CHAPTER 1

Romance Series 6596

Percintaan yang terhalang kerana rasa dendam yang terdalam.Oleh kerana tragedi yang berlaku 2 tahun yang lalu menjadi penyebab hubungan mereka tidak dilengkapi dengan rasa cinta.

Pertemuan pertama sudah dirancang kerana dendam.Bukan kerana kebetulan tapi memang dirancang.Perancangan diatur baik.

Afeefa Aleeya wanita yang mempunyai kisah silam dan kisah itu masih membuatkan dirinya rasa bersalah.

Afeefa berjalan sambil menghirup udara segar.Angin pantai dingin mencengkam diri dia.

Pasir halus yang menyentuh kulit kakinya yang mulus.Langkah Afeefa terhenti apabila melihat seseorang yang terbaring.

"Eh siapa tu ? Kenapa dengan dia ?" Afeefa lantas berlari ke arah orang itu.

Langkah besar diambil.Kain labuh yang menutupi kakinya diangkat sedikit.

"Encik ? Encik ?" Panggil Afeefa.

Mata pemuda itu masih tertutup rapat.Afeefa mulai panik.Diri Afeefa mudah untuk panik.

"Apa yang aku patut buat ni ?" Getus hati Afeefa.

Afeefa mengambil telefon miliknya didalam sling bag dia.Nasib malang menumpang pada dirinya pada saat itu.

Telefonnya kehabisan bateri.Jawabnya tak boleh nak menelefon.Afeefa cuba membangunkan lelaki itu dengan mencuit bahunya.

"Encik bangun please ! Jangan buat saya panik !" Ujar Afeefa.

Kerana tiada gerak balas yang diberikan,Afeefa terus menggoncang laju kepala lelaki itu.Nasib lelaki itu tak sedarkan diri,kalau sedar mesti dah mabuk ketum.

Afeefa masih menunggu di sebelah lelaki itu.Tak terlepas matanya melirik ke arah lelaki itu.

"Handsome juga dia ni ! Tapi kenapa muka dia seiras dengan seseorang ?" Afeefa tersengih.

Bunyi batuk kasar menyentakkan Afeefa dari meneruskan lamunan dia.Laju mata memandang ke sebelah.

"Encik ?" Perkataan pertama yang keluar dari mulut Afeefa selepas melihat lelaki disebelah dia membuka kelopak mata.

"Awak siapa ?" Tanya lelaki itu.

"Saya Afeefa dan saya tak sengaja tengok encik terdampar dekat sini ! So saya tak tahu nak buat apa,saya tunggu lah !" Afeefa menceritakan kisah itu kepada lelaki itu.

Lelaki itu cuba untuk bangunkan diri dia meskipun badan dia masih lemah.Lelaki itu mengeluarkan dompet dari kocek seluar dia.

"Nah !" Sejumlah duit dihulurkan kepada Afeefa.

"Eh tak apa encik ! Kalau encik dah tak apa-apa saya minta diri dulu !" Afeefa meminta izin.

"Awak dah bazirkan waktu awak dengan temankan saya dekat sini,so saya tak nak rasa bersalah !" Jawab lelaki itu.

"It's okay,mungkin hari ini awak punya and mungkin besok hari saya !" Afeefa mengatakan begitu sebelum melangkah pergi.

Afeefa melangkah pergi.Lelaki itu merenung setiap langkah Afeefa dengan renungan yang penuh kebencian.

"Yes mungkin besok Afeefa !" Getus hati jahat lelaki itu.

Selepas kelibat Afeefa hilang dari pandangan.Lelaki itu pula yang mengorak langkah pergi.

Langkah lelaki itu terjeda apabila telefonnya berdering.Dia mengambil dari kocek seluarnya.

'SOFEA'

jelas tertera nama Sofea atau lebih dikenali sebagai kekasih hati lelaki itu.
Lelaki itu mendengus dahulu sebelum mengangkat panggilan itu.

"Hello ?" Datar suara lelaki itu.

"Muaz Muzayyan,awak dah lupa ke yang malam ni kita ada dinner ?" Tegas suara Sofea.

"Aduh Muaz ! Kenapa kau lupa dengan minah ni pula !" Muaz memukul dahi sendiri.

"Yes sayang,i tak lupa ! You tunggu nanti i datang !" Ujar Muaz Muzayyan seraya meletak panggilan.

Matanya melirik ke arah jam tangan.Jarum tepat menunjukkan jam 6 petang.Muaz berlari laju.

"Ni kalau aku lambat confirm mengadu dekat bonda !" Muaz membuka pintu kereta seraya masuk ke dalam perut kereta dia.

Muaz menghidupkan enjin kereta seraya memecut laju.Nak balik,nak mandi semua perlukan masa ! Takkan nak pergi dengan baju yang penuh dengan pasir ni.

Sesampainya dirumah,Muaz melangkah laju ke biliknya.Bonda yang duduk diruang tamu tidak sempat disapa.

Muaz membuka semua pakaian yang penuh dengan pasir itu.Dia seraya mengambil tuala dalam almari yang sudah disedia khas.

Muaz mengorak langkah ke bilik air.Dia mengambil sabun mandi lalu mencuci seluruh badannya.

Seusai mandi,Muaz segera menggapai baju kemeja yang bewarna merah lalu menyarungkan pada tubuhnya.Seluar jeans berwarna putih dikenakan.

Dia membetulkan rambutnya yang dah macam kapal pecah.Minyak wangi yang berjenama disembur pada baju dan lengan.

"Macam ni baru ramai tergoda !" Puji dia sendiri.

Setelah lama bersiap,Muaz turun kembali dengan gesanya.Tidak sempat untuk melangkah keluar,langkahnya terhenti.

"Muaz !" Suara itu sudah tidak asing pada telinga Muaz.

"Yes bonda !" Muaz berpaling.

"Nak pergi mana ni ? Tergesa je bonda tengok ?" Tanya Puan Munirah.

"Ni nak jumpa Sofea menantu kesayangan bonda lah !" Ngadu Muaz.

"Haha ! Siapa kata dia menantu kesayangan bonda,tak minat lah bonda dengan dia !" Tegas Puan Munirah.

"Dah yang kamu masih dengan dia kenapa ? Sayang nak tinggal ke ?" Sakat Puan Munirah.

"Ish bonda ni Muaz juga yang kena ! Dah bonda Muaz pergi dulu,kan lambat kena bebel ! Bonda macam lah tak kenal dengan Sofea tu !" Muaz mengucup tangan bondanya.

Afeefa menyedut minuman yang didepannya.Kerepok lekor yang baru digoreng dikunyah.

"Buat apa tu ?" Tanya seorang lelaki.

"Tengah makan,nak ke ?" Tawar Afeefa.

"Boleh juga !" Lelaki itu melabuhkan punggung disebelah Afeefa.

"Feefa you masih fikirkan tentang tragedi tu ke ?" Tanya lelaki itu.

"Entah lah Abang Bob ! Tapi kalau Feefa tak terlambat mesti semua tu takkan terjadi !" Jawab Bob iaitu manager kepada Afeefa.

"Feefa you kena fokus dengan kerjaya you sekarang,you tahu kan yang you ada show nanti ! Tarian you tu kena perfect !" Jawab Bob.

Afeefa Aleeya adalah seorang penari yang masih mahu mengejar populariti.
Dia juga ada membuat persembahan amal di setiap rumah anak yatim bagi menghiburkan anak-anak yatim yang tinggal disitu.

"Abang Bob !" Panggil Afeefa.

"Yes Feefa ?" Bob menaikkan kepalanya.

"Esok kita ada program tak ? Kalau tak ada Feefa nak pergi Rumah Anak Yatim Nur !" Ujar Afeefa.

"Esok pagi you akan berlatih dan petang Abang Bob rasa jadual Feefa kosong !" Jelas Bob.

"Tak apa nanti Abang Bob tengok semula and Abang Bob akan inform dekat Feefa !" Tambah Bob.

"Thanks Abang Bob,Abang Bob lah orang yang sentiasa ada saat Feefa kesusahan !" Afeefa mengukirkan senyuman.

"Abang Bob dah anggap Feefa ni macam adik Abang Bob,lagipun keluarga Feefa dah amanahkan Abang Bob untuk jaga Feefa !" Balas Bob.

"Kalau lah family Feefa ada lagi kan !" Nada Afeefa sedikit sedih.

"Hah dah mula lah tu ! Stop Abang Bob tak nak dengar !" Celah Bob.

"Feefa sekarang masuk tidur sebab esok pagi ada training kan ? So masuk tidur ! Esok Abang Bob sediakan kereta !" Kata Bob seraya bingkas bangun.

"Baik Abang Bob,selamat malam !" Ucapan terakhir sebelum dia masuk tidur.

Bob mengangguk sambil wajah yang terukir senyuman ditayangkan.
Afeefa melangkah masuk ke dalam biliknya.

- Jangan lupa comments dan rate !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience