Rate

Bab 2

Romance Series 10531

  Malam yang sangat membosankan ! Huh apa lagi aku pun buka lah Fac kesayangan aku . Lama rasanya aku tak bermanja dengan fac sejak – sejak sibuk dengan peperiksaan tingkatan tiga aku . Sedang aku leka melihat status – status friendlist fac aku tiba – tiba bunyi bib tanda masuk mesej fac dan terpaparlah suatu ruang sembang dari seseorang .

Muhammad Fakrul – Hai assalamualaikum cik adik . Tak tidur lagi ke ?

Qaleesya Aqeela – Hai waalaikumusalam cik abang oi . Belum lagi lah , malam masih muda.

Muhammad Fakrul – Tak elok anak dara tidur lambat – lambat ni . Kau tengah buat apa tu ?

Aku mendengus geram. Ni lah sifat Fakrul  yang paling buat aku rimas. Ada saja jawapan yang dia nak bagi dekat aku. Tak boleh ke sekali sekala bagi aku menang pula. Haish.

Qaleesya Aqeela – Baiklah ustaz Fakrul , kejap lagi saya tidur ya ? Nothing asal ?

Muhammd Fakrul – Oh saja tanya . Erm Qee actually aku nak cakap something ni .

Hati aku berdebar – debar secara tiba – tiba apabila mendapat mesej sebegitu dari Fakrul. Benda apa ea yang dia nak bagitahu ? Macam serious semacam ja. Aku termenung seketika sehingga tidak perasaan yang mesej fac masuk bertalu – talu .

Muhammad Fakrul – Hello? Hello? Hello? Kau ada kat sana lagi tak ? Asal tak reply mesej aku?

Qaleesya Aqeela – Eh ya aku masih ada kat sini. Hah? Kau nak cakap apa ? Macm serious ja ?

Muhammad Fakrul – Memang serious pun sebab ni pasal hati dan perasaan aku.

Qaleesya Aqeela – Maksud kau ?

Muhammad Fakrul – Hmm Qeela sebenarnya aku ada sukakan someone ni tapi entah lah dia tahu ke tak . Kau rasa patut tak aku bagitahu tentang perasaan aku ni dekat dia ?

Aku semakin tidak senang duduk dibuatnya. Warghh Fakrul  nak luahkan perasaan dia dekat aku ke ? Jadi betul ke apa yang aku sangka selama ni. Semakin berdebar – debar hati Aqeela hendak membalas mesej daripada Fakrul .

Qaleesya Aqeela – Ohh serious ? Err kau bagitahu je lah perasaan kau kat dia . Mana tahu yang dia pun sebenarnya sukakan kau jugak ?

Muhammad Fakrul  – Yeke ? Ada kemungkinan ke dia pun sukakan aku jugak ni ?

Qaleesya Aqeela – Belum cuba belum tahu . By the way siapa orang yang bertuah tu ?

Muhammad Fakrul  – Kau nak tahu ke ? Nanti kalau aku bagitahu kau terkejut pula. Entah – entah kau pun tak percaya.

Alahai mamat ni nak bermain teka teki pulak dengan aku . Berterus terang lah jangan lah buat aku nervous.

Qaleesya Aqeela – Cepat lah bagitahu Fakrul !!

Muhammad Fakrul  – Actually aku dah lama sukakan Humaira. But aku yang takut nak bagitahu dia.

Qaleesya Aqeela – Humaira ?

Aku sedikit terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh Fakrul. Ya Allah , apa semua ni ? Sungguh berat ujian yang engkau berikan kepada aku. Hati aku sakit dan hancur seperti kaca yang jatuh berderai seperti itu jugalah hati aku. Mula lah satu persatu butiran jernih jatuh di pipi mulus gadis yang bernama Qaleesya Aqeela.

Muhammad Fakrul  – Yaa Qee ? Kau rasa kalau aku luahkan perasaan aku ni kat dia , dia terima aku tak ?

Qaleesya Aqeela – Kau serious ke Humaira ? Humaira kawan aku tu ? But bukan ke kau dah lama tak cakap dengan dia ? Ni kenapa tiba – tiba kau boleh sukakan dia pulak ?

Muhammad Fakrul – Yes Humaira kawan kau tu . Memang aku tak cakap dengan dia tapi semua tu bersebab. Aku tak nak dekat – dekat dengan dia sebab aku tak nak kawan – kawan kt kelas bercakap tentang aku dengan dia. Aku takut semua tu akan buat dia rimas.

" Habis yang kawan – kawan bercakap tentang kita ni kau tak kesah pulak ? Kau tak fikir pulak macam mana perasaan aku ni ? Kau kejam Fakrul. Kejam. " kata ku yang hanya terluah di dalam hati.

Aku membalas mesej Fakrul tanpa dia sedar bahawa aku sedang menangis.

Qaleesya Aqeela – Oh macam tu . Ermm buat lah apa yang kau suka Fakrul. Asalkan kau happy sudah. Okay lah Fakrul  aku dah nak offline ni mengantuk lah pulak bye jumpa kau kat sekolah nanti. Assalamualaikum.

Muhammad Fakrul  – Okay thanks Qee sebab dengar masalah aku ni. In shaa Allah nanti aku akan luahkan perasaan aku ni dekat dia ya ? Hee kau memang kawan yang memahami aku. Bye goodnight. Waalaikumusalam.

Berakhirlah perbualan aku dengan Fakrul di ruang sembang pada malam tu. Ya Allah , sakitnya apabila cinta bertepuk sebelah tangan. Lebih sakit bila tahu orang yang kita cintai itu mencintai kawan baik kita sendiri. Kadang – kadang terasa hati ini seperti dimainkan. Kadang – kadang itu juga terasa diri ini dipergunakan.

Tabahkanlah hati ini Ya Allah. Aku mula melelapkan mata meskipun mata ku tidak berhenti menangis. Aku harus melupakan dia tetapi bagaimana caranya aku sendiri juga tidak tahu. Ini lah kata orang cinta memerlukan pengorbanan.

**********************************

Cuti dua hari telah berakhir , mulalah aktiviti harian ku ke sekolah tetapi sedikit berlainan situasi kali ini. Aku harus berdepan dengan Fakrul  atau mengelak darinya ? Aku masih di dalam dilema. Tambah – tambah lagi sejak habis peperiksaan tingkatan tiga, kesemua pelajar tingkatan tiga dikumpulkan untuk duduk bersama di dalam suatu dewan. Aku mengeluh panjang.

" Kau ni dah kenapa pula ? Mengeluh panjang nampak and aku nampak kau lain la sekarang. Kenapa ? Ada masalah cerita lah kat aku. " soal Naila kepada ku. Naila atau nama panjang dia Siti Naila , dia ni kawan baik aku jugak. Mesti pelikkan banyak sungguh kawan baik aku ? Mesti lah aku kan peramah orangnya.

" Aku ermmm patah hati Naila.Sakit sangat rasanya " kataku dengan atonasi yang sedih. Mataku sudah mula berkaca.

" Kejap, patah hati ? Patah hati dengan siapa ? Cuba kau cerita betul – betul ? " tanya Naila.

" Kau tahukan pasal aku dengan Fakrul  ? Pasal orang – orang cakap yang aku ada hubungan istimewa dengan dia ? " jawabku lemah. Aku mencari kekuatan untuk menceritakan semuanya kepada Naila.

" Oh pasal tu , ya aku tahu kenapa ? " tanya Naila lagi.

" Dia dah luahkan perasaan dia kat aku tapi dia cakap yang dia sukakan .. Humaira. Humaira bukan aku.Dia rapat dengan aku pun sebab dia nak jauhkan diri dari Humaira. Dia tak nak Humaira rasa rimas. Kau janji jangan bagitahu siapa – siapa ea ? " jujur aku. Perlahan- lahan aku menutup muka yang ingin menangis. Naila mengusap lembut belakang ku.

" Ya aku janji sabar ea Qee , aku faham perasaan kau. Allah nak uji kau tu , kau banyakkan bersabar ea ? " nasihat Naila kepadaku.

Semasa aku dan Naila dalam perjalanan hendak masuk ke dewan tiba – tiba aku terpandangkan seorang lelaki yang amat aku kenali sekali sedang berbual dengan kawan ku Humaira. " Tu Fakrul  kan? Dia dah berbaik dengan Humaira atau dia dah..." aku bermonolog di dalam hati.

" Qee kau okay ? " tanya Naila setelah pelik melihat ku yang terpacak di depan pintu dewan.Kedudukan ku masih statik di situ dan pertanyaan Naila dianggap kosong.Tiba – tiba seseorang menegur aku.

" Eh Qee ? Buat apa berdiri kat sini ? Kenapa tak masuk dalam ? " tanya Maisarah kepada aku. Aku tersedar dari lamunan ku.

" Hah ? Oh nak masuk lah ni. " aku kuatkan kaki untuk menyambung perjalanan ku masuk ke dalam dewan. Maisarah mengajak ku untuk mendekati Humaira yang sedang berbual mesra dengan Fakrul .

" Hai korang mesra nampak berbual ? " usik Maisarah. Aku hanya mampu memerhati.

" Hahaha tak ada lah kami berbual – bual kosong ja. " kata Fakrul dengan nada yang bahagia. Tiba – tiba dia menegur aku.

" Qee aku nak cakap sikit dengan kau kat sana sekejap boleh ? " kata Fakrul  perlahan. Aku hanya menuruti permintaannya. Di suatu sudut.

" Qee thanks . Betul cakap kau tak salah kalau aku mencuba. Alhamdulilah dia terima aku Qee . Humaira terima aku and dia cakap dia pun ada perasaan yang sama dengan aku jugak. Aku happy sangat Qee. Okay lah aku nak sambung berbual kejap dengan dia yaa. Bye " kata Fakrul lalu meninggalkan aku seorang diri.

Kenapa aku ? Kenapa aku yang harus menghadapi semua ni sendiri. Fakrul  tidakkah kau sedar disebalik kebahagiaan kau tu ada aku yang sedang menangis di dalam hati. Demi menjaga persahabatan aku dengan Humaira aku cuba padam kan perasaan ku terhadap Fakrul. 

Aku harap sangat yang aku mampu bertahan untuk tidak menangis di depan kawan – kawan ku. Hari demi hari Fakrul  semakin rapat dengan Humaira dan semakin renggang denganku. Dia banyak menghabiskan masanya bersama Humaira.Setiap kali ke sekolah pasti dia akan menemui Humaira terlebih dahulu.

" Qee aku nak tanya sikit ni boleh ? Ucap Hanani kepada aku.

" Tanya lah. " balasku.

" Apa cerita kau dengan Fakrul sekarang ? Kenapa aku tengok dia makin rapat dengan Humaira ja. Dan aku dengar diaorang couple ? Betul ke ? Bukan Fakrul  suka kau ? " panjang lebar Hanani bertanya , lagaknya sudah seperti seorang polis pencen hahahaha.

Aku hanya mampu mempamerkan sebuah senyuman . Ya , aku tahu sudah ramai kawan – kawan ku yang rapat dengan aku bertanyakan soalan yang hampir sama.

" Hm ya betul Fakrul  dah rapat dengan Humaira. Yang tentang diaorang couple tu aku tak pasti lah pulak sebab Fakrul  tak cerita apa – apa pun dengan aku. Tak lah  Fakrul  tak pernah sukakkan aku. Dia cuma anggap aku ni kawan baik dia ja. Lagipun dia dah lama pendam perasaan terhadap Humaira. " jawab aku setenang yang boleh.

" Oh macam tu ingatkan dia suka kau. Sebab korang rapat sangat hahaha kalau aku jadi kau mesti aku dah jatuh cinta dengan dia. Kental juga ea hati kau ni sebab tak terjatuh hati kat si Fakrul  tu ." usik Hanani. Aku terdiam seketika dan hanya ketawa dengan kata – kata Hanani.

Hmmm aku juga manusia Hanani , perasaan tu hadir tanpa dipinta. Memang tipu jika aku tak merasakan semua tu.

************************************************

Hari demi hari semangat ku kian berkurang. Sehinggalah tiba suatu hari yang membuatkan aku tidak mampu untuk membendung semua perasaan sedih apabila melihat keakraban yang terjalin di antara Fakrul  dan Humaira. Air mata ku jatuh satu persatu dan aku cuba membelakangi Fakrul  dan Humaira.

" Eh Qee asal kau nangis ni ? " soal Naila yang menyedari tentang perubahan pada Aqeela.

" Aku tak kuat lah Naila nak tengok diaorang happy . Entah hati rasa sakit sangat asyik rasa nak menangis je " kataku lalu tunduk memandang lantai. Tiba – tiba aku melihat sepasang kaki sedang berdiri di hadapanku. Aku tidak mengangkat muka kerana takut dengan kehadiran orang itu.

" Kenapa dengan Qeela ? Dia nangis ke ? " tanya Farhan  kepada Aqeela. Sejak bila pula si Farhan  ni ambil berat tentang aku ? Aku masih tidak berubah dengan posisi ku dan hanya membatukan diri.

" Eh tak lah mata dia masuk habuk sikit tu " jawab Naila bagi pihakku.

" Oh yaka ? " jawab Farhan keraguan sambil memandang tepat ke arah aku. Aku masih tidak mengangkat muka dan hanya memandang lantai. Seketika kemudian Farhan  beredar dari situ.

" Naila , aku tak mampu nak tengok diaorang rapat lagi. Maaf aku ternangis dekat depan kau. Nasib baik Farhan tak mendesak nak tahu aku kenapa. Hmm yang dia tu sibuk – sibuk pasal aku kenapa ? Selama ni aku suka dia tak pernah pulak nak kesah. Lelaki ni memang tahu asyik nak sakitkan hati perempuan ke apa ? " ngomel ku di depan Naila. Lama kelamaan aku mampu mengawal emosi ku. Aku menghapus sisa – sisa air mata yang ada.

" Sabar lah ya ? Ni semua ujian Allah untuk kau. Aku tahu kau kuat nak hadapi semua ni. " nasihat Naila kepada Aqeela. Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan kata – kata Naila.

" Disebabkan nak jaga persahabatan aku dengan Humaira , aku terpaksa korban dan pendamkan perasaan aku ni " aku bermonolog di dalam hati. Ya Allah , kau kuatkan hati seorang insan yang lemah ini. Hanya engkau yang mampu melihat dan mengetahui segalanya.

Semakin hari aku sudah boleh membiasakan diri dengan situasi yang sedang aku hadapi. Beberapa hari selepas itu aku digemparkan dengan sebuah berita tentang Fakrul.

" Weyh serious ? " tanya Hanani kepada Maisarah,

" Haah serious Fakrul  nak pindah. Sekolah pun dia akan pindah. Tahun ni tahun last dia kat sini. 

" panjang lebar Maisarah bercerita. Hmm dia nak pindah ? Sampai hati sikit pun tak bagitahu kat aku. Apa salah aku ea ? Sejak dia dh ada Humaira , aku sikit pun dia tak pandang. Buang aku macam tu ja ? Hahaha nasib kau lah Qee jatuh hati dengan orang yang macam Fakrul  tu.

" Oh habis relay dia dengan Humaira macam mana ? " soal Hanani lagi.

" Diaorang still bersama lagi lah even duduk jauh pun. " kata Maisarah.

" Oh yaka ? But setahu aku Humaira tu mudah suka dengan orang yang rapat dengan dia ? Macam mna kalau dia jauh – jauh dari Fakrul nanti dia lupakan Fakrul pastu jumpa orang lain pulak ? " panjang lebar Hanani membuat kesimpulan.

" Erkk ? Entah lah... " acuh tak acuh jawab Maisarah. Aku hanya memasang telinga dalam diam. Ermm tak tahu pulak perangai Humaira macam tu ? Ahh lantak lahh kenapa aku nak ambil tahu ? Tu kan perempuan yang Fakrul  terlalu sayang , terlalu nak jaga sangat perasaan dia. Aku bermonolog hebat di dalam hati.

*************************************

Bunyi loceng sekolah untuk rehat masa ke dua. Aku dan kawan – kawan yang lain pun mula beredar untuk ke kantin. Semasa dalam perjalanan tiba – tiba aku berasa ada seseorang yang mengikuti aku dari belakang. Aku hanya membuat tidak endah dengan orang itu. Lama kelamaan aku berasa rimas dengan tindakan orang itu yang mengikutiku.

" Haish Fakrul  ! Boleh tak jangan jalan belakang aku ? " bebel ku kepada Fakrul.

" Hahaha sorry – sorry. Aku ingatkan kau tak perasan tadi. Ermm wah dah lama aku tak tengok kau marah aku macam ni. Rindu.. " usik Fakrul .

Aku hanya memandangnya tajam. Buat apa kau nak rindu aku marah kau ? Rasanya takdak apa yang nak dirindukan. Lagi pun kau dah ada orang yang jauh lebih berhak untuk kau rindukan ! Kataku yang hanya terluah di dalam hati. Fakrul  mengawang – ngawangkan tangannya di hadapan aku setelah melihat aku yang hanya terpaku memandangnya.

" Oii cik kak ? Jauh termenung ? " tanya Fakrul.

" Haish kau ni ! Sudah lah aku nak pergi kantin makan , lapar dah ni " kataku geram lalu memulakan langkah meninggalkan Fakrul .

" Wehh tunggu lah aku ! Aku pun nak pergi kantin jugak ! " laung Fakrul  kepadaku lalu mengejar langkahku yang kian jauh. Dalam diam ada seseorang sedang memerhatikan tingkah laku ku bersama Fakrul .

Setelah membeli makanan , aku mengajak Irdini , Awina dan juga Hanani untuk masuk ke kelas kami sekejap. Terasa rindu pulak dengan kelas sejak kami asyik duduk di dewan sahaja. Hmm macam biasalah ada saja si mamat menyakitkan hati tu nak ikut kami ke sana ke sini. Kenapa entah tak pergi ikut buah hati dia tu. Hmm sibuk ja kat sini.

" Fakrul ! Kenapa kau ikut kitaorang ni ? Tak dak kerja lain ke ? " soal ku geram.

" Tu lah. Kenapa kau tak pergi makan dengan cinta hati kau kt kantin tu ? " tambah Hanani.

" Hahahaha rilex – rilex . Jangan lah marah kakak – kakak sekalian. Ingat korang je ke yang rindu kelas ? Aku lagi la rindu , lagi – lagi aku kan ... " kata Fakrul.

" Nak pindah ? " jawab Hanani .

" Apa ? Fakrul  kau nak pindah ? Tak bagitahu kitaorang pun ? " soal Irdini pula.

" Mana kau tahu aku nak pindah Hanani ? " soal Fakrul.

" Ada lah. Sampai hati kau tak bagitahu kitaorang " rajuk Hanani.

" Alahai sorry la kawan. Aku pun tak confirm lagi sebenarnya. Tengok lah macam mana nanti. " terang Fakrul .

Hmm kau pindah betul pun okey juga. Tak lah aku terluka kat sini but aku dapat lagi ke ada kawan baik lelaki macam kau kalau kau pindah ? Arghh hmm serabut betul. Aku hanya bermonolog di dalam hati. Seketika aku melangkah pergi ke meja ku. Aku memeriksa buku – buku yang masih ada di dalam meja tiba – tiba ada sepucuk surat jatuh. Aku mengambilnya.

" Surat apa pulak ni ? " soal aku di dalam hati. Ketika itu kawan – kawan ku tidak menyedari tentang surat yang ku pegang itu kerana mereka sedang sibuk berbual antara satu sama lain. Hmm aku membuka surat itu dan membaca isi kandungannya.-

 Hai Assalamualaikum , Ermm sebenarnya sya dh lama suka kan awk tpi sya takut nak kasi tau awk. Sya tkut cinta sya ditolak. Sya selalu perhatikan awk. Awk comel ,cantik. Confirm awk dh berpunya kan ? Its ok hope awk happy. Sya dh terlambat untuk dptkan awk. Mesty awk pelik kan knapa sya suka awk sdangkan ad yg lebih cntik dlm kls awk but sya tetap pilih awk. Ok la awk tak perlu la kenal sya siapa. Yg penting awk dh thu tentang perasaan sya ni. Ok la bye . Love youu Qaleesya Aqeela.

                                                                                                                                Dari peminat rahsiamu ...

" Sapa pulak ni ? Tiba – tiba hantar surat macam ni kat aku ? " keluh ku di dalam hati. Tiba – tiba ada seseorang mengambil surat tersebut dari pegangan aku. Aku sedikit terkejut.

" Kau baca surat apa ni ? " soal Fakrul  lalu membaca isi kandungan surat itu. Fakrul  sedikit tersentak dan mimik mukanya juga berubah. Tiba – tiba surat itu jatuh ke tangan Irdini , Awina dan juga Hanani.

#ThanksYouReader.

#JanganLupaKomenYaa :)

#MaafJikaAdaYangKurang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience