Ally menghempaskan badannya pada katil. Matanya merenung ke arah bungkusan coklat yang berada di atas meja.
"Rasa macam nak hadiahkan pada dia je.. " mukanya sudah memerah.
"Tapi bukan ke terlalu cepat!? "
Ally merengus kecil. Perasaannya bercampur baur ketika itu. Mungkin... hari kekasih tahun ini akan berbeza.
Wanita itu meraup kesal wajahnya. Dia memandang pantulan cermin. Layak ke aku? Aihhh, dah-dah... kenapa dengan aku ni?
Ally menepuk-nepuk bantal sebelum berbaring. Setelah beberapa kali cuba memejamkan mata, akhirnya dia terlelap dengan persoalan yang masih terukir di benaknya.
~
"Terima kasih kerana temankan saya semalam. "
Ally tersentak. Dia mendongak ke atas. Sebuah senyuman terukir buat dirinya.
"Haa? Te-man awak ??! "
"Ya, awak teman saya bukan ?"
"Ni, ini cd yang saya nak.. "
Ally memandang huluran cd Aidan. Tangannya naik mencapai.
"Semalam awak ada urusan tiba-tiba ? " soal Aidan.
Ally terpinga sebentar. Dia teringat akan kejadian kelmarin.
"Hmm, maaf.. tiba-tiba saya ada hal "
"Aidan! Mari sini.."
Aidan menoleh sekilas ke arah gerangan yang memanggilnya sebelum memberi pamitan kepada Ally. Dia berjalan pergi.
Ally duduk merenung kosong ke luar tingkap. Tak lama lagi hari kekasih, nak hadiahkan dia coklat tu.. mungkin boleh bagi alasan sebagai tanda berbuat baik?
Dia tersenyum kecil. Ally menggigit bibir bawahnya lembut. Haishh, kalut..
~
Speaker berdentum-dentum mengeluarkan bunyi menandakan yang siaran tengahari bermula. Pandangan ahli-ahli kelab media semuanya terarah kepadanya. Ally mengeluh kecil, nampaknya dia yang harus berucap.
Dia berjalan mendekati mikrofon. Berdehem-dehem buat beberapa kali sebelum mengeluarkan suara.
"Hello, bagaimana perasaan anda tengahari ini? Adakah tenang? Kalau tidak mari kita tenangkan dengan mendengar lagu. Seperti biasa, kami akan menyiarkan lagu yang anda semua kirimkan. Harap kalian suka lagu ini... "
Papan kecil yang tertulis nama pengirim cd dipandang, Aidan.. Ally keluh kesah, dia tidak dapat tenangkan dirinya dihadapan mikrofon.
"Lagu pertama hari ini, amat sesuai disiarkan sekarang.. "
Percakapannya terhenti, kata-kata Aidan 'buat orang sanggup berhenti dari melakukan apa-apa dan dengar' terngiang-ngiang. Mukanya sudah mula memerah. Adakah dia berfikir lebih?
“Lagu yang dikirimkan oleh Aidan, kelas 5 ak ”
Ah! kenapa dengan dirinya ini!? Senyuman nakal lelaki itu saat menyebut 'saya amat suka suara Ally..' terbayang-bayang. Akhirnya dia... diam membisu~
Ika datang mendekat. Dia mengambil mikrofon lalu menyambung percakapan Ally.
"Maaf, nikmatilah.. nama lagu ialah Adakah Ini Mimpi dari Reedzwan... "
Bunyi lagu berkumandang. Ahli kelab yang lain semuanya mengeluh lega.
"Kenapa pengerusi ? "
"... "
"Pengerusi, kenapa ni? "
Malang betul! Ally mengetap bibir, beg ditarik kasar sebelum kaki melangkah masuk ke dalam kelas. Ni semua sebab dia!
Apa yang aku buat ni?! Nasib baik mereka tolong aku supaya tidak menjejaskan kelancaran siaran. Aku membisu, memang sangat bodoh! Aku sangat lemah.. Kali pertama benda sebegini berlaku di kelab.
"Saya tanya, kenapa dengan penyiaran tadi ? "
Ally tersentak.
"Biasanya awak tak macam ni, atau awak tak selesa ?"
"Tak ada ,"
"Awak ada masalah ke? "
"Tak ada..."
"Biasanya manusia akan sekali gagal.. " tak sempat Aidan menghabiskan percakapannya, Ally mencantas.
"Kau jangan bising boleh tak ?! "
"Jangan pedulikan saya !!! Setakat ini saya tak pernah gagal walaupun sekali, awaklah puncanya ! " Ally bangun menghentak kuat meja.
Dia tersedar. Ally menggigit kesal bibirnya. Apa aku cakap ni?
"Walaupun saya tak tahu apa yang terjadi, tapi awak bertenanglah dulu.. "
"Tolong... minta jangan hantar cd lagi ." ucap Ally, bagaikan dia sedang dipukau. Sungguh, terasa kesal..
Hari demi hari, seperti yang dia minta.. Aidan tidak lagi menghantar cd. Ah, perkara remeh je.. Namun entah kenapa, matanya tak dapat melepaskan dari memandang ke arah Aidan yang sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakannya.
Ally bangun mengambil payung yang tersedia di dalam locker. Kebetulan hari ini hujan, nampaknya dia haruslah menggunakan benda alah itu.
"Esok hari kekasih, tadi saya letak diam2 dalam laci dia ."
Ally mengeluh kecil mendengar perbualan-bualan orang di sekelilingnya. Tak, dia berhasrat untuk menyerahkan coklat itu terus kepada lelaki itu. Macam tu, lebih baik kan?
Wanita itu membuka payung. Ally berjalan meredah hujan, namun siapa sangka kakinya boleh tergelincir tatkala menuruni jalan yang agak curam. Dipandangnya sekeliling memastikan tiada siapa memandang dirinya. Pergelangan kakinya mula menunjukkan respon negatif, kakinya terseliuh! Macamana dia nak jalan ni?!
Digagahkan juga kakinya bangun berdiri, Ally berjalan terincut-incut. Tiba-tiba terasa badannya terapung di awan-awangan. Dia tersentak memandang Aidan yang sedang mendukungnya. Ah! Perasaan apakah ini? Entah bagaimana, dia boleh terpengsan di situ, di dalam pangkuan lelaki itu..
~
Matanya terkelip-kelip menahan silau yang menusuk matanya. Dia memandang siling rumah kemudian beralih ke arah sekeliling. Ini.. ini bukan biliknya! Tiba-tiba bunyi pintu kedengaran. Ally memandang ke arah datangnya bunyi itu, hampir luruh jantungnya melihat Aidan yang hanya memakai bathrobe. Lantas tangannya naik menekup mata, menghalang daripada terus menatap pandangan yang agak cukup menghairahkan itu.
"Apa semua ni !? "
"Awak dah salah faham ni.. bukan seperti yang awak fikir. Tadi awak pengsan, and saya tak tahu rumah awak dekat mana. So, saya bawalah awak pergi rumah saya. Jangan risau, mama dan papa ada. "
Ally menarik nafas lega. Namun kakinya bergegas melangkah. Pintu utama rumah dicari. Haa, itu dia! Tak sanggup dia berdua-duaan dengan lelaki itu. Poket seluar diceluk, nasib baik telefonnya masih ada. Kakinya cuba berjalan mencari-cari perhentian bas. Telefon ibunya didail, lokasi dihantar. Tak beberapa lama itu, pacuan empat roda ibunya sampai. Jelas kelihatan riak wajah itu risau.
Ally mengetap bibir kecil. Masih kaw-kaw terbayang badan itu. Oh.. My... Godd !!!
Share this novel