TANGISAN CINTA 4

Romance Series 3990

"Abang,bangun solat !" Sayup suara Farina membangunkan suaminya itu.

"Ermmm,one minute please !" Rayu Arfan yang separuh tidur.

"Nanti sayang selesai ambil wudu',sayang bangunkan abang balik eh ?" Tambahnya lagi.

"Ish apa nak kena lah budak ni !" Bisik Farina.

Seusai Farina mengambil wudu' dan menyarungkan telekung dikepalanya,dia mendekati suaminya itu.

"Bang,bangunlah ! Solat subuh sama-sama !" Suara lembut itu menusuki telinga Arfan.

"Hrmm,abang dah bangun ni.Sayang nak kiss boleh ?" Arfan memuncungkan mulutnya.

"Ish abang ni,sayang ada wudu' lah." Pantas Farina melarikan diri.Nasib tak tersentuh.

"Aduhai kasih,terlepaslah ni !" Arfan bangun dari katil mereka.

"Dah tak payah nak mengada ! Awak pergi sekarang,nanti kita lewat lah abang !" Farina melebarkan sejadahnya.

"Ya,abang nak pergi dah ni.Garangnya bini abang ! Takut lah baby ! Haha !" Gelak sakan Arfan mengata bini dia.Farina memberi jelingan maut.

"Comel pula bini aku ni !" Bicara hati Arfan.

Sinaran mentari mula memencar.Tangan gebu mula menyusun pinggan-pinggan di atas meja makan.

"Abang,jom makan !" Panggil Farina.

"Abang makan dekat pejabat lah sayang,abang ada hal ni !" Mata Arfan tertumpu pada jam tangan miliknya.

"Farina,Arfan memang macam tu.Dah jom duduk makan dengan aku !" Balas Rish.

Tergesa-gesa Arfan ingin ke pejabat.Entah betul entah tidak.

"Abang !" Panggil Farina.

Langkahnya terhenti.Kepala berpaling dan memandang isterinya.

"Apa ?" Tanya Arfan.

Farina melangkah mendekati Arfan.Tangan Arfan diangkat lalu diciumnya.Membulat mata Arfan.

"Saya nak selesaikan tugas saya sebagai isteri awak !" Jawab Farina seraya mengukir senyuman.

"Ya Allah,aku tak sanggup nak tipu dia ! Tapi aku tak boleh untuk berterus terang." Bisik hati Arfan.

"Dah saya pergi dulu !" Arfan melangkah pergi.Sosok tubuh lelaki itu mulai hilang dari pandangan Farina.

Kereta diparkir tepat depan restoran yang bewarna merah itu.Nafas ditarik dalam.Tangan mencengkam stereng kereta.

"Betul ke apa yang aku buat ni ?" Mindanya berpikir.

"Yes,Arfan kau terpaksa buat begini ! Kalau kau tak buat,kau akan kehilangan dia sampai bila-bila !" Sambungnya lagi.

Kaki Arfan keluar dari perut kereta.Tubuh tegap itu menutup pintu kereta lalu meluru masuk ke dalam restoran.

Bola mata melirik mencari kelibat seseorang.Matanya tepat ke arah seorang gadis yang sudah mengangkat tangan.

"Hi sayang !" Cuak muka Arfan mendengar perkataan itu.

"Tak payah nak sayang sangat lah ! Apa yang kau nak bagitahu aku ?" Tanya Arfan.

"Sit down please !" Tangan Arfan disentuh.

"Nak suruh duduk suruh sahaja lah,tak payah nak sentuh aku !" Arfan menepis tangan kotor itu.

"Jangan nak sombong dengan i lah Syarif ! You kena ingat yang rahsia you semua ada dalam genggaman i !" Kata Rani sombong.

"Kau nak apa ? Duit ? Kau nak berapa ?" Arfan mengeluarkan buku cek.

"I tak nak duit,Syarif.I nak you hidup dengan i ! Bahagia dengan i !" Kata-kata itu meluru keluar dari bibir munggil Rani.

"I tahu yang you tak cintakan isteri you kan ? I tahu yang you terpaksa kahwin dengan dia." Tambah Rani seraya mengusap tangan Arfan.

"Kalau i tak cintakan dia,buat apa i kahwin dengan dia ? Otak ada kan,guna lah !" Pedas omongan Arfan.

"Come on Syarif,i know you and i know your taste ! You takkan jatuh cinta dengan someone yang lebih tua dari you even dia cantik !" Kata Rani.

"Dah lah ! Baik aku pergi daripada layan kau yang macam murahan ni !" Balas Arfan seraya mengangkat punggung dia.

"Wait Syarif ! You tahu kan yang you penyebab perempuan sial tu...Ops !" Rani menutup mulut dia.

"You jangan kurang ajar lah ! You tak ada dekat situ and you tak tahu apa yang terjadi antara i dengan dia !" Ujar Arfan yang penuh dengan kemarahan.

"Syarif ! You ikut i sekarang,kalau tak semua rahsia you i akan bocorkan !" Berubah riak muka Arfan.

Arfan mengikuti apa kehendak Rani.Dia seakan anjing yang turut berjalan bersama tuan dia.

"Naik kereta i !" Kata Rani.

"I datang dengan kereta i dan i pergi dengan kereta i !" Keras Arfan.

"Okey,you can go with your own car but dengar sini jangan cuba nak tipu i.Kalau i tahu you tipu i rumah tangga you akan hancur !" Ugut Rani seraya membuka pintu dan masuk ke dalam perut kereta dia.

"Bodoh punya perempuan !" Batin Arfan.

Arfan melangkah pergi ke arah kereta dia.Dia menghidupkan enjin seusai masuk ke dalam perut kereta dia.

"Hello,saya balik lambat !" Hanya itu yang diungkapkan oleh Arfan selepas menelefon isteri dia.

"Pagi tadi mood okey saja,but now macam nak marah aku ? Aku ada buat silap ke ?" monolog Farina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience