Rate

Prolog

Drama Series 2026

Dengan tangan menggeletar Fariz membelek diari yang berkulit kuning yang berada di atas meja tulis di dalam bilik tidurnya. Sudah beberapa malam tidurnya tidak lena. Setiap kali dia menatap diari itu, air matanya mengalir. Pedih dah sebak bertindih-tindih dengan rasa kesal yang tidak terhingga.

Kenapa ini berlaku? Kenapa dia tidak menyedarinya dari awal? Kenapa dia membiarkan segala-galanya terjadi? Perlahan Fariz membaca helaian demi helaian dalam diari tersebut. Pada helaian ke dua puluh lima dia membaca tulisan yang terdapat di dalam diari itu.

"Segalanya-galanya takdir Tuhan. Aku menerima ketetapan yang telah ditentukan. Walaupun perkahwinan ini dirancang dan aku mengetahui akibatnya, namun aku pasti segala apa yang aku lakukan demi kasihku dan rasa hormatku pada kedua orang tuaku yang telah banyak berkorban untuk aku. Malam ini malam pertama aku, Fariz agak lembut denganku, melayanku dengan baik walaupun aku tahu tidak ada langsung rasa kasihnya terhadapku. Sesungguhnya aku harus mengucapkan terima kasih padanya kerana walaupun kasih itu tiada, sekurang-kurangnya aku dapat merasakan keindahan menjadi seorang isteri."

Fariz mengesat air matanya yang mengalir secara tiba-tiba. Dia mengeluh kecil dan rasa sebak tidak terhingga. Dibelek lagi helaian seterusnya.

"Ya Allah, apa salahku padanya? Apa dosa yang telah aku lakukan Ya Allah? Kenapa aku dilayan seperti pelacur oleh suamiku sendiri? Dia hanya melayanku apabila dia perlu tunaikan hasratnya. Selepas itu aku di layan seperti sampah dan dia langsung tidak mengedahkan aku sehingga dia akan mencariku semula apabila perlu melunaskan hasratnya."

Semakin laju air mata Fariz mengalir membaca tulisan yang tertulis di helaian itu. Ya dia sedar, dia kejam. Terlalu kejam. Dia hanya menyedari kehadiran isterinya di dalam rumah itu apabila dia mahu melepaskan nafsunya, selepas itu dia hanya akan membuang isterinya seperti kain buruk.

"Anak itu hilang dari tubuhku. Dia seolah-olah mengerti kehadirannya tidak direstui oleh ayahnya sendiri. Aku menangis dan terus menangis. Salahkah seorang isteri mempunyai impian untuk memiliki anak sendiri? Salahkah seorang isteri mengimpikan untuk memiliki kasih abadi seorang suami? Aku sebenarnya tersilap perhitungan, tersilap rentak dan akhirnya aku pasrah. Pasrah pada kuasa seorang suami. Fariz tidak bersalah. Yang bersalah cuma aku, aku tidak pandai mentafsir."

Setitik air mata Fariz tumpah di atas helaian diari itu. Tulisan yang terdapat di situ sedikit kembang. Fariz menekan dadanya yang terasa pedih, sebak yang bergaul menjadi sebati. Air matanya terus mengalir walaupun dia cuba tidak mengalirkan air matanya. Dia terlalu penat menangis.

"Aku tak dapat tidur. Aku renung wajah Fariz yang tenang dalam tidurnya. Aku tahu dia sedang menanti saat-saat pemergianku. Aku tidak dapat tidur. Aku kemudiannya bangun solat dan berdoa. Berdoa yang dia akan bertemu dengan seseorang wanita yang akan membahagiakan dirinya. Berdoa supaya aku dapat melupakannya. Semalaman sampai ke pagi aku tidak dapat tidur."

Oh Tuhan! Fariz menekup mulutnya. Dia macam tidak percaya membaca diari tersebut. Dia tidak sanggup membacanya lagi. Air matanya sudah memenuhi kelopak matanya. Dia benar-benar tidak berdaya dan untuk kali yang entah ke berapa dia menangis dan terus menangis lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience