Rate

Bab 3

Romance Series 10531

Aku berasa hairan dengan riak muka Fakrul. Seolah - olah tidak percaya dengan surat yang dibacanya. Hmm dah kenapa mamat ni ? Aku yang dapat surat entah dari siapa ni, dia pulak yang terlebih terkejut.

" Wahh Qee kau ada peminat rahsia lah. Tapi siapa ? " kata Awina bersama usikan. Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa - apa.

" Takkan budak kelas kita kowd ? " soal Hanani. Aku juga berfikiran seperti itu. Takkan lah budak kelas lain ? Aku bukannya kenal sangat dengan budak - budak sekolah aku ni. Lagipun aku tak ada berkawan dengan budak - budak junior ke senior apa semua tu.

" Entah lah. Tapi kalau budak kelas kita siapa ? " kata Irdini pula.

" Ada orang nak perkenakan kau kowd Qee . Tak payah amik seriouslah. Benda biasa lah bila dah hujung - hujung tahun ni. " kata Fakrul bersahaja.

" Eleh kau sibuk je lah Fakrul . Sebenarnya kau jelous kan Qee dapat surat cinta dari peminat rahsia dia ? " terjah Irdini.

" Haah. Tengok asal muka kau merah semacam ja ? " tambah Hanani pula.

" Erkk ... sudah lah aku nak pergi tandas lagi bagus dari layan korang ni ! " kata Fakrul cuba mengelat lalu beredar meninggalkan empat orang gadis itu di dalam kelas.

" Dah kenapa dengan dia tu ? " soal Awina pula yang hairan dengan tingkah laku Fakrul . " Hmmm dia bukannya kesah pun semua ni , sebab tu dia cakap macam tu kan ?" kataku di dalam hati. Kami berempat telah membuat rancangan.

Kami ingin menyiasat siapa si pemilik surat itu. Kami menyusun strategi dengan membalas surat tu dan meletakkannya kembali di dalam meja aku. Seketika kemudian kami pun kembali masuk ke dalam dewan.

Keesokan hari , semasa waktu rehat aku melangkah seorang diri masuk ke dalam kelas. Apa yang aku nak buat dalam kelas ? Mesti lah nak periksa dalam meja aku ada tak surat dari peminat rahsia tu kononnya. Hati aku berdebar - debar saat aku lihat ada sepucuk surat lagi di dalam meja ku.

Aku pun tunggu apa lagi ? Ambik lah surat tu. Di depan surat itu sudah tertulis buat Qaleesya Aqeela. Errr menyampahnya aku dengan pengirim surat yang entah apa - apa ni. Tanpa membuang masa aku pun membaca isi kandungan surat tersebut.

- Assalamualaikum.. tak perlulah awk nak kenal siapa sya sbb dah terlambat untuk kita knl antara stu sma lain. Nnty klw sya tunjukkan diri kt awk. Awk takleh lupakan sya plak hehe. So takyah lah knl sya ea ? Cukup awk dh thu isi hty sya yg sbenar pun dh bersyukur sgt. Awk tkdak salah apa pun dkt sya smpai awk tnya dlm surat yg awk bls tu yg knap sya kcau awk kan ? Sorry awk xdk salah apa pun just sya yg nk luahkan perasaan yg dh lma terpendam ni. Okay hrp awk jga diri ya lepas ni. Goodluck untuk result Pt3 awk nnty. Sya slalu doakan yg terbaik untuk awk heee ok la setakat ni je surat sya untuk awk. Hee Love youu Qalesya Aqeela. Daripada peminat rahsiamu...

Alahaii dah kenapa lah dengan dia ni ? Lagi la nak buat aku tertanya - tanya. Tolong lah muncul kan diri kau si pengirim surat ! Jangan buat aku serabut lah . Bebel ku di dalam hati. Tiba - tiba seseorang menyapa.

" Ehh Qee ? Kau kat sini ? " tanya Fakrul kepadaku,

Errk ? Aku minta si pengirim surat yang muncul , bukan mamat sengal ni ! Aku hanya memandang tajam ke arah Fakrul. Kadang - kadang benci plus menyampah tengok muka dia ni but sometime tu rindu , sayang bila tengok muka dia ni. Hahahaha dah tak betul agaknya aku ni. Apa banyak sangat perkataan " ni " yang aku ulang ? Ermm nevermind.

" Tiap kali aku cakap dengan kau , ada je yang kau nak berangan ea ? " soal Farul setelah melihat aku tidak memberi tindak balas kepadanya.

" Hah ? " aku termanggu seketika kerana tidak fokus dengan kata - kata Fakrul . Ermm tiap kali Fakrul tegur aku mesti ada je aku nak menyumpah seranah dia dalam hati kan ? Nasib kau lah Fakrul.

" Kau buat apa kat sini sebenarnya ? Sorang - sorang pulak tu ? " tanya Fakrul lagi.

" Ni hah aku datang nak ambil surat ni " kataku lalu menunjukkan surat tersebut di hadapan muka Fakrul . Tiba - tiba saja dahi Fakrul berkerut - kerut memandang surat itu.

" Eh dah kenapa mamat ni buat muka macam tu ? " soal aku di dalam hati.

" Errkk aku nak pergi toilet kejap ! Bye ! " kata Fakrul lalu melangkah laju ke arah toilet. Oh dia sakit perut lah tu , sebab tu buat muka macam tu. Macam - macam kerenah. Aku pun melangkah keluar untuk berjumpa dengan kawan - kawan ku untuk memberitahu tentang balasan surat dari peminat rahsia tu.

" Ni tak boleh jadi ni ! Mana adil kalau dia tak tunjukkan diri dia sebenar kat kita. " bangkang Hanani.

" Haah betul tu apa yang Hanani cakap. Aku sokong ! Nak jugak tengok dia macam mana. Pajang ke ? Bulat ke ? Petak ka ? Tiga segi ke ? " kata Irdini menyokong Hanani.

" Huish agak - agak ahh kalau dah bulat , petak semua tu . Bukan orang dah tu. Tu makhluk asing namanya. " kata Awina pulak. Aku hanya mendengar apa yang dibebel oleh kawan - kawan ku ni tapi ada betulnya jugak kata - kata diaorang ni. Hmm aku pun nak tahu jugak siapa yang berani - berani hantar surat macam ni kat aku. Dapat orang tu kt ak , aku lenyek - lenyek dia macam ubi kentang hah !

" Ermm korang , Maisarah dengan Humaira tak tahu kan pasal surat ni ? " tanya ku.

" Tak kot , kitaorang tak bagitahu kat diaorang. Malas ahh sekarang ni pun diaorang asyik berdua ja. Mana ada share apa - apa dengan kita. So tak payah lah share apa - apa dengan diaorang tu " panjang lebar kata Hanani.

Ya memang aku akui , sejak Humaira kembali rapat dengan Fakrul , dia dah jarang dengan kami tapi dia masih rapat dengan Maisarah. Hmm biarlah orang tengah bahagia kan ? Malas lah nak kacau.

Sekarang ni bagi peluang pulak dekat Humaira tu nak luangkan masa dengan si Fakrul. Sebelum ni kan diaorang dah lama berjauhan. Hmm diaorang happy , aku pulak yang sedih dah kenapa ?

" Oh okey. Tak apa lah kalau orang tu tak nak muncul kan diri dia. Janji dia dah tak kacau aku sudah. " kata ku selamba. Biasalah aku ni malas nak panjang - panjangkan masalah. Irdini ,

Hanani dan Awina hanya mengiyakan saja kata - kata ku.
**********************

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu untuk kami balik ke rumah masing - masing . Suasana sekolah saat itu begitu bising dengan suara budak - budak junior dan juga senior.

Maklumlah waktu balik sekolah kan ? Siapa yang tak seronok. Semua pelajar berpusu - pusu melangkah ke pintu utama sekolah untuk balik. Aku hanya menjadi pemerhati sementara menunggu Naila yang sedang masuk ke tandas.

Tiba - tiba ada dua orang budak junior lelaki menyapa aku. Dari segi pandangan aku , agak - agak dua budak lelaki ni dari tingkatan 2 mungkin.

" Ermm akak Qaleesya Aqeela .. " kata salah satu budak itu.

" Err ya ? Ada apa ea ? " soal ku pelik. Macam mana budak ni boleh tahu nama aku pulak ? Wah popular betul aku dalam sekolah ni.

" Erkk kami .. kami nak minta maaf kat akak .. " kata budak itu lagi tergagap - gagap .

Dah kenapa pulak nak minta maaf dengan aku ? Aku pun tak kenal dengan budak - budak ni. Entah dari mana datangnya pun aku tak tahu. "

Kenapa pulak nak minta maaf dengan akak ni ? " soal ku lagi. " Kami nak minta maaf sebab selama ni kami yang hantar surat cinta tu dekat akak . Kami saja nak kacau orang. Maafkan kami kak, Tolong jangan bagitahu dekat cikgu disiplin. " kata budak lelaki itu lagi.

Merayu - rayu dekat aku supaya aku maafkan diaorang. Alahai budak - budak ni rupanya yang mainkan aku. Ish - ish tak patut betul la. Tapi bila masa pulak aku nak bagitahu cikgu disiplin ea ?

" Oh jadi kamu berdua lah yang hantar surat - surat tu semua ? Yalah akak maafkan tapi janji dengan akak. Lepas ni jangan kacau orang lain pulak macam tu. Akak dapat tahu korang buat lagi siap ! Janji ? " kataku tegas seperti cikgu disiplin pulak lagaknya cuma tiada rotan saja di tangan hahahaha.

" Okey kak kami janji kami tak buat dah. Terima kasih kak sebab maafkan kami." jawab budak lelaki itu lagi. Selepas itu mereka pun berlalu meninggalkan aku.

Seketika , Naila pun keluar dari tandas. Makcik ni kalau ya pun melabur jangan la lama - lama sangat.

" Kau cakap dengan siapa tadi ? " soal Naila kepadaku.

" Hah ? Oh aku cakap dengan peminat rahsia aku yg kononnya hantar surat cinta tu . " kataku selamba. Naila sudah membuat muka tidak faham.

Geli hati aku melihat mukanya yang seperti itu. Dah macam muka orang sembelit aku tengok hehehe.

" Sudah lah kau ni. Balik jom lama dah aku tunggu kau melabur tadi. " kataku lalu mula melangkah. Dalam diam ada seseorang sedang memerhati dari jauh setiap tingkah laku ku sebentar tadi.

" Takut jugak budak - budak tu dengan aku. Nasib aku yang ternampak waktu diaorang tu nak letak surat tu dalam meja Qee. Tapi aku terlupa pulak nak buang surat tu tadi haish. " kata seseorang sambil tersenyum sinis.

Selepas itu dia pun melangkah untuk balik.
***********************

Petang yang sangat membosankan. Hmm aku berguling - guling ala ala Diwale di atas katilku yang empuk. Ceh ayat. Aku mencapai telefon bimbit kesayangku , bukan Iphone tapi I punya phone hahaha. Takda lah aku pakai samsung aje. Aku pun menekan button ' whatsapp' . Terus apa lagi aku pun mencari lah group whatsapp diantara aku,Awina, Irdini dan jugak Hanani.

Mesti orang pelik mana hilangnya kawan lagi dua orang tu kan ? Siapa ? Maisarah dengan Humaira lah. Hahaha kawan - kawan ku yang lain sengaja tidak mahu memasukkan mereka berdua tu ke dalam group ni.

Mereka masih marah tentang perubahan Maisarah dan Humaira sejak rapat dengan si Fakrul tu.

Me - Assalamualaiku korang ! Aku ada cerita pnas ni !

Wina - Waalaikumusalam . Ya ? Cerita apa ?

Nani - Haah cerita apa yg pnas sgt tu ?

Me - Aku dah tau siapa peminat rahsia aku ! Dia jumpa aku tadi masa balik . Finally muncul kan diri jugak si pengirim tu

Nani - What ?! Serious ? Siapa wehh !

Wina - Siapa ?! Handsome tak ?

Ird - Yooo ! Hah ? Korang tgh chatt ap ni ? Siapa yg handsome ni ?

Nani - Errr kau ni lambat lah Ird oiiii. Pergi mna ?

Ird - Biasa bro , aku makan tadi :D

Me - Handsome apanya ? Budak junior kau tahu tak ?! Dua orang budak lelaki nak mainkan aku.. diaorg sja hntar surat - surat smua tu. >_<

Nani - Erkkk ? Budak ? :o

Wina - Alaa ingatkan senior tdy rupanya junior ? :(

Ird - Senior ? Junior ? Arhh tak kesah lah yang penting mak aku msk hari ni sdap :D

Me - Kau dh knp Ird oii . Lari topik sungguh. Mak ak pun msk sedap hari ni hahahaha.

Begitulah perbualan kami di group whatsapp. Jangan kata dekat sekolah aje riuh. Dekat group whatsapp ni pun sama aje. Akhirnya selesai jugak tentang misteri si pengirim surat tu. Peristiwa ni akan menjadi kenangan yang terindah untuk tahun ni.

Entah tahun depan macam mana lah pulak kenangan yang akan aku cipta.

Rasa - rasa dapat tak lagi aku satu kelas dengan diaorang ni. Takutnya nak bercampur dengan budak - budak kelas baru nanti ? Result Pt3 apa lah yang aku dapat nanti? Aliran apa yang aku nak dapat nanti ?

Wah takutnya. Eh berapa banyak ' nanti ' daa.

" Amboi kusyuknya main congkak " tegur seseorang tiba - tiba di hadapan aku. Aku mengangkat muka memandang seseorang itu. Farhan. Dia rupanya.

" Lawan dengan aku jom ? "

" Lawan dengan kau ? Kau terer ke main congkak ni ? " soal ku.

" Eh tengok tangan lah. Mesti lah terer. Setakat main dengan kau sebelah mata pun boleh lah " ujar Farhan bersama senyuman yang menawan.

Alahai Farhan senyuman kau lah yang paling win di hati aku. Aku terpaku seketika.

" Dah lah jom lah main cepat ! Tak sabar nak kalahkan kau hahaha " kata Farhan berlagak.Naila menukar tempat dengan Farhan .

Naila menghampiri aku lalu dia membisikkan sesuatu ke telingaku. " Main dengan Far tu hati - hati. Jangan sampai terjatuh hati kali kedua kat dia pulak " bisik Naila yang bernada gurauan itu. Aku hanya tersengih - sengih.

Setelah itu aku pun mula lah bermain congkak dengan Farhan . Betapa gembiranya aku saat itu.

Sudah lama aku tak rapat macam ni dengan Farhan . Kalau dulu , kitaorang selalu belajar sama - sama. Lepastu kadang - kadang suka gaduh dalam kelas. Bila cikgu bagi kerja sekolah kat depan dia mula lah nak pusing belakang nak buat kerja dekat meja aku.

Lagi bila tak siap salin nota yang cikgu bagi kat depan. Rumah aku jelah yang dia cari nak pinjam nota.

Yang paling best dan buat aku semangat masa dalam dewan waktu jawab exam PT3 , kedudukan Farhan dalam dewan hanya di belakang aku saja. Tengok rapat kan kitaorang dulu ? Macam mana lah aku tak terjatuh hati dalam diam dekat dia ni.

" Yeahh aku menang ! Tengok kan aku dah cakap tadi aku terer " sorak Farhan kegembiraan setelah dapat mengalahkan aku.

Tapi aku tahu dia sebenarnya main tipu aje. Haish. " Mana adil kau main tipu lah ! Aku nampak tadi kau bawa sorok guli kan ? Hah ? " kataku.

" Ehh mana ada . Aku main betul lah. " nafi Farhan . Aku hanya mencebik. " Tak ada - tak ada kita lawan sekali lagi cepat ! "

" Okey no hal. Jom " ujar Farhan. Hari itu aku bermain congkak dengan bahagia sekali bersama Farhan.

Terlupa sekejap aku tentang keakraban Fakrul dan Humaira. Lantak lah kat diaorang tu. Kalau diaorang boleh happy takkan aku tak boleh happy jugak kan ?

Sebenarnya aku bukan nak sangat main congkak berulang kali dengan si Farhan ni tapi saja ingin rapat dengannya.

Rasa sayang nak sia - sia kan peluang yang ada untuk meluangkan masa bermain congkak dengan si Farhan ni.

" Qee .. aku nak tanya sikit boleh ? " soal Farhan sambil tangannya giat bermain congkak.

" Hah tanya lah. "

" Kenapa kau nangis hari tu ? Betul ke Naila cakap mata kau masuk habuk ?" ujar Farhan ..

" Errr .. errr aku ... hah mata aku masuk habuk sebab tu la aku nangis. Sorry lah aku tak tegur kau balik hari tu. Mata aku pedih sangat - sangat " aku memberi alasan.

" Oh ingat kan kenapa."

" Hahaha kenapa ? Kau risau jugakkan kat aku kalau aku nangis ? " soal ku spontan. Aku mengetap bibir.

Aku sedikit terkejut dengan apa yang spontan keluar dari mulut ku ini. Kenapa lah kau tanya macam tu Aqeela oii. Nanti dia cakap kau perasan pulak. farhan diam.

" Amboi macam best je korang main congkak ! Tak ajak pun ! " sapa Irdini tiba - tiba memecahkan kesunyian di antara aku dan Farhan.

Terima kasih lah Ird oii sebab kau muncul waktu yang tepat. " Hahahaha mesti lah best , sebab aku aje yang asyik menang. " kata Farhan bangga diri. Fuhh lega dia dah tukar topik.

Aku hanya tersengih - sengih menampakkan barisan gigi ku ini. Seketika Irdini menggantikan tempat aku untuk bermain congkak dengan Farhan. Farhan sedikit mengeluh.

" Penat ahh main. Last sekali aku jugak yang menang. Tak nak ahh main dh " ujar Farhan. Irdini sedikit mencebik lalu dia membuka kata.

" Kau penat main atau kau tak puas lagi main dengan Qee ? Hahahaha " usik Irdini.

Farhan sedikit tersentak begitu juga aku.

" Sorry lah kalau aku kacau daun hehehe "

" Sudah lah cepat lah main ! " ujar Farhan serta merta. Haish apa lah yang Irdini merepek ni. Ingatkan nak selamatkan aku tapi lagi mengusik aku ada lah. Aku membuat muka yang menjengkelkan kepada Irdini tanpa dilihat oleh Farhan yang sudah mula fokus dengan congkaknya.

Aku mendekati Hanani dan Awina. Hari ini adalah hari terakhir aku di sekolah untuk tahun ni. Tahun depan dah tingkatan empat aku ni. Aku menghabiskan sisa - sisa sekolah untuk tahun ni bersama kawan - kawan ku. Ada yang tengah sibuk - sibuk mengambil buku - buku diaorang yang masih tak dibawa balik. Bersepah aku tengok. Salah satu yang tak bawa balik buku lagi tu Hafiq lah.

" Kenapa kau tak bawa balik buku - buku semua ni hari tu je ? Sekarang kan dah susah ! " omel ku kepada Fakrul.

Fakrul memekakkan telinganya.

" Fakrul ... nak Maira tolong kemas buku - buku tu ke ? " ujar seseorang di belakangku. Humaira. Entah dari mana dia datang entah.

Fakrul tersenyum. Oh bila Humaira kau senyum. Bila aku ? Kau buat pekak ea ! Marah aku di dalam hati. Aku membuka langkah untuk beredar dari situ.

Lama - lama kat sini boleh sakit hati aku. Aku hanya membiarkan Humaira dan Fakrul di situ. Nak pergi tandas lah ! Aku pun pergi ke tandas seorang diri.

" Eh Aqeela ? Sorang je ? " sapa Maisarah kepadaku. Kami terserempak di tandas.

" Ya sorang je. Malas nak kacau yang lain ajak pergi tandas."

" Oh okey. Ermm nampak Humaira tak ? " soal Maisarah kepadaku. Alahai Humaira lagi.

" Nampak , dia ada dengan Fakrul. Tolong Fakrul kemas buku kot rasanya " jawab aku endah tak endah.

" Oh hahaha diaorang tu tak boleh nak berenggang langsung. Sweet kan diaorang tu ? " tukas Maisarah.

Aku sekadar tersenyum. Dah kenapa nak soalkan tentang diaorang tu. Aku terasa sebak tapi aku tetap mengawal emosi ku di hadapan Maisarah.

" Okey lah aku gerak dulu ea. Jumpa kat dewan nanti. " kata Maisarah lalu beredar meninggalkan aku seorang diri. Aku masuk ke dalam tandas.
********************

Loceng sekolah berbunyi tanda waktu untuk balik. Aku jalan beriringan kawan - kawan ku.Kami berbual tentang apa yang hendak dilakukan semasa cuti sekolah. Sebulan cuti. Rindu lah aku dengan sekolah. Nope bukan rindu dengan sekolah , sebetulnya rindu dekat kawan - kawan ni.Rindu suasana sekolah. Rindu crush kat sekolah. Eh ! Hahahah.

" Korang nanti kalau free tu datang lah rumah aku , kita tengok movie ke apa ke ? " cadangku.

Kawan - kawan ku hanya mengiyakan saja. Diaorang memang selalu berkunjung ke rumah ku. Dah macam rumah kedua diaorang dah hahahaha. Harap tahun depan aku dapat jumpa lagi kawan - kawan aku ni dan dapat satu kelas dengan diaorang. Amin.

" Eh jap , si Fakrul tu boleh ke berjauhan dengan Humaira sebulan ni ? " tanya Hanani tiba - tiba sewaktu dia ternampak Fakrul dan Humaira sedang mesra berbual di astaka sekolah.

" Entah diaorang tu." kata Awina. " Rileks lah , apa ada hal whatsapp kan ada. " kata Irdini pula.

" Ya tak ya kan ? Jangan si Humaira tu jumpa orang lain sudah dalam masa sebulan ni " tukas Hanani.Aku hanya menjadi pendengar.

Malas nak campur tangan. Hmm entah lah sebulan tak jumpa Fakrul macam mana ea aku ? Rindu ? Seronok ? Dua - dua aku akan rasa. Aku sedikit mengeluh.

" Lain lah kalau si Aqeela ni. " namaku disebut oleh Irdini. Berkerut - kerut dahi ku mentafsir apa yang ingin dikatakan oleh Irdini. " Apa maksud kau ? "

" Tak lain la kau cuti sebulan ni kalau rindu Far boleh jumpa. Rumah korang kan dekat ! Haahahah " usik Irdini. Cehh tak habis - habis si Irdini ni. Aku hanya mencebik. Ya memang rumah aku dekat dengan rumah farhan . Tapi tak hingin la nak pergi !

#SilaBeriFeedbackYaReader.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience