TC 2

Romance Series 3993

Keesokan harinya,Farina duduk termenung melihat jalan yang sesak dan dipenuhi kereta pada waktu pagi.Lama fikirannya memikirkan.

"Kalau aku terima dia,Rish akan okey ke ?" Hati kecilnya berbisik.

"Kau fikir apa tu Far ? Jauh termenung !" Tegur Rish yang sudah lama berdiri di belakang Farina.

Farina menoleh seraya mengukirkan senyuman manis kepada Rish.Sempat matanya melirik mencari kelibat seseorang.

"Adik aku tak datang !" Ayat itu meluncur keluar dari mulut Rish.

"Apa yang kau cakap ni ?" Farina mengalih panggilan.

"Dah lah,jom breakfast ! Aku tahu kau takkan ada selera makan dekat hospital kan ? Makanan tak rasa apa-apa ni !" Rish membuka setiap penutup bekas makanan yang di bawa itu.Bekas-bekas itu disusun rapi di atas meja makan.

"Wah,kau masak ke ni ?" Tanya Farina yang sudah teruja nak rasa.

"Tak lah,kau ingat aku rajin ke nak bangun masak ! Memang tak ah !" Jawab Rish dengan hati yang terbuka.

"Habistu siapa yang masak ?" Tanya Farina.

"Arfan lah." Ringkas Rish.

"Kau biar betul hah ? Dia nak masak untuk aku ? Rajin sangat ke !" Farina bermain-main dengan nasi di dalam pinggannya.

"Tak payah nak fikir sangat,kau makan je !" Balas Rish.

Farina makan sesuap nasi.Riak wajahnya menggambarkan yang dia sedang menikmati kesedapan masakan Arfan.Lelaki kalau yang pandai masak memang boleh buat jadi iman terus.

"Sedap Rish ! Betul ke adik kau yang masak ?" Farina masih tak percaya.

"Betullah saya yang masak !" Satu suara dari belakang menyampuk.

Farina dan Rish sama-sama memandang ke arah empunya suara.Tersedak Farina selepas melihat wajah pemilik suara itu.
Rish menghulurkan air kepada Farina.Farina menyedut minuman itu sebelum berkata-kata.

"Bila kau sampai ? Bukan kau cakap nak datang petang ke ?" Tanya Rish.

"Aku sengaja datang awal sebab takut petang ni sibuk.Lagipun aku dah tak sabar nak dengar jawapan dari Farina !" Arfan melabuhkan punggungnya.

"Far ?" Mata Rish melirik.

"Boleh tak aku nak cakap dengan kau kejap ? Kau sorang !" Farina menjeling ke arah Arfan memberi tanda.

"Okey,i'm go !" Balas Arfan
lalu bingkas bangun.

"After korang bincang,panggil i okey ?" Kata Arfan sebelum pergi.

Farina dan Rish hanya mengangguk tanda mengerti.Arfan berganjak pergi.Tapi sebelum keluar dia berpaling dan menyebut nama Farina.

"Farina !" Panggil Arfan.Farina mengangkat wajah.

"Ikut kata hati !" Selepas berkata seperti itu,Arfan melangkah keluar dari bilik wad.

Farina tersenyum seraya memandang Rish yang masih ada didepan dia.

"So apa keputusan kau ?" Tanya Rish.

"Kalau aku jadi adik ipar kau,kau akan okey ke ?" Farina bertanya dengan nada yang serius.

"Far,aku okey je ! Even kau ni muda dari aku,aku tahu kau ni matang lagi dari adik aku dan aku percaya kau boleh jaga pakai,makan,minum adik aku seperti mana mama aku jaga dia ! So tak ada sebab aku tak suka kau jadi adik ipar aku !" Bahu Farina dipegang.

Farina terkedu.Tubuhnya pula kejung.Bagaikan mimpi,sahabat baiknya akan jadi kakak ipar kepada dia selepas ini.

"So macam mana ?" Tanya Rish lagi.

"Aku dah buat keputusan yang aku akan terima dia ! Memang sekarang aku belum cintakan dia tapi aku percaya suatu hari nanti saat kami dah sah jadi suami isteri,cinta dan hati aku hanyalah untuk dia !" Jawab Farina.

"Yes !" Sorak Arfan selepas mendengar kata-kata Farina.Rish dan Farina yang mendengar suara garau itu mengalihkan pandangan ke pintu.

"Kau pasang telinga ke dik !" Jerit Rish.

Arfan membuka pintu lalu tersenyum nakal.Dia mengorak langkah dan terus memegang erat tangan Farina.

"Far,saya janji akan jadi suami dan ayah yang terbaik untuk awak dan anak kita kelak !" Ucapan manis itu berakhir dengan sebentuk cincin yang tersarung cantik pada jari manis Farina.

"Amboi kau dik,mana kaj belajar semua ni hah ?" Sakat Rish.

"Kau ni kak tak nak bagi peluang dekat aku ! Cis !" Jelingan maut tersinggah pada wajah Arfan.

"Lepas sihat jumpa mama papa kan ?" Tanya Rish.

"Haah,aku nak percepatkan majlis aku.Takut pula kalau ada halangan !" Balas Arfan yang tersenyum manis.

"Kenapa nak cepat-cepat ?" Sampuk Farina.

"Awak tak nak ke kahwin dengan saya cepat-cepat ?" Arfan memandang Farina.

"Woi geli bodoh !" Rish menjelirkan lidahnya keluar.

"Apa kak ? Haha !" Ketawa Farina selepas memanggil sahabatnya itu dengan panggilan kakak.

"Wah dah main watak eh ?" Sambung Rish.

"Well,aku nak practise panggil engkau kakak lah ! Betul kan Kak long ?" Tanya Farina dengan nada yang gurau.

"Kalau saya awak nak panggil apa ?" Tanya Arfan yang cemburu melihat bakal isterinya lebih melayani kakaknya daripada dia.

"Awak nak saya panggil apa ?" Tanya Farina malu.

"Panggil 'ABANG' and nanti saya panggil awak 'SAYANG' !" Arfan memberi kenyitan maut.

"Dah lah aku nak termuntah dah ni !" Sekali lagi Rish melakonkan aksi nak termuntah itu.

"Biasalah orang single mana tahu nak romantik ni ! Kan sayang ?" Senyuman nakal terukir pada wajah Arfan selepas mengenakan kakak kandungnya itu.

"Menyampah betul aku dengan kau ni ! Nakpa kau tok !" Kata Rish dengan gayanya.

"Dah lah sayang,abang nak pergi kerja nak cari duit untuk kita kahwin hah !" Arfan cuit hidung Farina.

Arfan bingkas bangun.Langkah Arfan berakhir dengan senyuman yang dihadiah khas untuk bakal isterinya itu.

"Gatal eh !" Rish mencubit lengan kawan baiknya yang akan merangkap sebagai adik iparnya itu.

"Aku happy tengok kau senyum." Rish memeluk tubuh Farina.

"Thank you Rish ! Aku beruntung sangat dapat kawan baik macam kau dan bakal suami macam adik kau." Kedengaran bunyi esakan.

"Dah lah Farina,kau ni dah macam adik aku ! Lagipun aku percaya yang Arfan akan jaga kau macam mana dia jaga nyawa dia !" Balas Rish.

Seminggu kemudian,Farina sudah boleh dibawa pulang selepas pengesahan dari doktor.Arfan sudah menunggu saat ini.Rish menolong Farina mengemas pakaiannya sebelum dibawa pulang oleh Arfan.

"Fan,kau jaga kawan akak baik-baik ! Kalau aku dapat tahu kau sakitkan hati dia ! Nahas kau !" Ugutan halus yang keluar dari mulut Rish.

"Aku tahu lah macam mana nak jaga bakal bini aku ! Kau duduk diam dan tunggu okey !" Arfan ketawa selepas berkata seperti itu.Diikuti oleh Farina dari belakang.

"Amboi-amboi ! Dah boleh gelak eh sekarang !" Sakat Rish.

Farina berhenti ketawa.Muka Rish ditenung lama.Disambung lagi gelakan dia yang tergendala tadi.

"So majlis mama dah siapkan ! Korang cuma perlu pergi fitting baju okey !" Kata Rish.

"Hah,mama kau dah settlekan semua ke ? Ya allah kenapa tak tunggu aku,boleh lah aku tolong apa yang perlu." Jawab Farina.

"Kau macam tak kenal mama kan,dia kalau bab macam ni memang dia suka ! Lagipun adik aku ni sorang je anak lelaki dia makin bertambah lah excited dia tu !" Rish mengangkat beg yang dipenuhi oleh baju Farina dan diberikan segera kepada Arfan.

"Malu lah aku ! Belum jadi menantu dah buat perangai ! Nanti apa orang cakap !" Farina mengorak langkah ke arah Rish.

"Ala tak apa lah,mama aku tu bukan siapa-siapa ! Dia dah jadi mak mertua kau pun ! Erm okaylah aku pergi dulu...Aku ada hal kat luar ni ! Nanti malam datang rumah eh !" Pesan Rish.

"Kenapa pula ?" Tanya Farina yang terpinga-pinga.

"Kau ni kan kalau aku kata lembab kau marah ! Mama aku ajak dinner lah ! Kau balik rest dan malam nanti Arfan akan datang ambil kau ! Faham Cik Farina ?" Rish menjelaskan satu per satu.

"Kau ni kan ! Ermm baiklah !" Jawab Farina.

"Abang turun dulu nanti sayang turun dengan 'KAK RISH' okey ?" Panggilan Kak Rish itu sengaja ditekan kuat.

"Eh belum nikah dah nak berabang-abang geli aku !" Rish menggelapar kegelian.

"Praktis lah akak ! Kau apa tahu calon pun tak ada !" Balas Arfan.Wah gurauan kasar.

"Oh sedap eh kau kenakan akak ! Meh sini kau nak berabang kan !"

Bush !

Tumbukan padu diterjahkan ke arah perut Arfan.Tertunduk Arfan disebabkan tumbukan kakaknya itu.Merah pendam muka bila Farina melihat keadaan dia.

"Aduh akak !" Arfan mengurut perutnya yang sakit.

"Hah nak gurau dengan aku lagi tak ? HAHAHA !" Rish ketawa riang.

"Sayang ! Kenapa tercegat je ! Tolong lah abang awak ni !" Laung Arfan dalam kesakitan.

"Eh kejap !" Farina mengangkat Arfan dan memimpin kearah kerusi.

"Nah awak duduk dulu,nanti reda lah tu !" Ujar Farina.

"Uwerk ! Menyampah aku ! Menyesal pula aku datang teman korang ni !" Penyesalan yang tiba-tiba datang di sudut hati Rish.

Rish melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.Selepas melihat kelibat Rish yang menghilang,Arfan bingkas bangun dan hal itu mengejutkan Farina.

"Eh tadi sakit ? Sekarang sihat je saya tengok !" Farina mencebik bibir.

"Ala saya nak buat Rish tu menyampah je ! Awak jangan marah hah ! Jangan marah !" Arfan bergurau.

"Dah jom balik !" Tambah Arfan lagi.

"Jom !" Jawab Farina laju.

"Amboi laju eh !" Arfan ketawa angin.

Mereka berdua mengorak langkah meninggalkan ruangan pesakit itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience