Walaupun ramai ahli kelab media yang lain, tapi lelaki itu menghantar kepada saya. Ally merenung cd yang berada di dalam genggamannya.
Mulutnya mendekat pada mikrofon.
"Lagu ini ditujukan untuk Aidan. Silakan dengar, nikmatilah lagu ini.. Love Parade dari Album The Subminal Verses. "
Serentak dengan itu bunyi lagu pun berkumandang. Ally hanya merenung kosong ke arah cd yang berputar-putar.
"Pengerusi Ally! Cd ni tak perlu dipulangkan semula ke? " Ika menyoal. Jari telunjuknya terarah ke timbunan cd.
"Tak perlu, murid kelas saya yang bagi.. itu yang kami punya.. " jawap Ally dengan nada datar.
"Oh, orang itu lelaki kan ? "
" Ya, kenapa ?" Ally menyoal. Pelik ke?
Ika tersenyum-senyum. Mukanya didekatkan dengan wajah pengerusinya.
"Adakah coklat kali ini, awak ingin berikan kepada dia? " soal Ika dengan kening terjongket-jongket.
"Jangan tanya soalan yang tak masuk akal boleh tak ? " Ally menjeling sekilas.
"Bukankah saya dah cakap, saya temankan kawan saya pergi membeli coklat, kebetulan itu.. saya beli untuk diri saya sendiri! " sambungnya.
"Oh, kalau begitu kenapa awak berasa malu? "
"Itu kerana saya takut korang berasa tidak sesuai terhadap saya... "
'Tidak sesuai?' Ika bermonolog di dalam hati.
"Macam mana kami nak berfikir sebegitu.. lagipun awak seorang wanita juga. "
Ally terpempan.
"Tetapi saya hanya menghadiahkan coklat sebagai tanda berbuat baik. Hehehe... "
Mata Ally menjuling naik ke atas. Dia melangkah ke kelas untuk mengambil beg sekolahnya. Sesampainya di depan pintu, dia tersentak sedikit melihat Aidan sedang duduk di mejanya.
"Eh, kenapa Ally ? "
"Saya datang nak ambil beg, " Ally melangkah ke arah meja, beg disandang pada bahu. Dia mula melangkah keluar.
"Kenapa awak tidak tanya kenapa saya disini ? " soal Aidan sambil tersengih.
"Mesti sebab tak siap kerja sekolah.. "
"Dah tahu.."
"Awak kuat bekerja, buatlah baik-baik. Bye.. " Ally mengangkat tangannya melambak sekali dua lalu mula menyambung langkahnya.
Pap! Tangannya digenggam kuat sekaligus menghentikan langkahnya. Ally memandang tangan yang sedang menggenggam tangannya.
"Saya dengar hari tu, awak kata nak upah 5 ribu satu jam kan? Jika awak nak ajar sata, boleh bagi diskaun sikit ? "
Ah! Kenapa? Melihatkan muka berharap Aidan, tak sampai hati nak tolak. Ajar jelah.
Ally menggangguk perlahan. Dia menarik kerusi duduk di hadapan Aidan. Setelah lama mengajar akhirnya...
"Kejap, satu muka surat lagi. Eh, Ally.. yang ni nak buat macam mana erh ? "
Aidan mengangkat muka dari memandang buku latihannya pabila tiada sahutan dari gadis itu.
"Kenapa ?" soal Aidan bila mendapati gadis itu sedang merenungnya.
"Tak,tak ada... Just rasa awak semakin kacak.. " jujur Ally menjawab. Dari tadi dia memerhatikan wajah itu. Dari dahi yang tertutup dengan rambut, mata hazel birunya, hidung mancung bak zirafah dan juga.. bibir seksi itu.
"Saya kelihatan kacak ? " soal Aidan terkejut.
"Kenapa awak terkejut sangat ? " kini Ally pula yang menyoal. Mereka berbalas tatapan buat seketika.
"Tak ada orang pernah cakap macam tu.. "
"Yakah? Ingat awak sudah terbiasa mendengar.. "
Aidan menggosok-gosok lembut lehernya menghilangkan rasa malu yang bertandang. Pipinya sudah berubah sedikit merah. Tangannya kanannya naik menongkat dagu.
Ally tersentak. Rupanya Aidan juga akan malu, benar-benar mengejutkan.
"Ally, suara awak sedap sangat. "
Sekali lagi Ally terpempan.
"Kenapa awak cakap begini tiba-tiba? "
"Sebagai alasan, suara awak menunjukkan personaliti bersungguh-sungguh awak ."
"Seperti penyiaran tengahari, orang akan hentikan apa yang sedang mereka buat dan mendengar. Saya amat suka suara Ally. " Aidan tersenyum kecil.
"Itu... terima kasih. " ucap Ally dengan perasaan yang masih terkedu.
"Saya dah habis menulis, saya pergi hantar kerja sekolah sekejap. Sudah lewat, saya hantar awak balik rumah. Tunggu sekejap.. " Aidan sudah melangkah ke bilik guru.
Terngiang-ngiang suara Aidan di telinganya. 'Saya amat suka suara Ally.' Macam mana ni? Jantung aku berdebar tiba-tiba!
~
Aidan melangkah masuk ke dalam kelas.
"Ally, sudah lama menunggu? Jom, kita balik.. "
Namun kelibat yang dicari tidak dijumpai. Gadis itu dah balik kut. Beg digapai lalu Aidan membawa langkah pulang ke rumah.
~
Ah! Denyutan aku laju sangat! Tak, aku tak boleh ditipu. Dia hanya nak menjaga hati, cakap macam tu pun hanya sebagai alasan. Lelaki itu cakap dia suka.. tapi bukan pada saya, itu.. suara saya. Tapi raut wajahnya..
'Saya amat suka suara Ally'
sangat nakal dan penuh makna tersirat. Muka Ally merah padam. Ya, terlalu nakal..
okey, novel ni tinggal dalam 3-4 bab je, atau tak sampai pun. Sebab novel ni memang Fn buat short.
Share this novel