PART VI

Fantasy Series 610

“..Baiklah, saya akan ceritakan pada awak. Ia bermula pada masa tu...” ~ Yumi

####

Pada masa itu, saya masih bersekolah di sekolah rendah, darjah 1.

Saya dan ibu bapa saya terpaksa berpindah ke Rain Town.

Kami berpindah disebabkan oleh pekerjaan ayah saya.

Sebenarnya, saya tidak mahu berpindah, tetapi saya tidak memberitahu ibu bapa saya bahawa saya tidak bersetuju.

Bukan kerana saya ada masalah dengan mereka.

Cumanya, saya tidak mahu berpisah dengan kawan-kawan saya di sekolah.

Akhirnya, saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang ibu bapa saya.

Saya juga terpaksa mengikut kata-kata mereka dan meninggalkan kawan-kawan saya.

Setelah berpindah ke bandar itu, saya bersekolah di sekolah rendah di dalam kawasan bandar tersebut sebagai pelajar pindahan.

Pada hari pertama di sekolah baru, saya memperkenalkan diri kepada pelajar-pelajar di dalam kelas.

Setelah saya selesai, ramai pelajar-pelajar ingin berkawan dengan saya.

Saya terharu apabila disambut baik oleh pelajar-pelajar, walaupun saya baru sahaja berpisah dengan kawan-kawan saya.

Semasa saya mencari tempat duduk di dalam kelas.

Saya melihat ada tempat duduk yang masih kosong, bersebelahan dengan seorang pelajar perempuan.

Saya memperkenalkan diri kepada pelajar perempuan di sebelah saya, tetapi pelajar perempuan itu tidak menjawab, malah tidak memandang ke arah saya.

(Mungkin dia malu?)

Setelah beberapa hari persekolahan, di dalam kelas.

Saya melihat pelajar perempuan itu dibuli dan dihina oleh pelajar-pelajar di dalam kelas.

Saya terus bergegas menyelamatkan pelajar perempuan tersebut.

Pelajar perempuan itu berterima kasih kepada saya kerana menyelamatkannya daripada dibuli dan dihina oleh pelajar-pelajar lain.

Saya dan pelajar perempuan itu menjadi kawan rapat dan saling mengenali di antara satu sama lain.

Saya mengetahui nama kawan saya.

Nama dia, Sarah.

Sarah seorang pelajar yang rajin dan dia sangat pintar.

Sarah sentiasa mendapat tempat pertama di dalam kelas.

Walaupun keluarganya miskin, dia tidak pernah menjadikan alasan untuknya berjaya dalam pelajaran.

Oleh kerana, dia sentiasa mendapat tempat pertama, semua pelajar-pelajar di dalam kelas tidak menyukainya.

(Kenapa?)

Itulah yang terdetik di hati saya.

Setelah sekian lama, saya dan Sarah telah menjadi kawan rapat.

Kami berdua sentiasa bersama semasa di sekolah, tetapi persahabatan kami mula hancur apabila saya mengetahui perkara yang sebenarnya.

Alasan keluarga saya berpindah ke Rain Town.

Saya mendapat tahu mengenainya pada cuti sekolah itu.

Ketika malam itu, saya berada di rumah.

Saya keluar dari bilik saya dan menuju ke dapur untuk minum air kerana dahaga.

Semasa saya lalu di hadapan bilik ibu bapa saya.

Saya terdengar ibu bapa saya bercakap tentang sesuatu di dalam bilik mereka.

Mereka mahu mengambil kawan rapat saya sebagai anak angkat mereka.

Setelah saya mendengar ibu bapa saya bercakap tentang kawan rapat saya, saya berasa sangat sedih kerana mereka kelihatan lebih menyayangi kawan rapat saya berbanding dengan saya.

(Padahal, saya ni.. anak kandung mereka.)

PART VII X AKAN DITERBITKAN (ADA MASALAH KEHIDUPAN)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience