(Aki, awak sebenarnya yang tak guna. Awak nak heret saya, main catur dengan Hato. Saya tahu, apa perasaan awak apabila awak kalah. Tapi Aki, awak tak boleh heret saya! Bukan saya tak pandai main, saya malas nak main!)
Saya berkata begitu kerana saya sentiasa akan menang apabila berlawan dengan sesiapa sahaja dalam apa-apa jua jenis permainan.
Semua pelajar dalam kelas saya memanggil saya dengan gelaran, The Last Boss.
Mungkin ia kelihatan keterlaluan atau tidak masuk akal, tetapi itulah gelaran yang diberikan oleh pelajar-pelajar kelas saya.
Jika saya bermain sesuatu permainan, saya memang tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa, walaupun satu.
Ramai pelajar-pelajar tidak berpuas hati dengan saya, tetapi mereka semua terpaksa menerima kekalahan mereka.
Kemudian, saya menoleh untuk melihat Aki dan Hato.
Kelihatan Aki telah tewas kepada Hato, setelah 10 pusingan, iaitu 10 kekalahan untuk Aki dan 10 kemenangan untuk Hato.
(Bagus, Hato. Dan Aki, awak masih perlu bekerja keras lagi selepas ni..)
Tiba-tiba ada suara seseorang memanggil saya.
“Ren!!” ~ Aki
Aki memanggil sambil memandang ke arah saya.
(Cis! Kalau dia kalah, jangan heret saya ke dalam masalah dia.)
Aki masih lagi memandang saya dengan muka sedih.
“..Apa?” ~ Ren
“Ren, boleh tak awak ganti tempat saya, awak lawan dengan Hato. Saya mahu awak kalahkan dia!” ~ Aki
(Saya sudah kata.. Aki mesti heret saya juga.)
Saya ternampak Hato di belakang Aki.
Hato membuat isyarat dengan pergerakan mulutnya.
Katanya, (Ren.. tolak permintaan Aki.)
(Okay. Masalah...)
Saya tidak mahu menolak permintaan Aki, tetapi kali ini, saya terpaksa menolak.
“..Awak dengar tak, Ren? Apa yang saya cakap?” ~ Aki
“Saya dengar... saya tak mahu.” ~ Ren
“Kenapa..? Ren, tolonglah saya...” ~ Aki
“Kalau saya ganti tempat awak, lawan dengan Hato. Apa yang awak akan dapat?” ~ Ren
“Saya sudah cakap tadi... saya mahu dia kalah. Kalau awak kalahkan dia, maka saya akan puas hati melihat dia sedih!” ~ Aki
“..Hato takkan sedih. Awak tahukan, dia...” ~ Ren
“..Baik, saya faham.” ~ Aki
Aki berpaling ke belakang, memandang ke arah Hato.
“Hato. Mari kita berhenti main permainan tak guna ni!” ~ Aki
“..Baiklah.” ~ Hato
Hato kelihatan sedikit gembira apabila melihat reaksi Aki yang menahan marah.
####
Saya masih ingat peristiwa lama itu.
Pada masa itu, Hato tidak seperti sekarang.
Hato normal seperti pelajar-pelajar lain, tetapi setelah ibunya meninggal dunia kerana sakit.
Hato telah berubah.
Hato tidak bercakap dengan sesiapa dan tidak menghadiri ke sekolah.
Saya dan Aki sebagai kawannya, memujuknya.
Kami memberitahu Hato, jangan bersedih dan teruskan kehidupannya yang mungkin tidak lagi bermakna baginya.
Setelah itu, Hato kembali ke sekolah, tetapi dia telah kehilangan banyak emosi.
Hato masih berkawan dengan saya dan Aki, tetapi dia tidak berkawan atau bercakap dengan sesiapa termasuk pelajar-pelajar dalam kelasnya.
####
Saya menutup buku novel, setelah menanda dengan penanda buku, dan memasukkan novel ke dalam beg sekolah, lalu saya memandang ke arah Hato.
“Hei, Hato. Sekarang pukul berapa?” ~ Ren
Hato melihat waktu di jam tangannya.
“..Dah pukul 3 petang, 30 minit.” ~ Hato
Share this novel