Pada tahun yang lalu, khabar angin mengenai kehilangan dua mangsa, iaitu seorang gadis dan bapanya, masih belum berlaku lagi.
Ia bermula di sekolah menengah tinggi, iaitu Rain High School adalah satu-satunya sekolah yang terdapat di dalam kawasan daerah tersebut.
Kedengaran loceng telah berbunyi sebanyak 4 kali, ia menandakan bahawa waktu persekolahan pada hari tersebut telah tamat.
Kelihatan ramai pelajar-pelajar sekolah mengemas barang-barang mereka, bersiap sedia untuk pulang.
####
Di dalam bangunan sekolah.
Kelihatan masih terdapat dua orang pelajar perempuan yang masih belum pulang.
✻ YUMI POV
Saya dan kawan rapat saya berjalan menuju ke tandas perempuan serta saya membawa satu baldi kecil yang berisi air.
Kami masuk ke dalam tandas.
Kami ternampak ada seorang pelajar perempuan yang selekeh.
Pakaian sekolahnya berkedut, lusuh dan ada kesan kotoran.
Terdapat juga beberapa tampalan kain di baju dan skirtnya yang berlainan warna dengan pakaian sekolahnya.
Kemudian, saya menyimbah air yang terdapat di dalam baldi ke arah pelajar perempuan tersebut yang berada di hadapan saya.
Pakaian sekolah pelajar perempuan itu telah basah kuyup, tetapi anehnya.
Pelajar perempuan itu tidak berkata apa-apa dan dia hanya mendiamkan diri, setelah disimbah air.
“Apa perasaan kau sekarang, gadis miskin?” ~ Yumi
Saya bertanya dengan sinis.
Pelajar perempuan itu sekali lagi, dia tidak berkata apa-apa dan hanya mendiamkan diri.
(Dia tak jawab langsung.. tak guna, betul!)
“Hei, sampah! Kau dengar tak!!?” ~ Yumi
(Tak guna! Dia diam lagi.. macam batu!)
“Yumi, jom kita pergi dari sini. Buang masa kita saja. Kalau awak tanya dia..” ~ ?
Kata kawan rapat saya.
“..Baiklah. Mari kita pergi dari sini.” ~ Yumi
Saya mencampakkan baldi di tangan saya ke lantai, lalu saya dan kawan saya keluar dari tandas, meninggalkan pelajar perempuan itu seorang diri.
####
Di dalam kelas.
Saya dan kawan saya mengambil beg sekolah kami, lalu kami berdua keluar dari kelas untuk pulang.
Kami berjalan-jalan di pejalan kaki dalam kawasan sekolah, lalu kawan saya berkata sesuatu.
“..Saya tertanya-tanya juga tentang awak, Yumi. Kenapa awak selalu buli gadis miskin tu? Ada sesuatu ke, di antara awak dengan dia?” ~ kawan Yumi
(Kenapa saya buli gadis miskin tu?)
“..Saya cuma balas dendam dengan apa yang dia buat pada saya dulu. Oleh kerana dia, ibu bapa saya tidak suka pada saya.” ~ Yumi
“..Maksud awak?” ~ kawan Yumi
Kawan saya ingin tahu apa yang saya maksudkan.
Saya tidak pernah menceritakan tentang perkara itu kepadanya.
Saya terdiam seketika, saya tidak berkata apa-apa.
Kemudian, saya berhenti berjalan dan kawan saya juga berhenti.
“Saya rasa.. saya tak boleh beritahu kepada awak. Nanti awak juga...” ~ Yumi
“Ehhh!!! Kenapa begitu pulak!? Beritahulah pada saya. Bukankah kita kawan rapat?” ~ kawan Yumi
“Betul. Tapi...” ~ Yumi
Saya berasa tidak sanggup untuk beritahu pada kawan saya.
Saya bimbang, jika dia akan tersalah anggap, saya terlalu mengikut emosi tentang hubungan saya dengan gadis miskin itu.
“Beritahulah pada saya!” ~ kawan Yumi
Kawan saya cuba memaksa saya untuk menceritakan kisah silam saya.
Share this novel