Rate

Bab 1

Romance Series 10531

Sungguh sukar untuk mencari cinta yang betul - betul di alam realiti.Jarang kita dapat memiliki cinta yang kita inginkan selama ini .Seperti aku yang telah banyak gagal mendapatkan cinta yang ikhlas dialam realiti. Begitu sakit hati ini bila kita selalu dikecewakan.Susah untuk kita bangkit semula apabila jatuh . Aku selalu menyalah tafsirkan cinta . Ada ketika aku merasakan yang aku mampu untukmemiliki cinta tapi hakikatnya semua itu hanya angan - angan semata- mata . Sedih ,kecewa itu yang mampu aku gambarkan tentang perasaan ku ketika itu .

Kenangan 8 tahun yang lalu datang menerpa ke ingatan .

" Hope kita dapat jadi kawan baik okay ? " kata lelaki yang bernama Fitrah Zaquis yang tua setahun daripada aku .

Aku ? Siapaaku ? Hah ni yang aku nak cerita ni . Namaku Qaleesya Aqeela . Hee comel kan nama aku ? Well haha perasan jap . Umurku pada ketika itu ialah 10 tahun . Masa 10 tahun ni aku tomboi sikit . Tak pandai nak bergaya macam budak - budak lain . Aku ada kawan baik nama dia Damia Arissa . Hee dia lah kawan baik aku dari darjah tiga hope kamiakan jadi kawan baik untuk selama - lamanya . Doakan okay ? Balik kepada cerita , Fitrah Zaquis ni senior aku. Dia cuma tua setahun daripada aku tapi dalam diam aku menyukainya . Entah macam mana lah aku boleh tersangkut dengan mamat ni . Hehe . Aku mengenalinya melalui nyanyiannya . Nyanyiannya yang begitu merdu membuatkan aku jatuh cinta padanya walaupun aku tak pernah melihat rupa parasnya .Disebabkan perancangan Allah aku dapat menemuinya dan apa lagi aku terus mencuba lah berkenalan dengannya haha untung kawan baik aku adadia lah yang menolong aku untuk berkenalan dengan Fitrah Zaquis.

Hari demi hari aku dan Arissa semakin rapat dengan Fitrah . Smpai satu ketika aku meminta tolong Arissa untuk memberitahu akan isi hati aku terhadap Fitrah .

" Weyh Fit aku nak bagitahu kau something ni .." . kata Arissa dengan hati -hati . " Bagitahu apa ? " jawab Fitrah sambil membelek - belek buku yang baru dipinjam daripada perpustakaan. " Errr sebenarnyakan aku nak bagitahu pasal Qeela . Hmm dia sebenarnya sukakan kau .Dah lama dah dia sukakan kau . " kata Arissa lalu melepaskan keluhan.

Fitrah terkedu dengan pengakuan Arissa tentang perasaan Qeela terhadapnya selama ini .

" Aku tahu mesti kau terkejut dengan pengakuan ni tapi Qeela ikhlas sukakankau . Hope kau faham ea ? " Arissa meneruskan lagi kata - katanya.

" Tapi kenapa aku ?! Hey kita ni masih budak - budak lah . Terlalu awal nak fikir pasal semua benda ni . Aku cuma anggap korang kawan baik aku ja tak lebih dari tu . Kau pesan kt Qeela kalau macam ni lah diaanggap aku , lebih baik kita tak payah kawan dah ! " ucap Fitrah panjang lebar lalu meninggalkan Arissa . Arissa hanya menunduk memandang kosong ke arah lantai .

Mulai hari itu persahabatan di antara aku dan Arissa dengan Fitrah menjadi renggang. Fitrah tidak lagi bercakap dengan Arissa dan aku . Bah kan dia selalu mengelak daripada terserempak dengan ku dan juga Arissa .Banyak persoalan bermain di minda aku . Aku terasa seperti orang bodoh kerana telah menyukai orang yang sempurna seperti Fitrah . Mana mungkin lah Fitrah nak terima aku . Aku kan tomboi ,tak pandai bergaya pula tu . Jujur hati aku sakit kerana aku tidak lagi boleh berhubung dengan Fitrah . Fitrah sudah menganggap aku seperti orang asing di dalam hidupnya. Walau apa pun yang terjadi Fitrah Zaquistetap menjadi " First Love " aku . Pejam celik pejam celik aku dah masuk ke standard 5 dan Fitrah masuk ke standard 6 . Pada tahun itu , Fitrah mempunyai peperiksaan besar iaitu UPSR ( Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ) . Aku doakan yang Fitrah boleh buat peperiksaan tu dengan tenang . Hope dia akan dapat result yang cemerlang jugak .

" Kau gila ka apa ? " soal Arissa tegas .

" Alaa tolong lah aku please ? Kau baikkan ? Kan ? " pujuk aku dengan manja .

" Ishh kau ni dia nak ka terima hadiah dari kau ? Dah - dah la tu Qeela .Jangan sakitkan hati kau lagi disebabkan dia " kata Arissa lagi .

Pujuk punya pujuk akhirnya , Arissa mengalah . Hehe dia akan cair punya la dengan rayuan aku . Actually , aku nak suruh Arissa sampaikan hadiah untuk Fitrah . Hadiah ni untuk ucapan " Good Luck " atas peperiksaannya yang akan datang.

" Ada apahal kau nak jumpa aku ni ? " tanya Fitrah tegas .

" Err aku cuma nak sampaikan ni " ucap Arissa berhati - hati lalu menghulurkan bungkusan hadiah kepada Fitrah .

Lama Fitrah memandang ke arah bungkusan itu tanpa menyambut huluran Arissa . "Hope kau dapat terima hadiah daripada Aqeela " kata Arissa lagi .Tanpa membuang masa Fitrah terus menyambut huluran Arissa tetapi dia terus membuang hadiah itu ke dalam tong sampah yang berdekatan dengan mereka . Arissa tergamam dengan tindakan Fitrah .

" Aku tak perlukan hadiah dari dia ! " ucap Fitrah lalu beredar dari situ .

" Aduh !Apa yang aku nak bagitahu kat Qeela ni pasal hadiah dia ..." rungut Arissa seorang diri

. " Kau takperlu cakap apa - apa dekat aku . Aku dah dengar semuanya . "ucap seseorang tiba - tiba dari belakang Arissa.Arissa terkedumelihat Qaleesya Aqeela yang bermatakan merah dan maksudnya yang Aqeela baru habis menangis .

" Kau okay? " soal Arissa ringkas .

" Yes I am okay . " balas aku ringkas juga.Sedih ! Ya itu la yang ak urasakan pada saat itu sebenarnya apabila hadiah ku ditolak dan dibuang oleh satu - satunya lelaki yang telah menawan hati aku .Mana ada orang tak sedih bila orang yang dia sayang buang hadiah pemberian dia kat dalam tong sampah kan ? Haha tipu sangat la kalau tak ada . Hmm nevermind . Aku masih tidak berbaik lagi dengan Fitrah, hmm begitu besar ke kesalahan aku terhadap dia ? Sampai dia memperlakukan aku seperti ini ? Pejam celik pejam celik dah hujung tahun dan bererti tahun ni lah tahun terakhir untuk aku melihat Fitrah kerana Fitrah akan pindah sekolah ke Form 1 .

" WeyhQeela , Fit ada kat tangga sebelah sana lah . Kau nak lalu sana ke ?" Soal Arissa.

" Jalan ja sebelah sana , buat tak tau ja . " kata aku tak bersemangat.

Kami meneruskan langkah menaiki anak tangga tersebut tapi aku menyuruh Arissa melangkah dahulu . Sampai saja di tangga yang tidak jauh dari Fitrah tiba - tiba langkah ku mati .

" Asyik kau, kau , kau ja yang aku jumpa haish .. " ngomel Fitrah di hadapan Arissa .

Aku hanya menjadi pemerhati di sebalik tangga .

" Kau asal Fit ? Tiba - tiba berubah jadi macam ni ?! Susah sangat ke nak terima pengakuan Qeela ?! " sembur Arissa di hadapan Fitrah.

" 0kay !Kalau betul dia cintakan aku , suruh dia buktikan kat aku cinta dia tu ! " ucap Fitrah seraya hendak menuruni tangga yang menghadap aku.

Secara spontan aku terus berlari menuruni anak tangga dengan secepat mungkin. Tidak sanggup aku hendak menatap lagi muka Fitrah . Sampai di satu tempat aku memberhentikan langkah ku . Huh penatnya lari ! Aku menyentuh dada ku , dapat ku rasakan bertapa lajunya dengupan jantungaku .

" Sudah terlambat untuk aku buktikan cinta aku pada kau Fit . Sebab esok adalah hari terakhir aku untuk melihat kau . Entah bila aku dapat jumpa kau lagi " kata aku sedih di dalam hati .

******************
" Weyh Fitrah tak datang ke hari ni ? " tanya Arissa kepada seorang kawan Fitrah yang bernama Irfan .

" Tak harini Fitrah tak datang . " jawab Irfan jujur.

" Fit , takdatang hari ni Qeela" kata Arissa kepadaku pula .

Hmm bermakna semalam adalah hari terakhir aku untuk mendengar suaranya , untuk melihat rupa parasnya . Walaupun kami belum sempat berbaik kembali tetapi aku tetap bersyukur kerana Allah telah memberikan waktu untukaku berkenalan dengan Fitrah walaupun hanya sekejap . Memori aku dan Fitrah akan tersimpan rapi di dalam ingatanku .

" Woiyhh termenung jauh nampak ? Termenung siapa tu ? Termenungkan Farhan ke ?" usik Fakrul .

" Ish kau ni kacau betul lah . " rungut aku

Hah kembali ke alam realiti . Sekarang ni umur aku berusia 15 tahun maksud nya aku dah Form 3 . Cepatkan masa berlalu Banyak benda dahberubah bila aku masuk ke sekolah menengah ni haha nevermind . Ni mamat yang kacau aku ni nama dia Muhammad Fakrul . Dia kawan sekelas dengan aku . Entah kenapa lah dalam banyak - banyak budak lelaki dalam kelas aku , aku lebih selesa bergaul dengan si Fakrul ni haha .Dia ni memang tak sah kalau tak kacau aku . Ada ja nak cari pasal tapi kadang - kadang tu suka nasihat aku jugak haha . Setahu akubanyak jugak lah masalah aku , aku luahkan kt si Fakrul ni .

" 0iyy Cik Kak duk termenung apa lagi ?! " hampir separuh jerit Fakrul ditelingaku .

" 0iyy Fakrul  kau boleh tak jangan kacau aku sehari ja ?! " bebel aku geram.

" Tak ! Tak boleh ! " balas Fakrul bersahaja.

" Kenapa pulak ? " soal aku hairan .

" Sebabaku suka tengok kau marah . " ucap Fakrul .

Aku terkedu setelah mendengar setiap butir kata Fakrul  sebentar tadi .Pipiku mula membahang. Dalam sungguh kata - kata si Fakrul  tu walaupun ringkas . Tak ! Jangan fikir bukan - bukan lah Qeela . Dianak usik kau tu.

" Amboi sweetnya korang berbual dua ja .." sakat Irdini. Datang dah tukang menyakat ni . Haish dah mula la tu si Irdini ni . Hah kenalkan nikawan perempuan aku dalam kelas, nama dia Nurul Irdini . Dia ni sporting dan jangan lupa dia ni memang suka sakat orang lebih -lebih lagi sakat aku haish .0key dalam kelas aku semua pelajar ada 26 termasuk dengan aku . Dalam kelas aku 12 perempuan dan 14 lelaki .

Budak perempuan kelas aku ni terbahagi kepada dua kumpulan pula . Satu kumpulan yang mewakili 6 orang adalah budak - budak perempuan yangterlalu over dengan populariti dan kecantikkan . Lagi 6 orang adalahkumpulan aku yang terdiri daripada Aku , Irdini , Hanani , Humaira ,Awina dan Maisarah . Kitaorang ni kumpulan yang tak kesah pasal kecantikan atau penampilan dan yang paling penting kitaorang mengutamakan pelajaran , tapi kitaorang tak nerd okay ?

" Merepeklah kau ni Dini. " kata ku membela diri .

"Eleh taknak ngaku pulak ..haha .. " sakat Irdini lagi.

" Handsomenya.. " kata ku perlahan secara tiba - tiba .

" Aku handsome lagi dari dia tau .. " kata Fakrul .

" Aku macho lagi dari kau tau ! " sampuk Irdini . Aku hanya mengelengkan kepala melihat telatah dua orang kawan ku ni . Haish umur dah 15 tapi perangai macam budak 5 tahun .

" Weyh apa yang handsome sangat si Farhan tu ? " tanya Fakrul tidak puas hati dengan pandanganku terhadap kawan sekelas aku a.k.a crush aku dalam kelas haha .

" Entah tapi rambut dia smart lah " puji ku lagi .

" Ceyhh rambut aku lagi smart lah " kata fakrul tidak mahu mengalah.

" Kau nak tahu Qeela sebenarnya kan Fakrul ni jelous kau minat kat si Far tu . "sampuk Irdini .

" Mana adaaku jelous lah .. " kata Fakrul menafikan kata - kata Irdini .

" Haha taklah aku tak minat dah kowd dekat si Far  tu . Hmm dia bukannya sukakanaku pun lagipun dia dah ada orang lain .." kata ku jujur .

" Aceiceyh kau .. " kata Fakrul .

Aku hanya tersenyum sumbing .

" Qeela kan dah ada boyfriend sebab tu lah dia tak suka kat Far dah . Betul tak Qeela ? " Irdini berkata kepadaku .

" Hah ?Bila kau ada boyfriend ni ? Tak bagitahu aku pun . Nama apa weyh ? "tanya Fakrul  ingin tahu .

" Hahaadalah secret ! " kata ku selamba.

" Aloo bagitahu lah . Takkan dengan aku pun nak berahsia ? " rengek Fakrul.

" Yalah aku dah couple dengan budak Smk Titi Wangsa nama dia Syafzan . " jawabku .

" 0uh maksudnya kau dah tak suka kat Far lah ni ? " tanya Fakrul  lagi .

" Maybe la, aku tengah lupakan dia ni . Sebab tu lah aku terima budak Smk TitiWangsa tu . Aku tengah cuba sayangkan Syaf pulak . " terang ku .

"0uh okeylah tu . " Fakrul membetulkan posisinya.

" Fakrul  jelous kau tau tak ? Tengok dia sedih bila dapat tau kau couple . "usik Irdini.

" Weyh tolong sikit , tak ada masa aku nak jelous okey ? " kata Fakrul.

" Dah lah tu korang ni . " kata ku .

Hari demi hari hubungan aku dengan Fakrul  semakin rapat . Aku selesa apabila bersama dengan Fakrul . Dalam pada masa yang sama jugak tiba - tiba Syafzan meminta perhubungan aku dan dia diputuskan .

Aku begitu sedih dengan keputusan Syafzan yang ingin memutuskan perhubungan kami oleh sebab dia mahu memberi tumpuan kepada peperiksaan besar kami iaitu PT3 . Syafzan jugak berjanji untuk memulakan semula hubungan kami ini selepas selesai peperiksaan PT3kami. Akhirnya aku terpaksa akur mengikut keputusan Syafzan . Ketika itu aku berasa begitu patah hati kerana pada saat itu aku sudah mulamenyayangi Syafzan .

" Hmm fakrul  aku rindu lah kat Syafzan . " kata ku lemah.

" Ya aku tau tapi kau tak boleh lemah macam ni . Kau kena kuat lah. Kalau kau rindu dia sangat kau berdoalah pada Allah supaya Allah sampaikan rindu kau tu . " nasihat Fakrul .

" Hmm okaylah in shaa allah .. " jawab ku ringkas,

Hari demi hari aku semakin rapat dengan Fakrul  sehinggakan budak - budak di dalam kelas mengatakan yang kami mempunyai hubungan istimewa lebih daripada seorang kawan .Hmm biasa lah mulut orang mana kita boleh tutupkan. Aku dan Fakrul hanyalah kawan baik sahaja tidak lebih dari itu. Tetapi akan tibanya satu hari yang tiba - tiba membuatkan aku keliru dengan sikapnya dan perasaanku sendiri. Aku merasakan yang aku sudah mula menyukainya sepanjang persahabatan kami dan sikapnya yang begitu mengambil berat tentang aku .

" Weyhh Qeela aku rasakan Fakrul betul - betul sukakan kau lah. Macam mana kalau nanti kan tiba - tiba dia mintak couple dengan kau ? Kau terima tak ? " tanya Hanani kepadaku.

" Hah ? Kau biar betul ? Tak mungkin lah kitaorang kawan baik ja lah . "jawabku.

" Kawan baik apanya ? Kalau semua benda dia nak ikut kau ? Buat group nak ikut kau lah , exam pun nak duduk sebelah kau . Ni dh pelik tau !Semua nak berkepit dengan kau. Takkan kau tak perasan kowd ? "panjang lebar Hanani berkata.

" Fakrul  sukakan aku ? Betul ke ? Tapi ada betulnya juga  apa yang di cakapkan oleh Hanani . " aku bermonolog di dalam hati. Adakalanya aku rasa aku sudah mulai sukakan Fakrul  juga tapi dalam diam salah satu kawanku tidak menyukai akan keakraban aku dan Fakrul.

" Qee .. "seseorang memanggil disebelahku tetapi aku tidak menyahut kerana pada hari itu aku tidak ada mood dan tidak berapa sihat.

" Kau kenapa Qee ? Diam je hari ni ? " suara itu bertanya lagi. Haii labudak ni aku dah lah sakit perut banyak cakap pulak dia, aku siku kang.

" Hmm aku sakit perut lah Fakrul.. " jawabku lemah.

" Alolo kesiannya.. " Fakrul  bersimpati.

" Hmm kenapa lah kau nak kena tunjuk caring kau kat aku ? Tolong lah jangan buat aku keliru dengan perasaan aku sendiri ! " jerit Qeela didalam hati.

" Qee kenapa kawan kau yang sorang lagi tu tak datang ? " soal Fakrul.

" Hah ?Siapa ? Maksud kau Humaira ke ? " kata ku .

" Ermm yalah kowd.." kata Fakrul  teragak - agak.

" Kejap kau ni kenapa aku tengok kau dah tak tegur Humaira ? Korang gaduh ke ? "tiba - tiba soalan itu yang terpancul dari mulutku.

Muka Fakrul mula berubah lalu dia membuka bicara.

" Errr Qeela hari ni kau nak makan apa ? " Fakrul mengabaikan soalan akutanpa menjawabnya. Aku mulai berasa hairan.

" Hmm apa -apa je lah. Aku nak rehat kejap , perut aku rasa sakit sangat ni . "kataku lemah.

" Ye lah.Kau rehat la aku tak kacau kau . " kata Fakrul  lalu beredar daritempatku.

" Apa masalah Fakrul  dengan Humaira ni ? " bermonolog aku di dalam hati.

Aku hanya membiarkan persoalan yang bermain di hati aku . Jika betul Fakrul mempunyai perasaan yang sama seperti aku , aku akan menerimanya dengan hati yang terbuka.

#Thanks kepada pembaca yg sudi membaca.
#Sila beri respon dengan komen ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience