PART III

Fantasy Series 610

Kelihatan hari telah petang.

Bas masih belum datang juga.

Saya, kawan-kawan saya dan pelajar-pelajar lain yang berada di perhentian bas masih tidak dapat pulang.

“..Apa! Betul ke!?” ~ Aki

Aki kelihatan risau.

“Habislah... mesti ibu bapa saya marah nanti...” ~ Aki

Sementara itu, berbeza dengan reaksi Hato, dia tidak risau, masih diam dan tidak menghiraukan situasi yang dihadapi oleh Aki.

Manakala, saya pun sama dengan Hato, cuma ada geram sikit dengan pakcik saya.

####

Kedengaran suara pelajar-pelajar lain, mereka semua kembali membuat bising.

Bukan sebab bas belum tiba lagi, tetapi sememangnya bas telah pun tiba.

Kelihatan bas datang menuju dengan laju ke perhentian bas.

Kemudian, bas berhenti di perhentian bas, iaitu di hadapan kami semua.

Phem!! Phem!! Bunyi hon bas.

“Ren! Bas dah berhenti! Mari kita naik!!!” ~ Aki.

Aki telah berdiri sambil memegang beg sekolahnya.

Saya, Hato dan pelajar-pelajar lain bangun dari tempat duduk kami, dan bersiap sedia untuk menaiki bas.

Pintu masuk bas terbuka secara automatik.

Kelihatan ada seorang lelaki di dalam bas, dia adalah pemandu bas.

“Lama tunggu, kamu semua.. tak balik-balik lagi ke?” ~ pemandu bas

Pemandu bas itu bertanya kepada semua pelajar.

Semua pelajar terdiam termasuk saya, kami semua memandang ke arah pemandu bas itu dengan muka menahan marah kecuali Hato.

Hato kelihatan tenang sahaja.

####

Di dalam bas.

Aki, Hato dan pelajar-pelajar yang lain telah pun duduk di tempat duduk mereka masing-masing selepas menaiki bas.

Hanya ada segelintir pelajar yang masih mencari tempat duduk.

Setelah itu, pelajar-pelajar di dalam bas bercakap sesama sendiri.

Mereka ingin tahu mengapa bas masih tidak bertolak, dan kemudian mereka semua memandang ke hadapan.

Mereka melihat saya berdiri di sebelah pemandu bas.

Saya adalah penyebabnya.

“Pakcik, kenapa lambat sangat?” ~ Ren

Saya bertanya kepada pemandu bas sambil merenung tajam ke arahnya.

“Maaflah, Ren. Pakcik lambat sikit...” ~ pemandu bas

Jawab pemandu bas sambil menundukkan mukanya seperti budak kecil yang dimarahi oleh ibu bapanya sendiri.

Pemandu bas itu sebenarnya adalah pakcik saya, dia adalah adik kepada ayah saya.

Pakcik saya bekerja sebagai pemandu bas dan bas yang dipandunya adalah basnya sendiri.

Penumpang yang sering menaiki bas kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan penduduk kampung.

“Lambat sikit, pakcik kata...” ~ Ren

Saya berkata dengan geram, dan kemudian saya tenangkan diri.

“Saya sudah beritahu kepada pakcik sejak awal pagi tadi. Hari ni, saya perlu pulang awal. Saya ada kerja nak buat.” ~ Ren

Setelah mendengar kata-kata saya, pakcik saya bertanya kepada saya.

“Adakah kerja tu... tugasan sekolah kamu, bukan?” ~ pakcik Ren

“..Ya.” ~ Ren

“Sebenarnya, pakcik lambat sikit...” ~ pakcik Ren

Pakcik saya berhenti berkata seketika kerana dia melihat saya merenung tajam ke arahnya.

“..Datang lambat sebab tayar bas bocor masa lalu jalan hujung kampung dekat rumah lama tu.” ~ pakcik Ren.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience