BAB 2

Romance Completed 4400

Dari pagi lagi Mika sudahpun membuka pedometer yang berada di handphone nya, kalau tidak cukup 10,000 langkah sehari dia akan berjogging pula pada waktu petang. Mika terus berjalan, tiba-tiba dia melihat Akhbar yang kerisauan memandangkan bas sudahpun mahu tiba ke tempat menunggu bas, Mika lihat sekeliling langsung tiada siapa yang ada payung mahu harapkan budak lelaki yang lain masing-masing dengan fikiran mahu menjaga imej masing-masing katanya tidak macho kalau bawa payung ke mana-mana hanya Mika saja punya fikiran yang lain dari mereka, fikiran kolot yang sering di amalkan oleh remaja Malaysia pada masa kini.

“Nah, aku payungkan kau,ni la budak lelaki zaman sekarang dah hujan baru nak gelabah cari payung takut sangat imej jatuh,” Mika pelawa Akhbar payungnya dia tinggikan suara agar budak lelaki yang tak di kenalinya di belakang mereka itu terasa. Merupakan pelajar yang agak pendiam dan pelik, itu tanggapan pelajar lain terhadap Akhbar

“Oh terima kasih,” Akhbar terus masuk di bawah payung Mika, mereka berjalan laju memandangkan bas sudahpun melepasi mereka, sampai saja berhampiran bas, Akhbar terus duduk di tempat menunggu bas. Mika terkejut melihat perilaku Akhbar.

“Kau bukan nak naik bas tu ke?,” soal Mika pada Akhbar, kemudian dia tutup payungnya.
“Dalam bas tu ada Jedon, aku malas nak tengok muka dia. Meluat,” Akhbar terus buat-buat reaksi muntah kemudian dia terus peluk tubuh.

“Jedon? Siapa dia? Roommate kau ke?,” soal Mika dia turut duduk di sebelah Akhbar.
“Jedon tu abang aku, dia duduk kolej lain tapi tiap malam datang bilik aku. semak!,” Akhbar tinggikan suara, orang sekeliling pandangnya kemudian mereka buat hal mereka sendiri kembali.
“Pelik betul nama abang kau. Anyway, sorry la selama ni aku tak tegur kau walaupun kita sekelas, sebab aku ni jenis lambat sikit nak rapat dengan orang. Terima kasih sebab tolong tunjukkan kelas kita haritu,” Mika berikan senyuman pada Akhbar, Akhbar hanya beri pandangan kosong saja.

“Sama-sama,” Akhbar terus memasukkan earphone ke dalam telinganya, Mika faham yang dia tidak mahu lagi meneruskan sebarang percakapan lagi, Mika terus beredar pulang ke kolej. Dia masuk ke perkarangan kawasan kolej, tiba-tiba dia terlihat Akhbar sedang bercakap dengan seseorang. Aneh, baru sebentar tadi dia bersembang dengan Akhbar mana mungkin Akhbar boleh berjalan laju sedangkan semasa Mika berjalan tadi hanya ada dia seorang saja yang berjalan dalam hujan itu. Kalau pun Akhbar berjalan pasti bajunya basah kerana hujan dia tiada payung, Mika terus menghampiri Akhbar.
“Weh Akhbar, kau cakap dengan siapa?,” soal Mika hairan, kerana tiada siapa di situ.
“Dengan Jedon. Asal?,” jawab Akhbar ringkas.

“Takde orang pun. Kau cakap dengan hantu ke apa?,” soal Mika lagi, kali ini dia kerutkan dahi.
“Jedon baru je pergi memang la kau tak nampak,” Akhbar simpan earphone nya dalam beg yang di galas.

“Oh patutlah, eh kejap macam mana kau boleh sampai dulu dari aku? Aku tak nampak langsung bas lalu pun, kalau jalan kaki mesti kau dah basah kuyup. Terbang ke apa?,” Mika cuba melawak, tapi seperti tidak sampai kerana Akhbar pamer muka tiada reaksi.

“Jedon hantar aku naik kereta tadi, aku nampak kau tapi malas lah nak tegur, khusyuk sangat pandang jalan,” Akhbar senyum sedikit.

“Kau perli aku kan, bilik kau tingkat berapa?,” soal Mika sambil mengemaskan lipatan payungnya.
“302. Bilik paling buruk dekat kolej ni,” Akhbar terus beredar sambil diikuti Mika.
“302? Hmmm hoi tu bilik aku la, main-main kau kan,” Mika tinggikan suara.
“Bilik aku 301 la, sebelah kau je,” balas Akhbar sambil senyum.

“Serius la? Kenapa aku tak pernah nampak kau selama ni?,” Mika kerutkan dahi lagi.

“Mana la aku tahu. Kalau tak percaya jom ikut aku,” Mika terus ikut Akhbar, memang benar bilik mereka bersebelahan mungkin Mika jenis yang tidak memandang kiri kana dan terus saja menuju tangga apabila ke kelas. Selesai saja membuat lawatan 5 minit itu, Mika terus pulang ke biliknya, berehat dan terus tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience