Rate

Bab 2

Drama Series 2022

"Tak apalah kalau Kak Ain nak pergi dulu. Nurin okey, InshaAllah. Jangan risau ye." Kata Nurin sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang Arlanda Stockholm (ARN).

"Betul ni?" Tanya Kak Ain, panggilan mesranya pada isteri Dr. Iskandar, profesor yang pernah menjadi pensyarahnya dahulu. Dia cuba mendiamkan Maisarah, anak kecilnya yang mula merengek-rengek.

"Betul ni?" Tanya Dr. Iskandar pula untuk kepastian.

"Kita orang tak kisah tunggu. Kalau ada apa-apa hal nanti, taklah you rasa cemas sangat kalau kita orang ada." Sambung Dr. Iskandar.

"Jangan risau la Kak Ain. Nurin bukan budak kecil. Nurin boleh uruskan diri Nurin. Cuaca sejuk malam-malam macam ni tak sesuai untuk Maisarah. Kalaupun ada apa-apa nanti, takkanlah Nurin tak boleh tanya orang. Macamlah tak ada sorang pun yang boleh tolong." Nurin cuba menyakinkan mereka.

Kak Ain dan Dr. Iskandar berpandangan sesama sendiri. Wajah mereka masih terpamer rasa ragu-ragu untuk meninggalkan Nurin keseorangan di situ.

"Nurin tak suka kami tengok Nurin pergi?" Tanya Kak Ain.

"Bukan macam tu. Kak Ain dan Prof hantar Nurin ni pun dah cukup baik. Tak payahlah tunggu lagi. Lagipun Nurin cepat sedih kalau tengok Kak Ain lambai Nurin nanti." Ujarnya. Ketika ini, Nurin mula rasa sebak.

Dr. Iskandar dan Kak Ain ketawa kecil. Kak Ain menepuk-nepuk bahu Nurin sekadar menenangkan perasaan hiba ini.

"Sama juga kalau Kak Ain lambai Nurin sekarang."

"Itu ada beza sikit. Nurin ada beg dan tiket nak kena uruskan. Jadi taklah Nurin teringat sangat."

"Okay, since you don't want the goodbyes, we will leave you here." Kata Dr. Iskandar dengan tawanya memanjang.

Nurin mengangguk sahaja. Hati tetap terasa sayu untuk berpisah dengan Kak Ain kerana Kakak inilah yang banyak membantunya selama ini.

Nurin mencari tempat duduk sejurus selesai mengesahkan tiket penerbangannya ke Malaysia LHR-KUL. Ketika mengesahkannya, lelaki Inggeris yang bertugas di bahagian tiket kaunter MAS memberitahunya bahawa tiketnya telah dinaik taraf ke kelas bisnes. Bila Nurin meminta kepastian, ternyata memang benar tiketnya telah disahkan.

Kenapa? Semudah itu tiketnya dinaik taraf ke laluan paling eksklusif dalam sekelip mata? Ahh, tidak ada yang mustahil jika tempat duduk di bahagian kelas ekonomi telah dipenuhi sementara di bahagian kelas pertama dan kelas bisnes masih ada beberapa kosong. Ya, mungkin rezeki. Tiada apa yang menghairankan dan luar biasa tentang hal ini. Peluang yang tidak selalu datang bergolek, bukankah begitu?

Ketika Nurin masih mempunyai banyak waktu lagi untuk check in, dia kemudiannya membuka novel Paradise. Sambil itu, sempat matanya melingas ke sekeliling. Tidak banyak yang menarik perhatiannya kerana kesemuanya tetap sama.

Yang pantas mengejar masa, tergopoh-gapah berlari. Mereka yang masih menanti sebelum masuk ke bilik berlepas pula hanya mundar mandir di hadapan kedai, duduk di kafe dengan secawan minuman panas sementara di tangan memegang akhbar ataupun majalah.

Nurin melihat jam di tangan. Tinggal 45 minit sahaja lagi untuk berlepas. Sudah tiba masanya untuk dia check in atau dia mungkin akan tertinggal kapal terbang. Setelah membayar harga minuman dan sedikit makanan sekadar alas perut, dia bergegas ke pintu dengan langkah agak pantas. Menyusuri di celah-celah orang ramai yang berpusu-pusu dengan beg masing-masing dan terpaksa melawan arus dengan mereka yang keluar masuk ke dalam kedai bebas cukai.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke perut kapal terbang, Nurin disala mesra oleh anak kapal yang bertugas.

"Cik, tempat duduk cik di business class. Di sini." Ujarnya dengan senyuman mesra sambil menunjukkan arah tempat tuju Nurin.

Pramugari itu juga mengambil beg di tanganku dan membantu aku ke tempat duduk yang telah tersedia. Beginilah layanan mereka. Dilayan sebaik-baiknya. Malah disediakan jus oren sebaik sahaja melabuhkan tubuh di kerusi empuk yang sungguh selesa ini.

Nurin menarik nafas panjang. Perasaanga berbaur-baur. Berada di dalam kapal terbang bermakna dia semakin menghampiri tanah air. Malah berada di perut kapal terbang ini dengan kakitangan yang berbahasa Melayu dan juga orang Melayu membuatnya dia seolah-olah sudah berada di tanah air sendiri.

Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan tiada tolok bandingnya. Dalam sekelip mata sahaja, dia bagaikan sudah kembali ke kampung lamannya tanpa perlu menunggu 12 jam lagi untuk merasainya.

Sudah lima jam Nurin berada di dalam kapal terbang yang akan membawanya pulang ke tanah air setelah bertahun lamanya tidak menjejakkan kaki di tanah tumpahnya. Perjalanan bagitu lancar dan tenang sekali, namun ia tidak setenang perasaanya.

Penumpang yang duduk di sebelahnya terus nyenyak tidur tidak sedarkan diri. Pasti diulit mimpi indah. Tubuhnya diselimuti gebar yang telah MAS sediakan. Sesekali dia menarik gebar yang melorot ke paras pangkal pahanya. Sesekali juga dia memperbaiki posisinya agar lebih selesa.

Nurin memeluk tubuhnya yang turut diselimuti gebar. Telinga disajikan dengan irama sentimental melalui headphone yang diberi. Antara mengatuk dan sedar, dia sebenarnya tidak tahu apa yang harus dilakukan selain daripada cuba menenangkan perasaannya. Hatinya berdebar-debar tidak sabar untuk kembali berpijak di tanah airnya.

Nurin bukan tidak pulang langsung ke tanah airnya selama dia berada di Sweden. Dia pulang, tetapi apabila dia tidak dapat menanggung rindu lagi pada keluarganya di Malaysia. Nurin bukan tidak mahu pulang, tetapi dia tidak mahu membazirkan duitnya dengan membeli tiket kapal terbang. Ibu dan ayahnya juga faham dan tidak mendesak Nurin supaya selalu pulang.

Tetapi sudah dua tahun Nurin tidak pulang ke Malaysia. Masanya banyak di habiskan untuk belajar dan bekerja. Apabila dia merindukan orang tuanya, dia akan menelefon sahaja mereka.

Dalam teringatkan keluarganya di kampung, fikiran Nurin berputar mengingatkan kata-kata ibunya. Ibunya memberitahunya ada perkara penting yang ibunya mahu bincang. Nurin tertanya-tanya apa yang penting sangat perkara yang ibunya mahu bincangkan itu.

Dalam memikirkan hal itu, akhirnya Nurin terlelap. Penat berfikir, tetapi langsung tidak dapat dia teka. Nurin tersedar semula apabila terasa gebar yang di selimuti tubuhnya melorot jatuh. Dingin menyapa kulitnya. Perlahan-lahan Nurin membuka mata lalu menarik semula gebar itu hingga ke paras lehernya.

"Hai!" Tiba-tiba penumpang yang duduk di selepas Nurin menegur Nurin. Nurin terus memandang ke arah penumpang itu.

"Hai!" Balas Nurin dengan senyuman tipis di bibirnya.

"Balik KL?" Soal penumpang yang merupakan seorang lelaki itu. Nurin mengangguk.

"Well apa nama you? Susah nak bercakap bila tak tahu nama."

"Nama saya Nurin, boleh panggil Rin jer."

"Oh. Nama I Firuz Adrian tapi semua orang panggil I Firuz jer."

"Selamat berkenalan." Nurin tersenyum manis pada lelaki yang bernama Firuz Adrian itu.

"You datang Sweden sambung belajar atau sebab kerja?" Tanya Firuz lagi. Senyuman yang diberikan oleh Nurin tadi membuatnya terpana. Cantik sangat.

"Dua dua." Jawab Nurin. Firuz mengerutkan dahinya mendengar jawapan perempuan itu.

"Maksud saya belajar sambil bekerja. Bekerja sebab perlu tampung kos pengajiannya saya." Jelas Nurin apabila melihat lelaki itu mengerutkan dahinya. Firuz mengangguk faham.

"Family you? Takkan family you tak bagi you duit untuk tampung pengajian you?"

"Bagi tapi tak banyak. Saya hanya dari keluarga biasa sahaja. Ibu hanya mengambil tempahan buat kuih. Ayah pula bekerja sebagai pemandu teksi. Jadi saya bekerja di sini sebab tak nak membebankan ayah dan ibu di kampung." Jelas Nurin. Nurin sendiri tidak pasti kenapa dia bercerita tentang dirinya kepada lelaki yang baru dia kenal itu. Tetapi lelaki itu sudi mendengar dan tidak kelihatan sombong langsung.

"Tak apa. Mungkin ada rezeki untuk family you yang Allah akan turunkan suatu hari nanti. Sentiasa berdoa dan bersangka baik padaNya." Kata Firuz lembut.

"InshaAllah." Balas Nurin tidak loket senyuman di bibir.

"Jadi you baru tamat belajar? Berapa umur you?"

"Ermm saya baru tamat belajar. Umur saya 25 tahun."

"Oh. Kita sama tua."

"So lepas balik ni terus kerja?"

"Kalau ikutkan perancangan macam tu la. Saya nak bantu ayah dan ibu."

"Jadi you dah ada apply mana-mana kerja ke di Malaysia?" Nurin menggeleng perlahan mendengar pertanyaan itu. Dia masih belum apply mana-mana kerja.

"Ni kad I. You boleh call I apabila perlukan pertolongan. InshaAllah kalau I boleh tolong I tolong." Kata Firuz sambil menghulurkan sekeping kad kepada Nurin.

"Terima kasih." Ucap Nurin sambil menyambut huluran itu.

Nurin menatap kad di tangannya. Matanya terbeliak apabila membaca nama penuh lelaki itu. Firuz Adrian Bin Tan Sri Ahmad gumam Nurin perlahan. Tidak hairanlah dia melihat lelaki itu memakai pakaian yang mahal bagi Nurin. Nurin memandang sekilas pada Firuz, kelihatan lelaki itu sudah kembali memejamkan matanya. Mungkin mahu tidur semula sementara menunggu kapal terbang itu mendarat.

Happy reading!! Calis hanya akan update 1 bab sehari okay?Sorry kalau hambar...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience