“Eh! Awak buat apa kat sini?” soal Faiz hairan. Dia memerhati Fiza dari atas kebawah.
“jahit baju.” Jawab Fiza selamba. Faiz garu kepala. Dia pandang Fiza dengan muka yang blur.
“Asal? Tak percaya?”soal Fiza selamba tanpa berpaling.
Dia leka memerhati bunga hutan yang tumbuh di tepi jalan itu. Berada di satu perkampungan orang asli, menikmati keindahan dan kehijauan hutan, betul betul membuatkan dia teruja. Manakan tidak. Selama sebulan terperuk dalam hostel, tiba tiba dapat join aktiviti luar, memang takkan dia lepas la. Tapi, kenapa jumpa mamat nie? dia join program ni ke? Atau. Dia salah seorang dari penduduk sini?? Tiba tiba dia ketawa.
“awak ketawa kenapa? Mesti awak ada fikir benda jahat dalam otak busuk awak tu kan??” “jangan. Saya teruna lagi ni.” Ujar Faiz gelabah. Fiza menjeling.
‘gila. Ingat aku kebulur la dengan dia tu.’getus hati Fiza. “awak buat apa kat sini? Awak asal sini ea? Mana rumah awak? Nak tengok!’ ujar Fiza teruja. Dia meninjau ninjau kepalanya kebelakang Faiz. Mencari cari rumah milik Faiz.
“maksud awak??” soal Faiz. “awak nak kata saya penduduk sini?” dan dengan pantas Fiza mengangguk. Faiz ketuk kepala gadis depannya itu.
“tak padan dengan pendek. Ada hati nak kutuk aku yang tinggi nie.” Fiza ketap bibir.
Sakit bukan kepalang kena luku. Dia menggosok gosok kepalanya. Dan berlalu meninggalkan Faiz sendirian. Faiz hanya memerhati langkah kaki gadis itu kembali ke khemah sukarelawan. Namun, tiba tiba gadis itu melencong. 90 darjah daripada laluan asal. Menghala kearah hutan. Tanpa berlengah, Faiz mengekori langkah kaki itu.
“Aduh!” Tiba tiba Fiza terjatuh apabila kakinya tersadung satu tunggul kayu.
Dia bangun dan merenung sekeliling. “aku kat mana nie?”dia mula dihantui perasaan takut. Disekelilingnya penuh dengan hutan. Dia mencapai telefon dalam koceknya. Mencari cari signal. “time nie la nak tak ada coverage.”getus hatinya. tiba tiba dia terdengar bunyi dari semak. Dia gelabah sendirian. Kelam kabut mencari kayu buat mempertahankan dirinya.
“apa aku nak buat nie?” ulangnya berkali sambil berpusing pusing mencari kayu. Dia gelabah sendiri. Dalam otaknya tak fikir benda lain dah. Kalau tak harimau, babi hutan. Kalau tak babi hutan,serigala. Tiba tiba muncul satu lembaga.
“woi!! Nanti! Jangan pukul.” Fiza tersentak. Harimau boleh cakap? Harimau jadian ke?
“awak???” jerit Fiza tak percaya.
“ye. Saya. Kenapa? Tak percaya?” soal Faiz selamba. Dia mengibas ngibas bajunya.
“awak buat apa kat sini?” soal Fiza hairan. Macam mana mamat nie boleh muncul kat sini? “awak stalker saya ea?”
Faiz mencebik. “Daripada stalker awak, baik saya stalker orang asli kat sini. Buang masa je stalker awak. Bukan dapat apa pun.”
“dah tu, asal awak boleh ada kat sini dengan saya? tengah tengah hutan pulak tu.”
“entah. saya tengok awak menghala kearah hutan tadi. Sebab tu saya ikut. Takut awak sesat. Awak nak pergi mana sebenarnya?”
Fiza diam. Dia sendiri buntu bagaimana dia boleh melangkah sejauh ini. dia garu kepala. Faiz lihat jam ditangannya. Hampir menginjak ke pukul 6.30petang. langit semakin kelam. Dan mereka masih lagi disitu.
“macam mana nak keluar nie? jom kita cari jalan.” Usul Fiza. Faiz menggeleng.
“nak cari macam mana. Dah nak gelap. Better kita tunggu kat sini ja. Nanti mesti ada yang cari kita.”
“kat sini?” Fiza merenung sekeliling. “boleh tak kita cari tempat yang lapang sikit? Tempat yang kita boleh duduk?” Faiz mengangguk. Fiza membontoti langkah Faiz.
“awak percaya pada cinta pandang pertama?” soal Faiz sambil menggosok gosok tapak tangannya. Sejuk. Dia merenung gadis disebelahnya. Fiza tunduk, sebelum menggeleng.
“tak. Tak pernah. Kenapa?” giliran Faiz pula mengangguk. “awak percaya ke?” soal Fiza. Faiz jungkit bahu.
“entah.”
“dah kalau awak tak percaya, asal awak Tanya?”
“saya Tanya je. Mana tau kalau awak percaya.” Fiza menggeleng.
“saya tak pernah percaya cinta pandang pertama. Saya rasa cinta tu tak wujud.” Jawab Fiza yakin.
“awak pernah bercinta? Dulu awak cakap, awak tak ada girlfriend. Tipu la.” Soal Fiza secara tiba tiba. Faiz diam. Perlahan lahan dia mengangguk.
“dia kat mana sekarang? Mesti dia risau awak tak contact dia malam nie.” Faiz menjuihkan bibirnya. Matanya merenung langit yang semakin kelam.
“dia ada kat sini.” Ujar Faiz perlahan. dia memandang Fiza sekilas.
“Kat sini? Mana?’ soal Fiza kelam kabut. Dia memerhati sekeliling.
“awak jangan buat hal. Saya pancung awak nanti.” Dia memegang dahinya yang basah dek peluh. Tiba tiba Faiz ketawa. ‘lain macam je budak nie.’ detik hati Fiza.
Faiz menolak perlahan kepala Fiza. “Dia ada kat sini la.” Faiz memegang dadanya. “dalam ni” sambungnya lagi sambil tersenyum. Dan Fiza mengeluh lega.
Share this novel