Sampai sahaja di rumah, Ally berlari mendapatkan bungkusan coklat itu. Kalau aku dibagi hadiah khas, aku rasa aku cukup gembira. Pipinya mula mengeluarkan blusher.
Coklat itu dikeluarkan. Lalu dia mula memotong-motong sampai menghasilkan satu bentuk. Ally menggigit lembut bibirnya. Dia tidak dapat menahan senyuman yang begitu mahu terbit dari bibirnya. Tolong... hatiku, hatiku dah parah! Parah kerna kamu. Tak sabar menunggu esok, hari yang akan dia luahkan perasaannya.
Setiap detik terasa begitu lama. 5 jam lagi terasa 5 tahun, 24 minit bagaikan 24 bulan. Arghhh! Dalam tak sedar, dia terlelap masuk ke alam mimpi.
~
Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan dan Ally tiba. Selepas tamat sekolah, Aidan diperhati dari jauh. Kelihatan lelaki itu dipenuhi dengan hadiah di tangannya.
Bila masa yang sesuai untuk aku tegur dia? Mukanya memang tak boleh cover, dari tadi lagi biru pucat. Yelah, siapa je tak debar nak luahkan perasaan kepada yang tersayang.
Ally merenung ke arah Aidan yang dipenuhi dengan hadiah di tangan lelaki itu. Dia berdehem kecil. Semak yang melindungi dirinya daripada dinampak oleh lelaki itu disandar. Ally mengeluh kecil. Macam mana nak luah ni? Aihhh...
"Pengerusi !!!"
Ally kalut menoleh ke arah gerangan yang memanggilnya. Aduh, kantoilah aku sembunyi dekat sini. Dia mendengus melihat Ika sedang melambai-lambai ke arahnya.
"Tu ahli kelab awak ke ?"
Matanya berbulat besar tatkala menyedari Aidan sudah berada di tepinya. Ally menggigit bibir. Hadiah disembunyi dibalik tubuhnya.
"Izinkan saya bersembunyi sekejap... tak larat dari tadi bawa banyak barang ni." Aidan menggeliat kecil. Semua hadiah diletakkan di atas tanah. Serius, letih gila!
"Tak, saya tak izinkan awak bersembunyi.. sebab saya pun macam mereka. Nah, hadiah.. " ujar Ally bersahaja, padahal dalam hati dah kalut semacam.
Aidan tersentak. Dia mendongak sebelum tersenyum kecil. Bungkusan hadiah yang dihulur diambil.
"Boleh saya buka ?"
Ally hanya menggangguk.
Lincah tangannya merobek balutan hadiah itu. Dia terkedu.
"Cd ?"
"Perhatikanlah betul-betul.. "
Perlahan-lahan senyuman terukir pada bibirnya. Aidan menarik tangan Ally, menyebabkan wanita itu jatuh terduduk diatas ribanya.
"Thanks. I like it. Do you love me ?" bisik Aidan di cuping telinga wanita itu. Senyuman tak lekang pada bibir.
Ally menggangguk perlahan-lahan. Merah padam mukanya bak udang bakar.
"Love you too... " Aidan tergelak kecil. Tangannya naik mengusap lembut pipi itu. For finally, wanita yang dicintainya mengaku mencintainya. Arhhh, bahagianya dunia ini...
TAMAT~
p/s : tamattt daaa, Fn tahu novel ni memang klise. Memang sengaja pun Fn buat klise. Tapi, novel satu lagi mmg Fn buat serius. Xde cam novel ni, ni kisah percintaan budak-budak ye.. Ehehehe, meh la jemput baca Fn satu lg.. yg tu mmg Fn buat x klise. For the readers, tq sudi baca.. Mesti x best kannn Fn sbnarnya suka buat short story... jadi nnti akan ada satu lagi novel short story kutt, yg tu pun x klise ye.. okeh that's all from me, tqtqtq sudi baca mmuuuahhh ^_~
Share this novel
wc....tq jugak sebab sudi baca novel saya.....>_<