“Najah Exora Bt Rahaiman Al-Ziq.”

“Abang saja kan letak nama Najah.” Xora masam muka.

“Saja apa pulak? Kan sedap nama tu, Najah. Lagipun maknanya kejayaan.
Abang nak la anak abang nanti berjaya.”

“Alasan… saja letak nama Najah tu sebab nak dekat dengan bunyi gajah kan?”

Apa taknya sepanjang masa Aim selalu membahasakan family mereka sebagai
family gajah yang sweet. Tak larat Xora nak tegah. Berkali-kali dia
tegur Aim jangan cakap macam tu sebab takut nanti satu family jadi gemuk
macam gajah!

“Mana ada. Tak kira nak letak Najah jugak.”

“Xora nak letak nama Nasrin.”

“Abang nak Najah.”

“No, Nasrin.”

“Eh, kalau tak ada abang, baby tak ada tau.” Aim dah mula bercekak pinggang.

“Habis kalau tak ada Xora mananya nak keluar baby tu?” Xora pun
sama-sama bercekak pinggang walaupun tengah duduk bersandar atas katil.

“Subhanallah. Dah jadi bapak mak budak pun nak bergaduh.” Bunda mencelah
sambil mendukung anak Aim dengan Xora masuk bilik.

“Abang nie Bunda , orang nak nama Nasrin. Nasrin tu maknanya bunga sama
maksud dengan nama Xora .” Xora mengadu.

“Tapi nama Najah lagi sedap la Bunda .” Aim membangkang

“Apa susah campur ja semua sekali. Najah Nasrin Exora . Habis cerita.”
Walid menyampuk

Berkerut muka Aim dengan Xora . ‘YaAllah cacamarba nama anak aku’.

“Apa kata letak nama Flora Exora . Flora tu maksudnya yang mempunyai
mata yang cantik. Cucu nenek nie mata dia kan cantik.” Bunda tersenyum
sambil mengacah baby yang seolah-olah respon kepada nama yang dipanggil
tadi.

“A’ah… sedap nama Flora … Flora …eh, dia senyum.” Walid pun setuju suka
dia bila baby tu senyum.

“Flora Exora .”

Aim dengan Xora berpandangan sebelum sama-sama tersenyum.

Siapa cakap bercinta sebelum kahwin lebih best dari bercinta selepas
kahwin? Yang sebetulnya bercinta lepas kahwin tu lagi nikmat. Buat apa
pun dah tentu-tentu dapat pahala.

Tuhan hadirkan rasa sayang tu melalui cara yang kadang-kadang kita tak
jangka. Jodoh tu boleh datang dalam macam-macam bentuk. Asal kita yang
manusia nie pandai bezakan yang mana cinta kurniaan ilahi dengan cinta
nafsu. InsyaALLAH bahagia akan datang. Keberkatan akan hadir. Cinta akan
berputik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience