TA 1

Romance Series 3993

Kisah silam Farina adalah perkara yang takkan dapat dia lupa.Setiap detik kisah itu menghantui hidup dia.Setiap kali dia teringat pasti mutiara suci itu keluar dari mata hazelnya.

"Farina ! Kau kuat !" Seorang gadis datang dan duduk berhimpit dengan Farina.

"No Rish ! Aku tak kuat ! Setiap detik dan setiap saat aku mesti terimbas kenangan pahit tu ! Aku tak kuat Rish !" Balas Farina.

"Farina ! Listen to me ! I know you are strong ! Aku tahu kau terseksa setiap kali perkara tu menghantui engkau tapi ini tak bermakna kau harus putus asa !" Kata-kata semangat yang dilempar oleh sahabat karibnya.

"Rish cuba kau bagitahu aku,perempuan mana yang kuat bila harga diri dia dirampas ! Rish dia rampas harga diri aku macam aku ni perempuan murahan ! Kalau dia nak rampas duit aku tak apa,aku tak kisah tapi ni harga diri aku ! Maruah aku !" Farina berkata berselang dengan bunyi tangisan.

Rish memeluk sahabatnya itu.Dia tahu Farina keadaan kawan baiknya itu sungguh depresi.Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Farina sungguh membuatnya sedih juga.

"Farina ! Maafkan aku !" Rish menangis teresak-esak.

"Kenapa harus aku ! Aku dibuang keluarga kerana jantan tak guna tu Rish !" Pelukkan makin erat.

"Tak apa kau ada aku ! Aku akan jaga makan minum kau Farina ! Meskipun keluarga kau buang kau,tapi bukan aku ! Aku dah anggap kau macam adik aku ! Mama papa aku pun dah anggap kau macam anak mereka !" Rish bersuara dengan lantang bagi menenangkan perasaan Farina.

"Terima lagikah mereka bila tahu aku ni dah punah ? Sanggup lagi ke mereka nak terima aku yang harga diri sudah diragut ini ? Rish apa yang aku patut buat ?" Farina menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya.

Farina bangun dari kedudukannya.Rish juga turut bangun setelah melihat Farina yang terhuyung-hayang itu.Rish risau dengan keadaan Farina itu selepas kawab baiknya itu dirogol oleh teman lelakinya.

"Aku menyesal kenal dia !" Teriak Farina lansung pengsan.

Rish yang sudah tak keruan cuba membangunkan Farina.Namun gagal.

"Farina ! Bangun Far ! Far !" Muka Farina ditampar lembut.

Rish mengambil iphone 11 miliknya dalam slingbag milik dia.

"Hello,Arfan ! Tolong akak !" Rish menelefon adiknya Arfan.

Mujur ada adik Rish yang sudah ada lesen memandu.Arfan memasuki rumah milik kakaknya itu dan melihat seorang gadis yang sudah pengsan disebelah kakaknya.

"What happen kak ?" Tanya Arfan seraya mendekati Rish.

"Tolong hantarkan kawan kakak ke hospital ! Dia tertekan sampai pengsan tadi,akak tak tahu nak buat apa selain call kamu !" Jawab Rish yang sudah tergesa-gesa itu.

Arfan menggendong Farina di belakangnya.Nasib Arfan sering ke gim dan buat badan,kalau tak memang patah tulang belakang dia gendong kawan kakaknya itu.

Arfan membaringkan Farina di kerusi belakang manakala Rish duduk didepan.Arfan menghidupkan enjin kereta seraya memecut laju.Rish ditepi terus mendesak Arfan agar meningkatkan kelajuan keretanya itu.

"Cepat lah Fan !" Desak Rish.

"Akak kita ni duduk kat malaysia ! Ada undang-undang,sabarlah ! Akak nak ke kita kena saman and kita lambat sampai ke hospital ? Akak nak ke ?" Balas Arfan.

"Semua ni takkan berlaku bila laki tak guna tu...!" Kata-katanya terhenti.

"Why kak ?" Tanya Arfan.

"Nothing,kau fokus je memandu !" Ringkas Rish.

Arfan mendengus kecil.Mata dia tetap fokus dengan pemanduan dia.

Rish tak henti melihat Farina melalui cermin belakang kereta.

"Far aku tahu kau kuat ! Dulu kau lah yang selamatkan aku dari aku down sampailah aku happy,tapi sekarang kau pula yang lemah !" Hati kecil Rish berkata.

Sesampainya di hospital,Arfan mengangkat tubuh Farina yang masih tidak sedarkan diri.Jururawat yang bertugas sudah bersedia untuk mengangkat Farina.

Setelah 10 minit dalam bilik kecemasan,doktor yang merawat Farina keluar.Rish dan Arfan bergegas ke arah doktor.

"Kamu ni ahli keluarga pesakit ke ?" Tanya Doktor Arzan.

"Yes saya kakak dia !" Temberang Rish.

"Okey,pesakit sekarang lemah sangat dan kami terpaksa pantau dia buat sementara waktu." Kata Doktor Arzan.

"Terima kasih doktor !" Doktor itu angguk lalu beredar.

"Kak,cuba kau cerita dekat Arfan apa yang sebenar terjadi ni ?" Tanya Arfan yang penuh tanda tanya.

"Kau ikut aku kejap,nak cerita dekat sini pun tak boleh takut orang pasang telinga !" Rish melangkah.Arfan hanya mengikut setiap langkah kakaknya itu.

Rish dan Arfan turun ke kafe untuk membeli makanan dan minum untuk Farina.Nanti bila dia bangun boleh lah dia jamah.

"Apa cerita kak ?" Tanya Arfan.

"Sebenarnya...Hah macam tu lah !" Berbuih mulut Rish bercerita.

"Jahat gila laki tu ! Siapa laki tu kak,biar aku ajar !" Marah Arfan.

"Yang kau marah sangat ni kenapa ? Macam lah Farina tu isteri kau !" Rish menyedut minuman miliknya.

"Kak !" Panggil Arfan yang penuh curiga.

"Apa kau ni !" Tanya Rish.

"Aku sebenarnya dah lama suka kat kawan kau kak ! Aku tak berani nak cakap sebab masa tu aku budak lagi !" Balas Arfan.

Terkejut beruk Farisha ! Adik dia jatuh cinta dekat kawan dia ?

"Kau biar betul ?" Tanya Rish.

"Ye lah kak,aku dah lama suka Farina tu.Tapi time tu aku masih sekolah menengah and aku terpaksa ikut papa ke England !" Jawab Arfan dengan penuh yakin.

"Habistu sekarang kau boleh terima dia tak ? Atau kau dah jijik dengan dia ? Bagi jawapan jujur Fan !" Tanya Rish.

"Kak aku ni dah lama suka dia and dia first love aku,nak lupakan dia memang susah kak ! Mungkin itu kekurangan dia tapi aku..." Kata-kata dia tersekat disitu.

"Tapi apa Fan ? Kau dah jijik dengan dia ? Fan kalau kau dah tak boleh cintakan dia better kau undur diri Fan,jangan bagi harapan palsu dekat perempuan !" Rish menyilang kedua-dua tangannya.

"Apa kau ni kak ! Aku takkan pernah jijik dengan dia kak ! Kau kenal kan aku,when aku dah sayang seseorang itu memang aku sayang betul-betul dan bukan nak buat main !" Tegas Arfan.

"Aku kenal kau Fan,tapi kau duduk dengan papa berapa lama dekat England ? 9 tahun Fan,tak mungkin kau tak berubah !" Rish mengangkat kening.

"Aku..." Arfan tak terkata.

"Dah lah Fan,kalau kau dah fikir masak-masak kau bincang dengan aku ! But sekarang aku kena naik tengok Farina.Kau nak balik or nak ikut sama ?" Tanya Rish yang sudah bangun dari kerusinya.

"Aku nak tengok dia dulu before aku balik !" Jawab Arfan ringkas.

"Dah jom !" Rish mengorak langkah.

Mereka menaiki lif dan terus ke wad Farina.Arfan masih ikut jejak Rish.

"Farina !" Panggil Rish yang melihat Farina termenung di luar jendela.

"Oh Rish !" Jawab Farina lemah.

Farina melihat aneh ke arah Arfan.Mana nak ingat,dia dengan Arfan jarang jumpa masa Arfan duduk malaysia.

"Siapa belakang kau tu ?" Tanya Farina seraya jari telunjuknya memainkan peranan.

"Oh ni adik aku ! Dia lah yang tolong aku masa kau pengsan tadi ! Nak harapkan aku angkat kau memang patah tulang aku ! HAHA !" Senang Rish melihat Farina ketawa semula.

"Hai saya Arfan !" Arfan melambai seraya mengukir senyuman manis kepada Farina.

"Hai !" Balas Farina.

"Rish terima kasih sebab tolong aku ! Aku tak tahu nak minta tolong siapa selain kau ! Nak minta tolong family aku hah memang tak ah !" Farina tertunduk.

Rish menggosok belakang badan Farina.Arfan masih tercegat dan berdiam diri.

"Far,kau ada cakap kan yang family kau akan terima kau bila kau dah kahwin ?" Tanya Rish.

"Ermm,lelaki mana yang nak kahwin dengan perempuan yang dah hilang dara Rish ? Aku hanya mampu berdoa je Rish !" Balas Farina.

"Saya sudi !" Dua orang gadis itu memandang Arfan dengan penuh keresahan.

"Apa yang adik kau cakap ni Rish ? Pandai gurau juga adik kau ni !" Farina ketawa.

"Tak saya tak bergurau ! Saya serius !" Jawab Arfan dengan muka yang serius.

"Dik kau biar betul,pasal kahwin ni orang tak bawa main kau tahu tak ?" Tegas ayat itu dipertuturkan.

"Kak kau tengok muka aku ada aku main-main ke ? Tak ada kan !" Tegas Arfan.

"Wait ! Apa motif awak nak kahwin dengan saya ?" Selepas lama berdiam diri,Farina membuka mulut.

"What do you mean ?" Tanya Arfan.

"I think that you know what happen to me,right ? Mesti Rish dah cerita dekat awak kan ?" Dengan perasaan malu Farina bertanya.

"Yes,i know ! But itu bukan halangan untuk i kahwin dengan you,right ?" Jelas Arfan.

"Eh Fan,kau tahu kan yang benda ni adalah benda yang serius ! Kau tahu kan !" Sampuk Rish.

"Actually,saya dah suka awak dah lama ! At the first i saw you with my sister ! And now,i takkan lepaskan you macam tu je !" Arfan membetulkan keadaan.

Arfan duduk disamping Farina.Tangan mulusnya ditarik.Terbeliak biji mata Farina dengan kelakuan Arfan saat itu.

"Will you marry me ?" Lamar Arfan didepan kakaknya.

"Hah ?" Farina masih tertanya-tanya.

"So you terima lah ni ?" Tanya Arfan.

"Awak lamar saya saat ni and saya tak ada masa ke untuk fikirkan ?" Farina meminta waktu untuk berfikir.

"Erm,okay saya akan bagi awak masa.Akak jom balik !" Ajak Arfan dengan hati yang sedikit kecewa.

Rish memeluk tubuh yang masih separuh tidur itu sebelum melangkah pergi dari bilik itu.Arfan sudah keluar terlebih dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience