TC 3

Romance Series 3993

Tinggal 3 hari majlis perkahwinan antara Arfan dan Farina nak berlansung.Namun perasaan Farina masih dalam kegusaran.
Farina termenung di luar jendela.Air kopi panas ditangan menjadi peneman untuk dia pada malam yang dingin ini.

"Far !" Suara itu membentak Farina daripada lamunannya.

"Hrm apa ?" Farina menoleh.

"Kau kenapa ? Aku tengok kau macam tak gembira je nak kahwin dengan adik aku ? Kau betul ke dah sedia ?" Tanya Rish yang memeluk tubuh kawannya itu.

"Hrm aku dah bersedia ! Lagipun aku akan bertuah kalau dapat adik kau sebagai suami aku ! Sebab apa ? Sebab dia sudi terima kekurangan aku tapi..." Kerisauan makin terlihat pada riak wajah Farina.

"Tapi apa Far ?" Tanya Rish bertubi-tubi.

"Aku takut yang Arfan akan berubah bila dia dah rasa bosan dengan aku !" Farina tertunduk.Dia tak sangka yang ayat itu akan meluncur keluar dari mulut nya.

"Farina ! Listen Arfan tu adik aku dan aku kenal dia sejak lahir lagi ! Aku kenal baik buruk perangai dia ! And aku percaya yang dia takkan sia-siakan kau !" Rish memberi semangat.

Tiga hari sudah berlalu dan pada tanggal hari ini Farina bakal menamatkan masa bujangnya dan aku meneruskan kehidupannya sebagai seorang isteri kepada Tengku Arfan Syarif.

Lagu kompang dipalu didendangkan sewaktu majlis dijalankan.Disebabkan oleh Farina yang ingin akad nikah dan majlis persandingan pada hari yang sama,ibu mertua hanya ikut apa yang dikehendakinya itu.

"Sayang ! Pis !" Bisikan halus itu didengar oleh telinga Farina.

"Apa ?" Farina memandang ke arah suaminya yang sah itu.

"Abang lapar lah !" Mengadu Arfan kepada isterinya.

"Eh abang ni,tunggu lah kejap lagi...nanti kita makan sama-sama ! Sekarang kita perlu senyum je !" Jawab Farina.

Umur Arfan dan Farina memang jauh berbeza.Oleh itu,perangai kebudakan Arfan masih tertanam dalam diri dia.

"Ala ..." Panjang Arfan mengeluh.Farina hanya mampu tersenyum melihat gelagat suami mudanya itu.

"Tahniah Syarif,cantik isteri you !" Arfan kaku selepas mendengar suara itu.Arfan mendongak dan menatap dalam wajah perempuan yang ada didepan dia dan isteri dia itu.

"Abang kenal ke ?" Tanya Farina yang penuh rasa ragu.

"Dia..." Tak terkeluar kata-kata Arfan.

"Saya Rani...tunang Syarif,ops bekas tunang !" Gedik perempuan itu menjawab soalan Farina.
"What ? Bekas tunang ? Rish tak pernah cakap pun yang adik dia pernah bertunang !" Banyak persoalan yang hadir dalam kotak fikiran Farina.

"You buat apa kat sini ?" Tanya Arfan yang mahu mengubah topik.

"Nothing,i just wanna see your wife ! Salah ke ?" Jawab Rani.

Pakaian Rani yang seksi itu lebih memalukan keluarga Arfan Syarif.Patutlah Puan Irda tidak suka akan dia,dari segi pemakaian dia dan tingkah laku dia mampu membuat orang tua itu naik darah.

"You datang tanpa surat undangan ? I tak pernah ajak you untuk datang ke majlis i !" Nada Arfan semakin meninggi.Nasib ada hawanya ditepi untuk menenangkan hati dan amarah dia.

"Syarif you lupa ke apa yang you dah buat ?" Terbeliak biji mata pengantin baru itu.

"You ikut i !" Arfan menarik lengan Rani.Depan isteri dia ? Yes depan bini dia.

"Rani kau nak apa sekarang ?" Tanya Arfan jelas dengan nada kasar.

"I nak you balik dengan i !" Jujur Rani.

"Syahrani Ibrahim ! You ingat i ni bodoh ke ? You ingat i tak tahu yang you ni sebenarnya main kayu tiga belakang i ?" Perasaan marah itu masih dapat ditahan.

"Mana you tahu ni ! You jangan percaya cakap orang lah Syarif ! Mereka semua dengki dengan hubungan kita sebab tu mereka fitnah i !" Begetar nada percakapan Rani.

"Eh you ingat i akan percaya kalau tak ada bukti ! I dah ada bukti lah Rani !" Balas Syarif.

Rani tersenyum nakal.Dia tahu apa yang dia nak buat untuk jejaka didepannya itu duduk dalam dakapannya kembali.

"Syarif sayang,you ingat i tak tahu ke yang you kahwin dengan betina tu sebab you nak tebuskan kesalahan you !" Bisik Rani.Arfan kebelakang.

"Apa yang you nak buat ni Rani !" Arfan menolak tubuh yang kurus kering itu.

"You jangan nak kasar dengan i,you jangan buat i bagitahu wife you yang you..." Kata Rani tersekat kerana kemunculan Farina.

"Abang,are you okay ?" Tanya Farina seraya menatap wajah suaminya itu dengan penuh kerisauan.

"Farina abang okay ! Awak boleh tak pergi dekat Rish sebab abang nak bincang dengan kawan abang ni !" Ujar Arfan sambil mengusap lembut kepala isterinya itu.

"Hrmm...okay !" Farina mengorak langkah pergi.Namun langkah dia terhenti apabila namanya dipanggil.

"Farina !" Laung Rani.Jelas riak wajah Arfan yang gelabah tak tentu pasal.Rani ketawa jahat melihat reaksi dari Arfan.

"Apa ?" Tanya Farina yang menoleh ke belakang.

"I just nak cakap congratulation on your wedding !" Rani sengaja mengucapkan itu.Matanya melirik ke arah Arfan.

"Oh thank you !" Farina menunduk hormat seraya melemparkan senyuman manis kepada Rani.

Arfan menatap tajam ke arah Rani.

"I akan beri apa yang you nak asalkan you tak pecahkan rahsia i !" Kata Arfan.

"Okay ! But you kena ingat apa yang you cakap ni !" Rani memberi peringatan.

"Ye !" Tertekan Arfan dibuatnya.

"Sekarang i nak you balik ! And lagi satu,jangan pernah ganggu isteri i !" Amaran terakhir Arfan sebelum pergi meninggalkan Rani dibelakang.

Rani dengan hati yang riang meninggalkan majlis bekas tunangnya itu.

Arfan menuju ke arah isterinya lalu merangkul pinggang hawanya itu.Merah pendam muka Farina.Depan orang ramai suami buat hal memang tak boleh lah nak cover kan.

"Apa ni ? Malu lah orang tengok !" Farina menepuk lengan yang merangkul dia itu.

"Aduh sakitlah sayang !" Arfan menggosok-gosok tangannya yang ditampar tadi.Mulut dicebik tanda merajuk.

"Apa lah kau ni dik ! Buat hal betul,tak matang aih ! Macam mana lah kau nak jaga bini kau nanti ! Entah-entah Farina ni yang jaga kau ! Layan kerenah kau !" Rish membuang muka.

"Kau bujang kau diam ! Dah kau tu bila lagi ? Nak jadi anak dara tua ke ? Haha !" Balas Arfan Syarif.

"Kurang ajar eh mulut kau ! Aku cili baru kau tahu ! Eh macam mana lah kau boleh tersuka dengan mamat ni !" Jelingan maut dari Rish.

"Sebab perangai dia macam ni lah aku suka dia !" Farina tersenyum malu.

"Uwerk !" Nak termuntah Rish.

Arfan hanya terdiam selepas mendengar kata-kata Farina.Rasa bersalah dia sedang menguasai dia.

"Apa yang patut aku buat ni ?" Bisik hati Arfan.

Seusai majlis pernikahan mereka,Arfan hanya mengurungkan diri dalam bilik.dalam benak fikirannya sudah buntu.
Kelibat Farina pun tidak nampak dalam bilik itu.Hanya dia seorang diri.

Tok ! Tok ! Tok !

"Abang,kenapa duduk dalam bilik tu ? Papa mama dah panggil ni !" Tanya Farina yang sudah berada di luar bilik.

"Hah nanti abang turun,sayang pergi lah dulu !" Jawab Arfan.

Dreett !

Satu pesanan masuk.Arfan membuka lock handphone seraya membaca pesanan itu.

"Datang rumah i sebelum i bagitahu isteri you !" Pesanan dibaca oleh Arfan.Rasa geram menyelubungi dirinya.Tangan dikepal.

Arfan bergegas bangun dari katil lalu menggapai kunci kereta yang ada di atas meja yang penuh dengan barang-barang dia dan Farina.

"Abang nak pergi mana ?" Farina bertanya setelah melihat Arfan yang tergesa-gesa.

"Kawan abang call tadi,kereta dia rosak dekat simpang jalan ! Abang nak tolong kawan abang eh,sayang makan dulu dengan mama papa.Jangan tunggu abang !" Arfan tergesa-gesa meninggalkan isterinya itu.

Benak Farina berfikir sejenak.Sejak dari majlis dan kedatangan bekas tunangnya,suaminya itu terus berubah.Farina menggeleng kepala,memujuk hatinya untuk mempercayai suaminya itu meskipun berat untuk menerima.

"Mana Arfan ?" Tanya mertua dia.

"Abang pergi tolong kawan dia,kawan dia ada masalah dekat simpang jalan mana entah !" Jawab Farina seraya melabuhkan punggung disamping kakak iparnya.

"Ish Arfan ni,dah tahu baru kahwin still juga nak buat perangai ! Abang ! You kena ajar sikit anak you itu,kesian menantu kita ! Hari pertama sebagai suami isteri dah kena tinggal !" Bebel Roziah merangkap ibu mertua Farina.

"Anak kesayangan you kan ! You je lah yang bagi kerepek pisang !" Sakat Rosli.

Rish dan Farina hanya mampu ketawa bila melihat teletah suami isteri didepannya itu.Memang romantik habis bila diorang berdua tu bergaduh dah macam pasangan yang baru kahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience