CHAPTER 2

Romance Series 6596

"Feefa bangun !" Suara Bob bergendam ditelinga Afeefa.

"Yes Abang Bob,Feefa dah bangun ni ! Tengah bersiap !" Laung Afeefa.

"Ni Abang Bob dah beli breakfast,makan dalam kereta eh ! Abang Bob tunggu dalam kereta !" Balas Bob diluar pintu.

"Ye Abang Bob !" Jawab Afeefa.

Afeefa menyatukan warna lipstiknya bersama liptint watermelon.Afeefa menggapai slingbag.

Afeefa melangkah keluar dari biliknya.Afeefa mengambil kasut adidas yang diberi oleh salah satu peminatnya.

"Abang Bob !" Afeefa membuka pintu belakang kereta.

"Nah,Feefa makan dulu sebab pagi ni Feefa kena training !" Kata Bob.

"So petang ni macam mana ?" Afeefa memasukkan separuh roti ke dalam mulut dia.

"Petang ni Feefa free ! So jadi ke nak pergi rumah anak yatim tu ?" Soal Bob.

"Mesti lah jadi Abang Bob ! Nanti Abang Bob tempahkan nasi ayam !" Kata Afeefa seraya menyerahkan duit.

"Okey !" Bob mengambil duit dari Afeefa.

Bob memecut laju kereta yang dinaiki dia dan Feefa.Suasana menjadi sunyi hening.

"Abang Bob !" Suara Afeefa memecahkan suasana hening itu.

"Apa Feefa ?" Tanya Bob.

"Semalam kan Feefa ada jumpa someone ni dan muka dia ada iras dengan budak 2 tahun lepas !" Afeefa menceritakan hal yang terjadi kelmarin.

"Feefa ! Kan Abang Bob dah kata jangan sesekali ungkit kisah ni lagi ! Abang Bob tak nak Feefa terus salahkan diri Feefa !" Suara Bob mendatar.

"Feefa memang tak nak ingat kejadian tu tapi dengan kehadirannya lelaki semalam Feefa jadi ingat semula !" Afeefa menyedut susu dari kotak kecil yang dibeli oleh Bob.

"Dah ! Lupakan ! Feefa kena fokus dengan latihan Feefa !" Tegas Bob.

Afeefa mendengus panjang.

Setelah 30 minit perjalanan,akhirnya sampai ke destinasi.Tempat latihan Afeefa dari rumah dia lumayan jauh.

"Abang Bob nak pergi tempah nasi ayam kat depan tu,Feefa masuk lah dulu !" Kata Bob.

"Okey Abang Bob !" Jawab Afeefa.

Kerana teringat pertemuan semalam,mood Afeefa terus berubah.Selalunya dia akan bersemangat untuk latihan tapi harini sebaliknya.

Afeefa sibuk berlatih.Keringat sudah membasahi seluruh anggota badan dia.Lelah yang teramat.

Selama 25 minit Afeefa berlatih menari.Desahan nafasnya jelas menunjukkan dia letih.

"Feefa,nah !" Bob menghulurkan sebotol air mineral.

"Thank you Abang Bob !" Afeefa menikmati air mineral itu.

"So Feefa sekarang dah habis latihan,Feefa nak balik dulu or nak mandi dekat sini je ?" Tanya Bob.

"Mandi dekat sini je lah ! Abang Bob dah ambil tempahan tu ?" Afeefa mengacukan soalan.

"Oh lupa pula ! Abang Bob pergi ambil sekejap,Feefa pergi bersiap !" Kata Bob seraya mengambil kunci kereta.

"Okey !" Afeefa bingkas bangun.

Bob hilang dari pandangan.Afeefa melangkah menuju ke bilik mandi yang dibina khas di tempat latihan dia.

"Tolong !" Langkah Afeefa tersentak.

Bisikan dan suara itu persis dengan suara seseorang.Afeefa menoleh.Tiada kelibat kelihatan.

"Abang Bob !" Panggil Afeefa.

Tiada sahutan.

"Mungkin perasaan aku je !" Nafas dihembus.

Kaki kiri Afeefa melangkah masuk ke dalam bilik mandi.Pancuran air hujan membasahi seluruh badan Afeefa.
Afeefa membelai lembut rambut dia.

Seusai mandi,Afeefa mengambil pakaian yang sudah dia siapkan.Baju kurung yang
berwarna merah nampak cantik bila disarungkan pada tubuh Afeefa.

Afeefa yang memiliki kulit putih dan tubuh yang tinggi tambah pula kurus yang tidak gemuk sangat.

"Feefa dah siap ke ?" Laung Bob.

"Dah Abang Bob,nanti Feefa keluar !" Sahut Afeefa.

Afeefa keluar dari bilik dan berdiri di depan Bob.Ternganga Bob di kerusi yang melihat Afeefa memakai baju kurung.

"Wah cantik nya !" Bob bingkas bangun.

"Pandai lah Abang Bob ni kan ! Dah jom,budak-budak dah tunggu tu !" Kata Afeefa.

"Hah jom ! Tak sabar nak jumpa diorang ! Rindu ni dah membuak-buak hah !" Bob berkata manis.

"Hahaha ! Kan Abang Bob,terlalu busy sampai tak ingat nak pergi jenguk diorang !" Afeefa ketawa.

Afeefa dan Bob masuk ke dalam perut kereta.Bob menghidupkan enjin kereta dan terus memecut.

"Abang Bob ada cakap ke yang kita nak datang ?" Tanya Feefa.

"Tak bagitahu lagi,Feefa nak suruh Abang Bob bagitahu ke ?" Diganti pula dengan Bob menanyakan soalan.

"Hrmm,tak payah lah Abang Bob ! Feefa rasa macam nak buat kejutan untuk diorang !" Jawab Feefa.

"Okey !" Bob mengukirkan senyuman.

"Aku akan buat perkara yang kau buat sewaktu kau masih hidup !" Getus hati kecil Afeefa.Rasa sedikit hiba.

Sesampainya di rumah anak yatim,berderu anak-anak yatim itu berlari.Sudah cam akan kereta yang dinaiki oleh Afeefa kerana dia sering melawat rumah anak yatim itu.

"Kakak !" Panggil salah satu anak yatim iaitu Arfan.

"Arfan ! Rindu nya kakak dekat adik kakak ni !" Afeefa memeluk Arfan.

Sememangnya Afeefa rapat dengan Arfan.Dulu tak serapat sekarang.Masa mula-mula Afeefa datang ke rumah anak yatim itu,Arfan adalah seorang yang pendiam dan tak hiraukan keadaan sekelilingnya termasuk Afeefa.

Afeefa cuba untuk menjalinkan hubungan yang lebih dalam dengan Arfan tetapi ditepis laju.

"Kakak kenapa dah lama tak datang ?" Tanya Arfan.

"Sejak dua menjak ni kakak sibuk lah Arfan,banyak show yang kakak kena tampil !" Afeefa dan Arfan melabuhkan punggung.

Nasi ayam yang dibawa oleh Afeefa dibahagikan kepada semua anak-anak yatim disitu.

"Kami semua rindu nak dengan kakak bacakan buku cerita !" Suara Arfan sedikit sebak.

"Ala Arfan jangan lah nangis,nanti kakak bacakan untuk kamu semua ! Tapi sebelum tu makan lah dulu !" Afeefa menyuapkan nasi ayam itu ke dalam mulut Arfan.

"Haa...Kakak malu lah ! Arfan dah besar lah !" Arfan menekup muka dek kerana malu.

"Haha,jangan nak malu sangat lah ! Kakak tahu yang adik nak kakak suapkan !" Afeefa mengangkat kening.

"Kakak,Arfan ada benda nak bagitahu kakak !" Kata-kata Arfan memberhentikan Afeefa dari terus makan.

"Apa ?" Soal Afeefa seraya meneguk air sirap yang ada disamping dia.

"Semalam ada seorang lelaki datang ! Tapi muka dia tu mengingatkan Arfan dengan arwah,memang persis sangat ! Tambah pula bila dia bersuara !" Arfan menceritakan hal yang berlaku semalam.

"Hrmm...Kakak pun pernah jumpa dengan seseorang yang muka sama dengan arwah,mungkin pelanduk dua serupa kot !" Afeefa memandang Arfan.

"Kan,kita kan ada tujuh orang yang muka serupa dekat dunia ni !" Kata Arfan.

"Pandai pun adik kakak !" Afeefa membelai rambut Arfan.

Arfan tersengih malu.

"Okey semua makan cepat ! Nanti kakak akan bacakan buku cerita !" Suara Afeefa didengari oleh semua anak yatim disitu.

"Wah ! Okey kakak !" Bersatu jawapan yang diberi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience