BAB 5

Romance Completed 6043

Fiza menjenguk jenguk kedalam bilik tersebut. kata Melor, bilik ini merupakan bilik rasmi kelab Mahasiswa Fizik.

‘Tapi kenapa aku tak Nampak orang pun?’ Soalnya pelik.

“awak buat apa kat sini? Nak cari siapa?” soal gadis berspek mata bingkai hitam tebal. Dia membetulkan spek matanya. Fiza menggeleng.

“awak budak baru ke? Tak pernah Nampak pun.”

Fiza menggeleng. “Saya budak Bio.”

Tiba tiba dia terfikir. ‘ye tak ye juga ea. Aku buat apa ye kat sini?’ Dia sendiri pun tak pasti kenapa dia boleh laju je hayun kaki datang sini. Kerana Albert Einstein, ataupun kerana gaya teruja yang Melor buat sebentar tadi. Kalau Tengok gaya teruja Melor yang dah macam beruk dapat pisang tadi tu, rasanya, orang yang tak reti nyanyi pun boleh pergi ujibakat Malaysian Idol. Excited sangat. Agaknya sebab tu kot dia datang sini.

“helo? Saya Tanya. Awak berangan pulak.”ujar suara itu lagi sambil ketawa.

Fiza tersentak. Serta merta dia tersengih.

“eh. Jangan buat road block kat pintu nie boleh tak? Orang nak keluar masuk la. Kang langgar kang, kata kita nie gatal.” Ujar satu suara garau yang tiba tiba muncul. Gadis berspek mata itu menarik Fiza kedalam. Memberi laluan pada lelaki itu.

“maaf ye. President kami memang macam tu. sombong sikit.” Fiza mengangguk. Matanya tak lekang dari merenung lelaki itu. Walaupun dari belakang, tapi Nampak smart. ‘president?’detik hatinya.’ reject reject!’

‘tu bukan sombong. Tu menjengkelkan.’ Getus hatinya bengang. “erm. Kalau nak join kelab ni boleh tak?” laju mulutnya bersuara.

Dia menampar mulutnya. Lancang sangat. Tadi baru kutuk president, sekarang ni nak join kelab ni? Nanti kena hadap president yang jengkel tu lagi. Tapi. Dia nak cari Albert Einstein…..

“ha?” serta merta gadis itu ketawa. “junior kami pun malas nak join kelab nie. sampai kena paksa paksa. tapi awak orang luar nak join?”ujarnya tak percaya.

“tak boleh ea?” soal Fiza malu malu.

Merah muka dia tahan malu. Dalam hatinya, menyumpah nyumpah perempuan depan ni sebab ketawakan dia.

“eh! Tak ada la. Boleh je. Asalkan awak sanggup laburkan duit awak untuk kelab nie, kedatangan awak amatlah dialu alukan.” Ujarnya sambil tersenyum.

“labur duit??” soal Fiza hairan. Gadis itu mengangguk.

“kami selalu buat aktiviti luar. Jadi, akan guna duit jugak la. Setiap penyertaan kena bayar. So, kalau awak tak kisah, kami ok je terima orang luar.”

Laju Fiza mengangguk. ‘ah! Tak kisah la. Janji aku dapat jumpa Albert Einstein aku kat sini.’

“so, bila boleh daftar?” soalya teruja. Matanya bersinar sinar.

“erm, anyway, saya Elia. Bendahari Kehormat kelab ni. Ni kad saya, nanti awak pm nama dan ic awak.” Fiza menyambut huluran tersebut.

‘Elia Munirah. Sedap nama.’ Detik hatinya.

“ha. Lagi satu. Hujung minggu nie kita ada buat trip ke kampong orang asli. Program perkasakan persekitaran dengan Fizik. Kalau awak nak join, bagitau saya ye?”

Fiza mengangguk. ‘mesti ramai calon calonnya nanti.’eeeii! tak sabarnya!!!!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience