BAB 6

Romance Completed 4400

“Oh aku nak bagi keropok kau ni ha. Kau tertinggal,” Mika terus memberi keropok itu pada Akhbar, kemudian Akhbar terus menutup pintu meninggalkan Mika dalam keadaan kekeliruan. Mika kembali ke bilik, dia dapat dengar bunyi batuk kuat. Mika hairan, kalau benar Jedon di bilik Akhbar kenapa tiada langsung bunyi orang ketawa ataupun bersembang, kasut di luar bilik juga hanya kasut Akhbar saja tiada pula kasut orang lain. Mika biarkan saja persoalan itu m

ati di situ, dia letih seharian setelah keluar, Mika terus melelapkan mata dan lena di ulit mimpi.
Petang itu, habis saja kelas Akhbar menaiki bas, hari itu dia terasa sendi-sendinya sakit sekali, mungkin tanda-tanda mahu demam. Akhbar duduk di kerusi belakang, sampai ke perhentian bas seterusnya dia lihat Akhbar naik sambil earphone nya di telinga, Mika mahu menegurnya tapi malangnya kalau dia lakukan sebegitu hanya sia-sia saja jadi Mika hanya biarkan saja Akhbar duduk di kerusi langkau dua baris darinya, petang itu tidak ramai yang menaiki bas mungkin kerana jam sudahpun menunjukkan pukul 7.30 malam, semua pelajar kebanyakkannya sudah habis kelas pada waktu ini.

Akhbar duduk di tepi tingkap, sampai saja di perhentian seterusnya Akhbar terus melambai-lambai dari dalam bas, Mika lihat keluar, tiada langsung manusia di situ. Bas bergerak dan Akhbar terus menampar angin, wajahnya marah benar, Mika makin gusar melihat perilaku Akhbar. Tak lama kemudian Akhbar terus mengeluarkan roti dari dalam beg dan di hulurkan di sebelahnya yang langsung tiada orang itu, dia letakkan roti itu di kusyen bas. Selang beberapa minit kemudian Akhbar ketawa kemudian dia terus buat aksi seakan-akan menolak sesuatu, kemudia dia ketawa lagi dan kemudian menghulurkan tangan seakan ada sesuatu yang mahu mencapai tangannya. Mika yang dari tadi memerhati dari belakang semakin seram sejuk. Sampai saja di kolej, Akhbar terus turun kemudian dia melambai lagi ke arah padang bola, Mika turun dan terus menegur Akhbar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience