Rate

Bab 3

Drama Series 2026

12 jam berada di dalam perut kapal terbang, akhirnya kapal terbang yang membawa Nurin pulang ke tanah air selamat mendarat. Hampir kejang kaki Nurin kerana terlalu lama berada dalam kapal terbang itu.

Nurin berjalan keluar dari balai berlepas sambil menarik begnya. Penumpang lain juga turut berpusu pusu melangkah keluar sambil menarik beg masing-masing. Nurin berjalan perlahan sambil melihat sekeliling KLIA2 itu. Tiada apa yang berubah walaupun sudah dua tahun dia tidak pulang. Semuanya sama.

Nurin berhenti melangkah lalu melihat sekeliling mencari kelibat seseorang. Seseorang yang akan menjemputnya pulang. Siapa lagi orang itu kalau bukan abang dan kakak iparnya. Dia telah memberitahu mereka terlebih dahulu tentang kepulangannya.

Nurin berdiri sambil mengeluarkan telefonnya dari beg sandang. Fikirnya mahu menelefon abangnya menanyakan keberadaan mereka. Adakah mereka sudah ada di airport. Maklumlah orang ramai di airport itu membuatkan Nurin susah mahu mencari kelibat abang dan kakak iparnya.

"Hai!" Tiba-tiba terdengar suara seorang menegurnya. Terus terbantut niat Nurin mahu menelefon abangnya.

"Hai!" Balas Nurin apabila melihat orang yang menegurnya tadi adalah Firuz. Nurin pelik apabila melihat lelaki itu tiba-tiba berada di sisinya.

"You pulang dengan apa?" Tanya Firuz ramah.

"Abang saya datang jemput."

"Jadi mana abang you?"

"Entah. Belum sampai lagi kot. Saya baru terfikir nak call abang saya, tapi awak tegur saya, terus terbantut." Firuz tertawa kecil melihat dua ulas bibir pink nipis itu berkata.

"I'm sorry. You call la abang you dulu." Kata Firuz. Nurin mengangguk lalu bergerak menjauh sikit dari Firuz untuk menelefonnya abangnya.

Hampir lima minit bercakap di telefon, akhirnya Nurin memutuskan talian lalu berjalan mendekati Firuz yang masih berdiri di sisi begnya itu.

"So macam mana? Abang you dah datang?" Tanya Firuz ingin tahu.

"On the way ke sini." Firuz mengangguk perlahan mendengar jawapan Nurin.

Bibirnya mengukir senyuman. Satu perasaan yang tidak dapat ditafsirkan mengusik tangkai hati Firuz. Dia terasa tenang dan selesa bersama gadis itu.

"Kenapa awak belum pulang? Siapa datang jemput awak?" Soal Nurin apabila pelik melihat Firuz masih berdiri di sisinya dengan tersenyum manis.

"Oh. Errr...driver papa I datang jemput, tapi dia belum sampai." Jawab Firuz sedikit gagap kerana apa yang keluar dari mulutnya ialah sebuah pembohongan.

Driver papanya sudah datang dan ada menunggu di dalam kereta di seberang jalan sana. Dari mereka berdiri Firuz boleh melihat kereta yang dibawa oleh pamandu papanya. Firuz sudah masuk ke dalam kereta itu tadi, tapi apabila terlihat Nurin berdiri dan seperti mencari kelibat seseorang membuatkan Firuz keluar semula dari perut kereta.

Firuz sendiri tidak tahu mengapa dia berbuat begitu, tetapi hatinya memberontak mahu menegur Nurin lagi sebelum mereka berpisah dengan membawa haluan masing-masing. Firuz menatap wajah Nurin yang putih mulus, tanpa cacat celanya. Alis mata yang terbentuk indah.

"Driver papa awak masih tak sampai lagi ke?" Tanya Nurin buat kedua kalinya. Sudah hampir setengah jam dia berdiri di situ di temani Firuz.

"Dah. Tu kat seberang jalan sana." Jujur Firuz menjawab sambil menunjukkan ke arah kereta Vellfire berwarna hitam di seberang jalan. Nurin melirik ke arah kereta yang ditunjukkan Firuz itu.

"Kenapa awak tak pergi lagi? Kesian driver papa awak tunggu lama kat dalam kereta tu."

"Kalau I pergi sekarang macam mana dengan you? Abang you masih belum sampai ke?"

"Tak apa. Tadi abang saya mesej dia dah hampir sampai. Mungkin dalam 10 minit lagi. Awak balik la dulu." Nurin melihat ke langit melihat lagi pagi yang mendung seolah-olah mahu hujan. Angin yang bertiup juga terasa dinginnya.

"You okay ke I tinggalkan you sini sorang-sorang? Hari pun nampak seperti mahu hujan." Terpamer riak risau di wajah Firuz. Nurin tersenyum melihat lelaki itu yang bertutur dengan penuh lemah lembut.

"Saya ok. Awak jangan risau. Awak pergi la balik dulu."

"Rin, bila lagi kita boleh jumpa pula?"

Nurin sedikit mengerutkan dahinya. Pelik mendengar pertanyaan Firuz. Kenapa mereka perlu berjumpa pula? Mereka bukan ada apa-apa hubungan pun. Kenal pun kerana duduk sekali di dalam perut kapal terbang.

"InshaAllah, ada rezeki dan diizin oleh Allah, jumpa la kita semula suatu hari nanti." Jawab Nurin apabila melihat wajah Firuz menagih jawapan daripadanya.

"Okay. Kalau macam tu I pergi dulu. You jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa you perlukan pertolongan just call I okay?" Nurin mengangguk kepala.

"Bye." Firuz melambai tangan pada Nurin. Nurin turut membalas lambaian Firuz sambil melihat sosok tubuh Firuz yang berjalan menjauhinya.

"Assalamualaikum." Tiba-tiba terdengar suara seorang memberi salam dari sisi kirinya. Terkedu Nurin. Suara yang amat dirinduinya. Terus Nurin menoleh ke kiri dan di situ berdiri abang dan kakak iparnya sambil tersenyum manis padanya.

"Waalaikumussalam. Ya Allah abang akak!" Terus Nurin memeluk dua sosok tubuh itu. Air matanya berguguran jatuh ke pipi.

"Amboi manjanya adik akak ni?" Kata Nadirah kakak ipar pada Nurin. Nurin meleraikan pelukannya.

"Rindu sangat dekat abang dengan akak." Kata Nurin sambil menyeka air matanya yang masih mengalir.

"Dah jangan nangis lagi. Tak cantik adik abang bila nangis. Kita balik dulu, Rin mesti penatkan lama berada dalam kapal terbang." Kata Jefri pula abang Nurin. Nurin mengangguk setuju.

"Jom. Kereta abang parking kat sana." Kata Jefri lalu menarik beg bagasi milik Nurin. Nurin tersenyum gembira. Lengan kakak iparnya di peluk erat lalu mereka berjalan menuju ke keretanya yang dikatakan abangnya tadi.

Dari dalam kereta Firuz tersenyum kelat melihat Nurin sudah berlalu dari situ meninggalkan airport. Satu perasaan menjentik tangkai hatinya melihat keakraban Nurin dan abangnya. Firuz melepaskan keluhan kecil.

"Bawa saya balik rumah." Arah Firuz pada pemandu papanya itu. Dengan itu pemandu papanya terus menekan pedal minyak dan kereta bergerak meninggalkan kawasan airport itu.

Kereta yang di pandu oleh Jefri berhenti betul-betul depan rumah kayu. Rumah yang tampak yang sangat buruk. Tetapi rumah itu la yang membesarkan mereka berdua, tempat mereka berteduh dari hujan dan panas. Mereka bersyukur walaupun dilahirkan dalam keluarga yang sederhana itu.

Nurin melangkah keluar dari perut kereta. Memandang rumah yang berada di depannya. Tiada apa yang berubah rumah itu, tetap sama tetapi Nurin langsung tidak kisah. Biarlah rumah itu nampak buruk, janji dapat meneduhkan mereka sekeluarga.

"Jom masuk. Ibu dan ayah dah ada kat dalam tunggu Rin. El pun mesti tak sabar nak jumpa nak jumpa mak sunya." Kata Jefri.

Nurin hanya mengangguk kepala lalu berjalan mengikut langkah abang dan kakak iparnya memanjat tangga. Nurin mencabut kasutnya lalu berdiri di muka pintu yang sudah terbuka. Di ruang tamu itu terlihat ibu dah ayahnya yang sedang melayan kerenah El cahaya mata abangnya. Terus bergenang melihat dua sosok tubuh itu.

"Assalamualaikum. Ibu ayah tengok siapa pulang ni." Kata Jefri.

Dua sosok tubuh itu terus mengalihkan pandangan dari cucu mereka ke muka pintu. Di situ terlihat anak lelaki dan menantunya. Pandangan mereka jatuh pada seorang gadis yang berdiri di tengah-tengah muka pintu itu yang turut memandang mereka. Berguguran air mata mereka jatuh.

"Ibu ayah!" Nurin berlari masuk ke dalam rumah itu mendapatkan ibu dan ayahnya. Air matanya berguguran jatuh di pipi. Tubuh ibunya di peluk erat. Rindu, terlalu rindu.

"Ya Allah Rin. Syukur Alhamdulillah kamu selamat sampai nak. Rindunya ibu pada kamu!" Puan Zakiah turut membalas pelukan anaknya. Air matanya turut mengalir.

Puan Zakiah meleraikan pelukannya. Air mata yang mengalir di pipi anaknya diseka dengan jemarinya. Pipi Nurin terus di kucup. Tersenyum Nurin apabila ibunya mengucup pipinya. Dia rindukan kucupan kasih sayang dari seorang ibu itu.

"Ayah." Kata Nurin berpaling pada ayahnya pula. Tuan Zaki mengangguk kepala pada anak gadisnya itu. Nurin terus tunduk menyalami tangan tua itu.

"Maafkan Rin sebab baru hari ni Rin balik. Rin terlalu sibuk dengan pelajaran Rin sampai Rin tak balik. Biarkan ibu dan ayah tanggung rindu pada Rin yang jauh beribu batu. Maafkan Rin." Ucap Nurin sambil teresak-esak menangis. Tuan Zaki menggosok belakang anaknya lembut.

"Tak apa Rin. Ayah dan ibu tak salahkan Rin. Ayah faham. Dah jangan nangis dah. Tak cantik anak ayah bila nangis. Nanti tiada siapa yang nak." Kata Tuan Zuki. Nurin menyeka air matanya. Bibirnya di muncungkan.

"Ishh awak ni, jangan la cakap macam tu." Tegur Puan Zakiah sambil menepuk lembut peha suaminya.

"El, rindunya Mak Su dekat El. Meh sini dekat Mak Su." Nurin memanggil gadis kecil yang baru berumur dua tahun itu. Kanak-kanak yang dipanggil El itu melihat Nurin.

"Alaaa El tak kenal Mak Su ke?" Tanya Nurin apabila melihat anak buahnya itu memandangnya hairan. Mungkin tertanya-tanya siapa itu?

"El masih tak biasa la tu, ni baru pertama kali El jumpa Rin." Celah Jefri. Tubuh kecil anaknya terus diangkat lalu diletakkan ke atas ribanya.

"Dah-dah jom kita masuk dapur makan. Rin mesti laparkan? Ibu dah masakan udang masak lemak cili api untuk Rin. Rin kan suka masakan tu."

"Wahhh rindunya Rin dekat masakan ibu. Jom jom Rin dah lapar ni."

"Jom biar ibu hidangkan. Nad jom makan sekali." Kata Puan Zakiah pada menantunya.

Satu satunya menantu yang sangat disayangi seperti anaknya sendiri. Menantu yang lemah lembut dan sopan. Dia bersyukur Allah kurniakan seorang wanita sebaik Nadirah kepada anak lelakinya. Yang menerima semua kekurangan anak lelakinya dan kekurangan keluarga.

"Baik ibu." Sahut Nadirah. Mereka semua terus bergerak ke dapur untuk menjamu selera.

Riah renduh dapur itu dengan suara mereka semua berbual. Suara El yang sibuk mahu turut berceloteh.

"Ibu, ibu cakap ada benda penting yang ibu nak bincangkan dengan Rin? Apa tu?" Tanya Nurin apabila teringatkan hal itu. Mereka semua terus memandang ke arah Nurin.

"Kita bincang nanti la ye? Rin rehat dulu. Rin mesti penat." Kata Puan Zakiah.

Tanpa banyak tanya Nurin hanya mengangguk sahaja. Lagipun dia juga masih terasa letih. Selepas menjamu selera, Nurin terus masuk ke biliknya. Bilik yang di tinggalnya selama bertahun-tahun. Walaupun begitu, biliknya tetap kemas dan bersih. Mesti ibunya selalu membersihkan bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience