BAB 8

Romance Completed 4400

“Tak kunci? Lupa la ni. weh Jedon, kau kata ada group discussion, asal kau ada kat bilik aku pulak ni?,” Akhbar bersuara, Mika telan kelat air liurnya, hanya Allah saja tahu betapa lajunya degupan jantung Mika ketika itu.

“Kalau kau nak mintak rokok, kau beli sendiri aku tak keluar malam ni. Mika ada call kau tak? Sebab tadi dia mintak nombor kau,” Akhbar bersuara lagi, makin terkejut Mika apabila namanya di sebut.

“Takde? Hmmm kau jangan kacau dia macam hari tu Jedon, dia kawan baik aku. okaylah aku nak ambil sabun tertinggal. Kau keluar nanti kau kunci pintu,” Akhbar terus keluar dan mengunci pintu, Mika keluar dari tempat persembunyiannya. Dia pandang sekeliling dan terus buka pintu perlahan, di lihatnya tiada siapa di luar lalu dia terus pulang ke bilik dan bersiap untuk keluar.
“Mika! Nak pergi mana?,” tegur Akhbar setelah dia lihat Mika bergegas mahu keluar.
“Aku nak keluar kejap, ada hal,” balas Mika takut.

“Oh yeke? Boleh tak belikan rokok?,” pinta Akhbar selamba.
“Rokok? Hmm siapa nak hisap rokok? Kau kan tak hisap rokok?,” walaupun takut Mika beranikan diri untuk bertanya lagi.

“Jedon lah siapa lagi,” jawab Akhbar sambil mengelap mukanya dengan tuala.
“Kau kata Jedon ada group discussion,” Mika terus memandang bilik Akhbar.
“Entah dia, tadi aku balik bilik tiba-tiba dia ada. Dia mintak aku belikan rokok, boleh tak?,” pinta Akhbar lagi.

“Hmmm aku tak pergi kedai pun Akhbar, aku makan dekat cafe kolej je. Sorry tau,” Mika terus beredar, kemudian langkahnya terhenti.

“Akhbar, aku nak nombor kau boleh?,” pinta Mika.

“Boleh je, bak sini phone kau,” Akhbar terus memasukkan nombor telefonnya ke dalam handphone Mika. Kemudian Mika terus menelefon nombor tersebut, jantung Mika makin berdegup laju tatkala telefon yang sama berdering bila dia menelefon Jedon sebentar tadi, mukanya pucat, Mika terus bergegas turun ke bawah dan berjumpa dengan kawan-kawannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience