CHAPTER 4

Romance Series 6596

Keesokan harinya,Afeefa membuka kelopak matanya.Kedua-dua tangannya menggosok lembut matanya.

"Tenang juga aku tidur semalam !" Kaki Afeefa berpijak di lantai.

Afeefa terus bergerak menuju ke bilik air.Berus gigi dipegang dan laju menggosok giginya.Meskipun mata dia masih lalai tapi teknik dia tidak pernah salah.

"Hari ini ada lunch date dengan Encik Muaz,malas pula rasanya !" Afeefa berkumur.

"Tapi kalau tengok lama-lama Encik Muaz ni macam...Heh ! Lupakan Afeefa !"
Afeefa menampar mukanya.

Afeefa membasuh mukanya sebelum dia mandi.Seusai mandi,Afeefa keluar dari bilik air.

Afeefa terus meluru ke bucu katilnya.Ditangannya juga sedang memegang tuala kecil untuk mengeringkan rambutnya.

"What 10 miss called ?" Terkejut Afeefa.

"Hah Encik Muaz ? Mamat ni dah kenapa call banyak-banyak ? Ke dah syok dengan aku !" Afeefa menekan nombor Muaz.

"Hello,Encik Muaz kenapa call saya ?" Tanya Afeefa.

"Oh tak saya nak ingatkan awak supaya share location dekat saya,nanti saya pick up awak !" Jawab Muaz.

"Oh okay ! See you soon !" Afeefa mematikan panggilan tersebut.

"Woish letak macam tu je ? Memang kurang asam garam betina sial ni !" Marah Muaz.

Ting ! Ting !

Pesanan masuk.Muaz melihat pesanan yang dihantar oleh Afeefa.

"Eleh kat sini rupanya !" Lagak Muaz.

Muaz bergerak keluar dari biliknya.Dia berjalan dan langkah terhenti di depan sebuah bilik.

Tangannya seakan lemah untuk memusingkan tombol pintu bilik itu.Setiap kali berdepan dengan bilik itu pasti keringatnya kelihatan.

"Muaz ?" Sapa Puan Munirah.

"Yes bonda !" Muaz menoleh.

Tak semena tangan Muaz mengelap peluhnya sendiri.Puan Munirah yang melihat tingkah laku Muaz terus memeluk erat anaknya itu.

"Muaz tak bersalah,kenapa Muaz terus salahkan diri Muaz ! Ini dah suratan takdir !" Muaz membalas pelukkan bondanya.

"Muaz listen here ! Bonda nak cakap,you have strong Muaz ! Bonda tahu yang Muaz kuat untuk tangani semua benda ni !" Puan Munirah menepuk bahu anaknya.

"Yes bonda ! Tapi untuk melupakan bukan benda yang mudah ! That very difficult for me !" Kata Muaz.

"Muaz,kamu kena redha dengan pemergian adik kamu ! Ini dah takdir tuhan !" Puan Munirah meraup muka anaknya.

"Ni semua pasal perempuan tu bonda !" Nada Muaz meninggi.

"Ini semua tak ada kena mengena dengan dia Muaz ! Semua ni dah takdir !" Puan Munirah menggoncang bahu anak lelakinya.

"Entah lah bonda,entah kenapa hati Muaz ni susah untuk menerima pemergian dia !" Luah Muaz.

"Dah lah Muaz ! Kita semua yang masih hidup ni hanya mampu berdoa agar dia tenang di alam sana !" Puan Munirah memeluk Muaz.

Muaz membalas pelukan itu dengan erat sekali.Tak semana tangan Puan Munirah menepuk belakang tubuh Muaz.

"Bonda minta kamu jangan buat perkara yang boleh membahayakan diri kamu !" Puan Munirah mengusap pipi anaknya.

"Okey bonda !" Jawab Muaz tapi nada suaranya itu tidak bermaksud begitu.

"Ni kamu nak pergi mana ?" Tanya Puan Munirah seraya menyeka sisa air matanya.

"Muaz nak keluar makan dengan kawan kejap bonda ! Lepas makan Muaz akan terus ke pejabat sebab banyak kerja yang kena buat !" Jelas Muaz.

"Hrmm...Baiklah ! Kamu bawa kereta elok-elok jangan bawa laju sangat,sekarang ni banyak kemalangan yang berlaku ! Cukuplah bonda hilang seorang dari kamu !" Rasa sebak didada hanya tuhan yang tahu.Puan Munirah cuba menyembunyikan rasa sedih itu.

"Okey bonda,Muaz pergi dulu ! Assalammualaikum !" Muaz mencium tangan bondanya.

"Nanti balik nak makan malam dengan bonda tak ? Ke Muaz balik lambat ?" Tanya Puan Munirah.

Muaz yang separuh jalan ditangga menoleh kebelakang.

"Bonda makan lah dulu,Muaz tak tahu balik ke tak ni ! Kerja banyak sangat kat pejabat tu !" Muaz menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Muaz melangkah pergi.Kelibatnya terus hilang dari pandang Puan Munirah.Mata Puan Munirah melirik ke arah bilik itu.

Dia beranikan diri dan kuatkan jiwa raga dia untuk membuka tombol pintu itu.

"Muiz !" Air mata mengalir laju selepas membuka pintu itu.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu.Dia melabuhkan punggungnya di birai katil bilik itu.

"Ya allah rindunya aku dekat anak aku ini ! Aku mohon padamu ya allah ! Kuatkan lah hati aku ! Kau leraikanlah rindu ini ya allah !" Puan Munirah mengurut dadanya.

Bingkai gambar yang masih tergantung pada dinding ditenung lama.Perasaan rindu yang tak pernah memberi isyarat untuk datang.

Muaz dalam perjalanan ke rumah Afeefa.Fikirannya melayang,matanya mula berair.

"Muiz ! Kenapa cepat sangat kau pergi Muiz !" Teriak Muaz dalam kereta.

Kereta diberhentikan seketika di tepi jalan.Stereng kereta menjadi tempat Muaz melepaskan kemarahan.

"Kenapa bukan aku yang ada kat situ Muiz ! Kenapa !" Muaz mula hilang kawalan.

Sikap Muaz yang panas baran itu hadir bila adik lelakinya itu pergi meninggalkan dia buat selamanya.

Muiz Muqri adalah satu-satunya adik lelaki Muaz Muzayyan.Sifat Muiz yang manja dan penyayang itu memberi kesan besar akan kehilangan dia.

Muaz menyeka air mata jantan dia.Cermin pandang belakang kereta menjadi tempat dia membetulkan wajah dia yang habis rosak kerana menangis.

Afeefa masih menunggu Muaz di luar dari rumah dia.Afeefa sengaja menunggu di simpang depan yang tidak jauh dari rumah dia.

"Mana mamat ni ? Nak pergi ke tak sebenarnya ni ?!" Afeefa melihat jam di tangannya.

"Aish nasib ada pondok ni ! Kalau tak memang,Argh !!!" Afeefa mengetap gigi.

Afeefa membuka telefonnya.Dibelek-belek gambar Arfan yang sempat dia ambil senyap-senyap.Arfan ni bukan suka bergambar !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience