“Kau menung apa Afiq?” soal Rizal sambil menepuk bahu Afiq yang sedang termenung diberanda rumah sewa mereka..
Afiq jungkit bahu. Matanya leka memandang bintang dilangit.
“kawan aku pernah kata, orang yang dah mati akan jadi bintang. Dan tengok kita dari atas sana. Kau rasa kan Zal, Sofea tengah tengok aku tak? Dia tau tak yang aku rindu kat dia sekarang?” soalan yang muncul secara tiba tiba dari mulut sahabatnya itu menimbulkan rasa sebak didadanya. Dia turut mendongak.
“entah la wey. Aku pun tak tau. Tapi yang aku tau, walau kat mana pun adik aku tu berada, dia tetap akan perhatikan kita. Dia tak mungkin lupa kita.” Pujuk Rizal.
Afiq tetap membisu. Masih mencongak bintang. Mencari wajah Sofea disana. Namun hampa. Yang ada Cuma, kegelapan malam dan beberapa butir bintang yang masih tetap teguh mempamerkan cahayanya.
“aku minta maaf. Kalau bukan sebab aku, mesti Sofea ada lagi dengan kita kan?” Afiq memandang sahabatnya.
Timbul rasa kesal dihatinya kerana membangkitkan perkara itu. Kalau hatinya sedih dengan pemergian kekasih hati, hati sahabatnya itu lagi perit. Kerana kehilangan satu satunya adik kandung yang dimilikinya.
“kalau la aku tak parking kereta kat situ, kalau la aku teman dia waktu tu, mesti dia selamat kan?? Kan Afiq?” matanya bertakung.
“tak la. Bukan salah kau pun. Dah takdir dia pergi tinggalkan kita dulu.” Rizal mengangguk.
Dia diam. Mana mungkin dia melupakan detik itu. Detik kematian Sofea terbayang didepan matanya. Pada ketika itu, mereka dalam perjalanan untuk membeli kek bagi meraikan hari jadi Afiq yang ke20. Dan, Sofea dilanggar sebuah lori ketika melintas jalan. Sampai sekarang, dia masih tak dapat menerima kematian adiknya itu. Bilik yang pernah dihuni Sofea dibiarkan begitu. Segala barangan kepunyaan adiknya masih kekal disitu, dan tiada siapa pun yang dibenarkan untuk mengalihkan segala milik Sofea. Afiq memejam matanya. Cuba merasai kehadiran Sofea. Tapi hampa. Yang ada hanyalah bayangan gelap.
Asrizal menepuk bahu Afiq. “kau fikirkan apa? Dah 3 tahun Sofea tinggalkan kita. Kau kena belajar lupakan dia, dan mulakan hidup yang baru.” Ujar Asrizal. Matanya tak lepas dari merenung langit.
“kau sendiri.. boleh kau lupakan dia?” soal Afiq kembali. Asrizal diam. Lama. Dia telan air liur. Lupakan Sofea?? “kalau Kau sendiri pun tak rela lepaskan dia, macam mana kau nak harap aku akan lupakan dia?” Afiq bersuara perlahan. dia masuk menuju kekatilnya. Asrizal pejam mata.
“bodoh. 18 tahun aku hidup dengan adik aku, sekelip mata dia pergi, kau fikir aku boleh lupakan dia? Aku kau berbeza Afiq. Walau apa pun, kau tetap kena terima kenyataan ni. Sofea dah tak ada. Sampai bila kau nak macam ni? Kau ingat, Sofea pun suka tengok kau macam ni?” ujar Asrizal kuat.
Air matanya ditahan daripada mengalir. Berbicara mengenai Sofea, betul betul buatkan dia sebak. Mengenangkan permintaan terakhir Sofea yang ingin dia pastikan kebahagiaan Afiq, buatkan hatinya betul betul tersiat. Bagaimana dia ingin tunaikan amanat terakhir Sofea seandainya Afiq sendiri tidak mahu bangkit dari igauan semalam?
Share this novel