BAB 1

Romance Completed 4400

Bumi ini sfera dan dunia itu di definisikan sebagai tempat di mana berkumpulnya pelbagai jenis hidupan, paling utama memainkan peranan ialah manusia, manusia itu di cipta pelbagai perangai. Ada sesetengahnya berkelakuan serta mempunyai perangai yang hanya dia saja yang ada atau lebih tepat pelik dan tidak masuk akal, itulah yang di jumpai oleh Mika. Pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal tahun pertama.

Selama seminggu Mika menjalankan orientasi di universiti ini dan tiada apa yang mengejutkan bagi Mika kerana pada zaman dia bersekolah dulu dia sememangnya sudah lali dengan orientasi memandangkan dia bersekolah asrama. Berketinggian 180cm dan mempunyai raut wajah agak matang membuatkannya di salah tafsir sebagai pelajar senior, satu bonus baginya kerana tiada siapa berani mahu berbuat apa padanya.

Di balik raut wajah matang itu langsung tidak mencerminkan perangainya yang keanak-anakan dan suka bergurau. Susah untuk dia mengeluarkan sifat semulajadinya jika dengan manusia yang baru dia kenal, siapa yang sudah biasa dengan Mika tahulah betapa gilanya perangainya. Mika keluar kelas, hari itu hujan agak lebat lalu dia keluarkan payung untuk berjalan pulang ke kolejnya, jarak antara kolejnya dan fakulti tidaklah dekat, kebanyakkan pelajar akan menaiki bas untuk pulang ke kolej masing-masing tapi Mika lebih suka berjalan fikirnya untuk menyahut cabaran dari negara timur iaitu Jepun, 10,000 langkah sehari untuk gaya hidup yang sihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience