BAB 13

Romance Completed 6043

“Saya suka awak.” Ujar Afiq pada satu petang.

Ketika mereka sedang berehat dibangku hadapan bilik Kelab. Fiza diam. Mr President mengaku sukakannya? Albert Einstein pujaan dah ada depan mata. Luahkan perasaan. Tapi dia masih lagi terkaku. Dia merenung Faiz yang berada tidak jauh dari tempatnya duduk. ‘lelaki itu sukakan aku tak kalau aku bagitau yang aku sukakan dia?’ perlahan dia mengeluh. Sukakan Faiz macam tunggu buah durian gugur. Lelaki itu sentiasa dikelilingi gadis cantik.

“saya bagi awak seminggu untuk awak fikir.”

“tak payah. Saya terima.” Dan matanya masih lagi merenung Faiz.

**********************************

“weh Faiz! Rokok sebatang!” ujar Naim sambil menepuk bahu Faiz yang leka membelek bola keranjang . Dia merenung Faiz yang kelihatan amat jelik dimatanya. Sengih sambil choki choki tergantung dimulutnya. Faiz menyeluk koceknya sebelum menghulurkan sesuatu kearahnya. “aku nak rokok. Bukan benda alah nie.” ujar Naim bengang apabila Faiz menghulurkan choki choki kepadanya.

“bukankah lelaki yang makan choki choki jauh lagi macho dari lelaki yang merokok?? Kau tak nak jadi lelaki macho ke beb??” sindir Faiz. Dia membentuk bentuk mulutnya dihadapan Naim. Naim pandang Faiz bengang.

“Bodoh kau!” ujar Naim. Namun tawanya meletus apabila melihat gelagat Faiz. “kau pun da senget macam minah aritu. Tak nak sumbat mulut aku dengan choki choki ker?” perli Naim. Giliran Faiz pula buat muka bengang.

“cilaka kau!” Naim lari apabila terlihat Faiz seakan akan mahu mengejarnya. Faiz merenung choki choki ditangannya.

“biarlah. Asalkan benda ni tak memudaratkan.” Ujarnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience