Rate

Bab 4

Romance Series 10531

Cuti sekolah telah berlalu selama seminggu. Aku hanya di rumah. Mungkin budak - budak lain pergi bercuti ke sana , ke sini tapi tidak aku. Maklumlah aku aje yang cuti sekolah tapi ibu dengan baba tak cuti kerja. Sedih betul.

Aku duduk rumah nak kena hadap selama sebulan muka satu - satunya adik aku yang menjengkelkan. Qaisya Aqeesya. Tu nama dia , berbelit lidah nak sebut pun. Hah satu lagi abang aku , abang aku pun dua kali lima sama saja dengan si adik dia. Qalisy Aqeef. Nama semua nak dekat sama kan ? Hahah aku pun tak faham dengan ibu aku pergi letak nama nak dekat sama kenapa entah.

Kadang - kadang tu ada jugak tertukar nama. Ibu nak panggil nama aku tapi terpanggil nama si Qaisya tu. Tau la Qaisya tu anak manja ibu. Anak last la katakan. Abang aku berumur 20 tahun. Adik aku pulak baru umur 9 tahun.Kami adik beradik ni memang suka gaduh - gaduh manja. Pening dibuat ibu melayan kerenah kami bertiga. Tu baru tiga orang dah nak runtuh rumah dibuatnya. Hahaha.

***************************

Lagu ' Even if I die , it's you " nyanyi jin dan v daripada group kpop Bts berbunyi menandakan ada panggilan yang minta di angkat. Aku mencapai telefon bimbit aku. Aku tersentak setelah melihat nama yang tertera di telefon bimbit ku itu.

Aku hanya membiarkan panggilan itu tanpa mengangkatnya kerana otak aku masih cuba memproses kenapa pemanggil tiba - tiba muncul setelah lama dia menyepikan diri. Seketika telefon ku tidak berbunyi lagi setelah empat kali si pemanggil membuat ' miss call ' . Bunyi bib menandakan ada mesej yang masuk. Aku membuka mesej itu dan membacanya.

Knpa tk angkat call sya ? Sya rindu awk - Syafzan

Aku tak mimpi kan ? Syafzan muncul balik ? Mata ku tidak berkedip setelah membaca mesej yang aku terima daripada Syafzan itu. Aku cuba membalas mesej Syafzan itu.

Eh sorry. Sya silent phone tdi - Aqeela

Aku memberi alasan. Malu nak terus terang cakap yang aku tak sangka dia akan call aku. Selepas itu Syafzan membuat satu lagi panggilan. Aku berasa serba salah nak angkat panggilan tu dan akhirnya aku memutuskan untuk menjawab panggilan itu. Pada mulanya agak kekok jugak sebab dah lama kan aku tak berhubung dengan dia.

Motif utama dia menelefon aku adalah kerana dia berhasrat ingin menyambung kembali hubungan kami yang pernah terhenti dahulu. Dalam erti kata lain dia ingin menunaikan janjinya yang ingin memulakan semula hubungan kami selepas tamat peperiksaan PT3. Aku juga tak sangka yang dia masih ingat dengan janji itu. Ada sedikit perasaan gembira terselit di hatiku.

Mungkin ni yang Allah nak berikan kepada aku setelah aku pernah sakit hati di sebabkan oleh si Fakrul.Mulai saat itu , aku memulakan semula hubungan ku bersama Syafzan. Alhamdulilah aku semakin ceria bersama dengannya dan aku tak sangka yang aku akan sebahagia ini apabila bersama Syafzan.

Hujung bulan dua belas pelajar - pelajar telah ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan PT3 masing - masing. Alhamdulilah aku dan kawan - kawan ku memperoleh keputusan yang not bad lah hahah. Nak tahu berapa A ? Shuhh rahsia lah.

" Weh korang nak pilih kelas apa ni ? " tanya ku yang sudah keliru sambil merenung borang pemilihan kelas.

"Entah lah. Kita pilih kelas muzik atau kelas teknik ? " cadang Irdini.

" Kelas muzik ! Macam best aje kan ? " kata Awina pulak.

" Haah aku pun setuju. " kata Humaira pulak.

" Okey - okey cepat tulis kelas muzik " ujar ku lagi.

Seminggu selepas penerimaan keputusan peperiksaan PT3. Kami dipanggil semula untuk datang ke sekolah. Semua pelajar dikumpulkan di dewan. Aku dan kawan - kawanku berdebar - debar menunggu keputusan kelas .

Hmm harap dapat duduk kelas yang sama lah. Guru yang bertugas mengumumkan satu demi satu nama pelajar untuk ke kelas masing. Aku dan kawan - kawan ku sedikit kecewa kerana kami terpaksa berpisah. Aku mendapat kelas Muzik tetapi tiba - tiba saja nama Irdini , Awina , Maisarah , Humaira dan Hanani tersenarai di kelas Teknik.

Err paling kecewa gila aku la sebab dapat kelas Muzik sorang - sorang aje. Rasa macam nak menangis dekat situ jugak tapi aku masih mengawal emosi ku. Tiba - tiba aku terpandang kan seseorang di barisan kelas Muzik.

" Eh asal budak perempuan tu macam menangis aje ? Kejap tu bukan kawan Naila ke ? " soal ku di dalam hati. Aku menjadi pemerhati seketika apabila melihat Naila sedang memujuk budak perempuan itu.

Naila tiba - tiba memandangku dan mengamit - ngamit tangannya tanda memanggilku untuk ke situ. Aku melangkah pergi ke Naila.

" Kenapa ?" tanya ku.

" Qee kau dapat kelas Muzik jugak kan ? "

" Yalah aku sorang aje dapat kelas muzik." jawabku bernada sedih.

" Boleh kau teman kan si Haifa ni ? Dia sorang - sorang aje dapat kelas Muzik ni. Dia tak ada kawan. Boleh nanti dalam kelas kau duduk dengan dia ? " panjang lebar kata Naila kepadaku. Aku sedikit termangu.

Ermm okey jugak kan aku duduk dengan Haifa ni. Bukan aku tak kenal dia. Kenal aje cuma tak rapat lah. But okey jugak ada lah kawan nanti dalam kelas baru. Sekarang baru aku tahu kenapa si Haifa ni atau nama panjangnya Hafieya Haifa menangis. Sebab sedih tak dapat satu kelas dengan kawan - kawan dia yang lain rupanya.

" Hah okey aje. Aku pun tengah tak ada kawan ni. Hmm untung lah kau dapat satu kelas dengan Irdini semua tu. " ngomel ku. Lama kelamaan Haifa mulai berhenti menangis. Dia sudah mulai menerima yang dia tidak dapat satu kelas lagi dengan kawan - kawannya yang lain begitu juga aku.

Kami duduk berdua sepanjang perhimpunan tersebut. Agak kekok jugak lah aku dengan si Haifa. Sepatah dia tanya, sepatah jugak lah aku jawab. Tapi tak apa perlahan - lahan mana tahu nanti kitaorang boleh jadi bestfriend kan ? Seketika semua pelajar di suruh untuk ke kelas baru masing - masing.

Hari pertama sekolah agak menyeronokkan walaupun ramai jugak yang aku tak berapa nak kenal atau berkawan dalam kelas 4 Muzik tu. Hari pertama tu seperti biasalah. Tak ada guru yang masuk akan mengajar . Sebab apa ? Sebab kitaorang semua mana bawa buku teks hehe jadual tak ada so ? Lenggang kangkung la jawabnya.

Seketika aku melihat Haifa sedang berbual dengan seseorang. Si Haifa ni ramai jugak yang dia kenal dalam kelas ni. Tidak seperti aku.Aku berfikir sejenak ketika melihat Haifa mesra berbual dengan seorang pelajar lelaki di dalam kelas ku ini. " Hm diaorang kenal ke ? Macam rapat semacam aje ? " berteka teki aku di dalam hati. Tiba - tiba..

" Ehem - ehem " seseorang berdehem di belakang ku. Aku menoleh melihat siapa si gerangan yang berdehem - dehem itu. Sakit tekak kah dia ? Kalau iya pun jangan lah sampai terjangkit dekat aku sudah.

Seketika aku membuat muka menyampahku di depan orang itu. Aduhai lupa pulak aku yang aku masih satu kelas dengan mamat sengal ni . Siapa lagi kalau bukan Fakrul !

" Sorang aje ? Tak bosan ke ? Aku tahu kau sedih sebab tak dapat nak satu kelas dengan kawan - kawan kau yang lain kan ? " tebak Fakrul .

" Iya mula - mula memang rasa macam tu. Tapikan tiba - tiba aku rasa lagi , lagi , lagi sedih " kataku.

" Kenapa pulak ? Sedih sebab ? " tanya Fakrul sambil menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal. " Sedih sebab dapat satu kelas dengan kau ! Errr " ujarku.

Fakrul diam seketika sebelum membuka bicara.

" Iya ke kau sedih satu kelas dengan aku ni ? Ke kau suka sebenarnya ni " ujar fakrul mengusik.

Belum sempat aku membuka kata tiba - tiba seseorang menyapa kami berdua." Amboi sedapnya korang date kat tempat aku dengan Syaza ni." kata Athirah bernada gurauan. Ni Athirah dan disebelahnya kawan baik dia iaitu Syaza. Aku baru sahaja berkenalan dengan diaorang tadi itu pun sebab diaorang yang tegur aku dulu.

" Errr okay lah Qee nanti borak lain ea ? " ujar fakrul , meminta diri. Fakrul ni dia masih malu dengan budak perempuan kelas 4 Muzik ni dan dengan aku aje lah yang dia kenal dan tak malu !

" Mana ada aku date kat tempat korang. Merepek aje " kataku membela diri. Athirah dan Syaza mengambil tempat diaorang kembali. Walaupun kitaorang baru berkenalan , aku sudah mulai biasakan diri dengan diaorang ni. Diaorang sporting.

" Hahaha ye lah tu, by the way Fakrul tu memang rapat dengan kau ea ? " soal Syaza kepadaku.

" Ya boleh lah. Kitaorang dari kelas yang sama dulu." ujarku.

" Oh hahaha tapi lawak la dengan budak perempuan lain dalam kelas ni dia tak borak langsung. Dengan kau aje budak perempuan yang kitaorang tengok dia borak. Dah macam couple pulak. " jujur Athirah.

Aku tersenyum sumbing. Couple ? Hahahah Syafzan aku nak letak mana. Aku masih merahsiakan kepada kawan - kawan baru ku tentang kekasih hati aku iaitu Syafzan. Nanti - nanti saja lah aku bagitahu kat diaorang.

" Hai korang ! Borak apa ? Macam best aje. " kata Haifa melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah aku. Haifa orangnya tak lah setinggi mana hanya ketinggian sederhana seperti aku.

Periang orangnya. Sifat periangnya yang membuat aku selesa berkawan dengannya.

" Borak kosong ja " kata Syaza kepada Haifa. Haifa mengangguk.

" Kau ni jahat lah Haifa tinggalkan Qee sorang - sorang. Sedap aje kau pegi berborak dengan si Muhaimin tu. " kata Athirah ingin mengusik Haifa.

Mimik muka Haifa berubah ada sedikit rasa bersalahnya terhadap Aqeela. Aku hanya menahan tawa di dalam hati melihat Athirah membuli Haifa.

" Alaa sorry lah. Aku tak sengaja " kata Haifa sayu.

" Tak tahu lah, Aqeela merajuk tak nak kawan dengan kau. " semakin galak Athirah mengusik.

" Betul ke Qeela ? Aku mintak maaf sebab tinggal kau sorang - sorang. Kau jangan lah tak nak kawan dengan aku " rayu Haifa bersama dengan mukanya yang semakin merah yang lagaknya seperti ingin menangis.

Haifa ni seorang yang sensitif jugak orangnya. Dia mempunyai hati yang lembut. Seketika Athirah ketawa terkekeh - kekeh setelah melihat wajah Haifa yang merah ingin menangis.

" Aku tak marah lah. Athirah ni saja nak mengusik kau " kataku dengan sedikit ketawa. Haifa lantas mencebik. " Kuang hajo betul korang kena kan aku " bebel Haifa.

" Padan muka kau " ejek Athirah. Athirah ni memang no 1 suka mengusik orang. Semua orang yang mana pernah satu kelas dengan dia sebelum ni pun dah masak dengan perangainya itu.

********************************

Hari ketiga bersekolah di tingkatan 4 membuatkan aku bertambah selesa dengan budak - budak kelas yang lain. Tapi tidak dengan budak lelaki kecuali si Fakrul . Aku jugak selalu berkampung di kelas 4 Teknik.

Kenapa berkampung ? Sebab kawan - kawanku semuanya ada di sana. Hahahaha aku lah yang kerap menyinggah di kelas diaorang tu.Pada hari itu semasa aku di kelas 4 Teknik tiba - tiba seseorang menegur aku.

" Aqeela ! " ujar Muhaimin iaitu pelajar lelaki kelas aku. Aku sedikit terkejut kerana baru pertama kali Muhaimin menegurku. Kitaorang tak pernah berkawan pun sebelum ni. Sedikit janggal apabila dia menegurku hari ini . Aku termangu melihatnya. Dia membuka bicara tiba - tiba.

" Kenal Syafzan ? " tanya Muhaimin kepadaku. Syafzan ? Ada ke budak kelas 4 Teknik nama Syafzan ?

" Syafzan mana ni ? Dia duduk kelas 4 Teknik ni ke ? " jawabku.

" Bukan lah. Syafzan Farid ! " ujarnya lagi. Maksud dia Muhammad Syafzan Bin Muhammad Farid ? Tu nama boyfriend aku ! Aku terlopong seketika. Mana dia kenal Syafzan ni ? " Kenal kenapa ? " ujarku kembali.

Belum sempat Muhaimin membuka katanya lagi tiba - tiba kawannya memanggil. Dia terus pergi meninggalkan ku begitu sahaja. Seketika aku melangkah untuk ke kelas ku kembali sambil di dalam fikiran ku bermain teka teki.

" Hai Qee . Kau dari mana ? " tanya Haifa kepadaku. " Kelas 4 Teknik. " pendek kataku. Tiba - tiba terdetik di hati aku ingin mengetahui tentang hubungan Haifa dengan Muhaimin.

" Haifa boleh aku tahu kau ada relay apa ea dengan Muhaimin ? " tanyaku spontan. Haifa sedikit gelisah .

" Hmm okey la aku cerita dekat kau ea ? Memandangkan kita pun dah berkawan and aku ni bukan boleh nak simpan cerita kalau dah kawan aku tanya. Tapi satu syarat , kau pun kena cerita satu rahsia dekat aku boleh ? " jawab Haifa.

Aku mengangguk tanda setuju dengan syarat yang diberikan oleh Haifa." Tapi kalau aku cerita kau janji jangan cerita dekat sesiapa pun. Janji ea ? " ujar Haifa sambil menyuakan jari kelingkingnya kepadaku.

Aku menyambut jari kelingking Haifa sebagai tanda berjanji. Haifa menceritakan semuanya kepadaku. Dari mula perkenalan diaorang sehingga lah ke hari ini. Ada cerita di sebalik cerita. Jalan cerita hubungan Haifa dengan Muhaimin hampir sama dengan hubungan aku dan Fakrul. Harap Haifa tak lalui seperti mana yang aku lalui lah.

Mungkin Muhaimin tu betul - betul suka kan Haifa. Bukan macam si mamat sengal tu yang mempermainkan aku demi kawan baik aku.

" Okey. Sekarang nak tahu rahsia apa dari aku ? " tanyaku kepada Haifa.

" Kau ada boyfriend ? Boleh cerita tentang dia ? " kata Haifa sambil mempamerkan wajah yang excited nak tahu.

" Ada dan aku rasa dia kawan Muhaimin lah. " kataku.

" Serious ? Kenapa pulak ? "

" Tak tadi kan sebenarnya masa aku kat kelas 4 Teknik. Muhaimin ada tegur aku. Tiba - tiba aje dia tanya kenal Syafzan Farid tak ? Tu nama boyfriend aku. " jelasku. Selepas itu aku mula bercerita tentang kisah aku dan juga Syafzan.

" Wah bestnya kau. Sweet betul si Syafzan tu ya ? " puji Haifa. Aku hanya tersenyum. Tiba - tiba aku berasa ingin memberitahu tentang Fakrul kepadanya.

" Haifa , kan cerita kau dengan Muhaimin tu kan. Sebenarnya hampir sama aku pernah lalui." ujarku.

" Maksud kau ? "

" Sebenarnya aku pernah ada di situasi kau tu tapi lagi teruk bila orang aku ingat dia sukakan aku tu sebenarnya .. sukakan kawan aku sendiri. " kataku bernada sedikit sedih.Etah lah sampai saat ni aku masih belum boleh lupakan apa yang dia dah buat.

Terlalu sakit hati ni bila teringat kembali.

" Oh ya ? Kesiannya kau. Siapa lelaki tu ? Meh sini aku bagi penumbuk kat muka dia " bebel Haifa.

" Dia budak dalam kelas kita ni " putus ku. Automatik Haifa melihat di sekelilingnya. Dia melihat satu persatu muka - muka budak lelaki di dalam kelas pada ketika itu. " Siapa ? " ujarnya. Aku diam.

" Yang tinggi tu ea ? " teka Haifa. Aku tersentak. Cepat betul Haifa meneka. Aku mengangguk mengiyakan tekaan Haifa. Selepas itu aku mula bercerita tentang kisah aku dan Fakrul pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience