Ally menolak kasar pintu. Matanya meliar-liar mencari bungkusan plastik merah yang diletakkannya di situ. Ally menoleh ke belakang.
"Wei, korang! "
Kini semua mata tertumpu ke arahnya. Ally memandang ahli kelabnya yang semua berdiri membongkok sedikit menandakan hormat.
"Kenapa pengerusi ? "
Ally mencari udara. Debar untuk menanya, salah tanya takut terperangkap!
"Sini ada cok.. bukan! Plastik.. yes! Plastik merah... " hampir sahaja dia tersasul ingin memberitahu coklat. Peluh berkeringat di dahi. Entah kenapa dia berdebar sangat.
"Ah, pengerusi maksudkan ini ke? "
Ally terpempan saat bungkusan plastik merah dihulurkan ke arahnya. Pantas tangannya merampas. Muka dah merah semacam.
"Saya beli ni untuk diri saya sendiri. Awak jangan salah faham! " cepat-cepat Ally menerangkan.
Ika terpinga-pinga. "Saya tak kata apa-apa pun... " Yang lain ikut terpinga-pinga.
Ally melangkah luas ke arah kelas. Aaaa, memang malang betul! Aku tak patutnya lupa dan meninggalkan barang ini di Kelab Media~
Wanita itu berdehem kecil menghilangkan rasa malu. Isi bungkusan plastik merah itu dikeluarkan. Sebungkus coklat berbentuk hati ditatap dalam. Tak sedar tangannya menekan kuat. Laaa, cepat kembali ke bentuk asal!
~
"Terima kasih Ally. Kamu sudah menjawab betul ."
Ally tersenyum kosong. Ya! Dia seorang gadis yang terkenal dengan seorang sombong, kaku, dan tak laku. Saat perjalanannya menuju ke meja, desas-desus bertaburan kedengaran.
"Benar-benar layak jadi ahli bank, akademik nombor satuuu Ally. "
"Lain kali awak boleh menjadi tutor peribadi saya ? " tanya Clera, teman sekelasnya.
"Jika awak beri saya lima ribu sebagai upah setiap jam, saya akan pertimbangkannya ." datar suara Ally.
' Nak bagi sejuta pun saya tak sudi...' sambungnya dalam hati.
Mempunyai rambut pendek, memakai cermin mata, singlet pun turut dipakai juga dan tak pernah buat salah soalan matematik. Lama-lama dia dipanggil ahli bank. Ally tak kisah, dia dah terbiasa. Lelaki di kelas ni pun panggil macam tu juga.
"Weh, Irene.. "
"Saya beri awak cd ni. Siarkan masa penyiaran petang ni.. "
"Boleh tak? " tanya Aidan tersenyum kecil.
Tapi lelaki ni tak sama.. Dia seorang je panggil nama kedua aku. Lelaki ni.. selalu beri cd yang dia nak dengar. Ally mengomel perlahan.
"Itu.. kan saya dah kata masukkan ke dalam kotak. "
"Tak nak la.. susah je, beri terus kan lebih cepat! "
"Maksud awak apa ? " soal Ally pelik.
"Awak ni memang tak tahu apa-apa, masa penyiaran.. dengar lagu yang saya kirimkan akan berasa sangat gembira. Tambahan pula awak menyebut nama saya..."
"Yakah? "
Baru sahaja Aidan mahu menjawab..
"Dan! Jom pergi makan ."
"Ah, baik-baik.. " Aidan menoleh ke arah Ally semula. Senyuman kecil dipamerkan. Tangannya naik melambai.
"Minta bantuan ya! " jeritan kecil lelaki itu dibalas dengan anggukan.
Matanya memandang beberapa gadis datang menempel ke arah Aidan. Ally mengeluh kecil. Aidan mudah dapat perhatian, lelaki itu.. ramai wanita suka padanya. Kita berada di dunia beza, Aidan.
Share this novel