CHAPTER 5

Romance Series 6596

Sebuah Ferrari putih berhenti tepat depan mata Afeefa.Cermin kereta diturun sedikit.

"Encik Muaz ?" Sapa Afeefa sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Jom masuk !" Ringkas Muaz.

"Ish tak gentleman lansung ! Keluar lah bukakan pintu ke ? Ni suruh masuk macam tu je !" Bebel Afeefa seraya kaki melangkah ke arah pintu depan kereta itu.

Afeefa membuka pintu lalu masuk ke dalam perut kereta itu.Dia memasang tali pinggang kereta.

Suasana dalam kereta itu agak sendu.Senyap tidak terkata.

"Kita nak makan dekat mana ?" Tanya Muaz yang mengejutkan Afeefa.

"Saya okey je !" Balas Afeefa.

"Alah perempuan memang macam ni,bila tanya nak makan mana semuanya boleh ! Tapi bila orang lelaki kata nak pergi makan dekat situ lah dia pandai pula nak cakap takut gemuk lah,berminyak lah,panas lah !" Muaz terus membebel.

"Saya bukan macam tu !" Afeefa membuat muka menyampah.

Matanya berputar.

"Ye lah bukan macam tu ! Perempuan semua sama !" Tambah Muaz.

"Alah lelaki pun sama !" Marah Afeefa.

"Sama apa ?" Tanya Muaz.

"Entah !" Ringkas Afeefa.

Pandang dialih ke luar jendela.Nafas ditarik panjang.

"Kita pergi makan dekat Mcdonald je lah !" Kata Afeefa.

"Ele nak merajuk lah tu !" Suara Muaz sedikit menganjing.

"Tak ada masa nak merajuk dengan Encik Muaz !" Jawab Afeefa.Tak sesaat pun matanya melirik pada wajah Muaz.

"Encik lagi,kan saya dah cakap panggil Muaz sahaja dan tak ada perkataan 'ENCIK' tu lagi !" Muaz berpaling ke arah Afeefa.

"Saya tak biasa lah !" Mereka bertentang mata.

Mereka terjeda sekejap.Tak terkelip mata Muaz bila bertentang dengan Afeefa.

"Eh Muaz !" Teriak Afeefa setelah matanya beralih ke hadapan.

"Aih !" Laju tangan Muaz mengendali kereta dia.

"Carefully boleh tak Encik Muaz ?" Lembut suara Afeefa.

Hati Muaz berdebar.Apakah perasaan dia sekarang ?

"Maaf !" Muaz menelan air liurnya.

"Ish bahaya betul dia ni ! Aku belum sedia nak mati lagi,bekalan pun belum tentu masuk syurga !" Bebel kecil Afeefa dalam hati.

"Asal senyap ?" Tanya Muaz tiba-tiba.

"Tak ada apa-apa !" Ujar Afeefa.

"Are you shocked ?" Tanya Muaz.Soalan bodoh ditanya.

"Bangang ke mamat ni !" Getus hati Afeefa.

"Tak pun cuma terkejut je !" Jawab Afeefa.

"Eh bukan ke sama tu ? Haha !" Muaz ketawa kecil.

"Eh kan sama lah !" Afeefa menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"You're so funny,you know ?" Kata Muaz.

"I know that !" Yakin tahap gaban minah ni.

Setelah sampai ke destinasi,Muaz memarkir dahulu keretanya.Kalau ikutkan Afeefa nak sahaja drive thru sebab malas nak bercampur dengan orang ramai.

"Jom !" Ajak Muaz.

Afeefa mengangguk laju.Kaki melangkah keluar.Terasa kekok pun ada.

"Nak duduk dekat luar or dalam ?" Tanya Muaz.

"I feel better kalau luar !" Jawab Afeefa.

Muaz menjenguk-jenguk kalau ada meja kosong untuk mereka bertapa.Sekali matanya terkunci dengan satu meja dihujung pokok bunga.

"Hah kat sana nak ?" Soal Muaz.

"Boleh je !" Jawab Afeefa.

Mereka berjalan dan melabuhkan punggung di meja tersebut.

"Awak duduk saya pergi order dulu eh !" Muaz segera bangun.

"Eh tak apa ke ?" Afeefa terasa takut menyusahkan.

"It's okay,ni awak nak makan apa ?" Tanya Muaz lagi.

"Apa-apa pun saya okey,tapi boleh belikan saya aiskrim ?" Tanya Afeefa.

"Hah nak aiskrim ? Boleh je !" Muaz mengenyitkan mata sebelum pergi.

"What the hell ? Dia kenyit mata ke ? Or aku yang salah nampak ?" Afeefa dah blushing teruk sendiri.

"Afeefa relax ! Jangan serlahkan kebodohan kau ! Simpan dulu kebodohan engkau tu !" Pesan Afeefa pada dirinya sendiri.

Afeefa menunggu Muaz yang sedang memesan.Afeefa melihat pokok bunga yang ada tepat depan mata dia.

"Cantiknya bunga tu !" Afeefa mengeluarkan ponselnya.

Klik !

Satu gambar tersimpan dalam memori telefon dia.Sekali lagi dia mahu menangkap gambar.

Klik !

"Chakk Ar !" Terkejut beruk Afeefa.

"Haha asal macam tu ?" Tanya Muaz.

"Awak dah kenapa muncul depan-depan macam tu ! Terkejut tahu tak !" Afeefa mencebik.

"Haha ! Daripada awak tangkap gambar bunga tu better awak tangkap gambar saya ni !" Sakat Muaz.

"Buat apa tangkap gambar awak ? Awak bukan handsome pun !" Afeefa membalas gurauan itu.

"Hah muka macam justin bibir ni awak kata tak handsome ? Buta dah awak ni !" Muaz menggeleng kepala.

"Justin bibir apa ? Rosak nama anak orang lah Muaz !" Afeefa ketawa.

"Betul lah nama dia macam tu kan !" Muaz tersengih.

"JUSTIN BIEBER lah ! B I E B E R !" Satu persatu ejaan nama penyanyi terkenal itu disebut oleh Afeefa.

"Alah nak sama lah tu !" Muaz menyedut air pepsinya.

"Hah makan,jangan sedap mengumpat justin tu ! Kan tersedak dia makan !" Melawak terus Muaz ni.

Afeefa ketawa angin.Kerana terlampau kelakar sehingga mata dia pun tak kelihatan.

"Dah dah lah tu !" Sebungkus burger diberi kepada Afeefa.

"Kejap lah nak makan aiskrim dulu !" Balas Afeefa.

"Orang makan aiskrim lepas makan burger !" Ujar Muaz.

"Kalau aiskrim ni tak makan awal-awal nanti dia cair !" Kata Afeefa sambil menjilat aiskrim ditangannya.

"Cair macam saya bila tengok awak senyum ke ?" Afeefa terhenti selepas mendengar ayat Muaz.

"Meremang bulu roma saya !" Afeefa ketawa.

"Awak !" Panggil Muaz.

"Apa ?" Tanya Afeefa.

"Saya nak jadi aiskrim lah !" Apakah yang menghasut si Muaz ni.

"Hah ? Kenapa lak ?" Berkerut dahi Afeefa.

"Sebab saya nak awak dahulukan saya macam mana awak dahulukan aiskrim tu ! Cia cia cia !" Muaz menggerakkan kedua-dua tangannya.Seakan bersilat pula.

"Tak termakan !" Balasan kasar dilempar oleh Afeefa.

"Auch ! Sakitnya hati saya !" Muaz berpura-pura mengelap air matanya.

"Haha ! Awak ni lawak juga eh !" Afeefa ketawa sampai keluar air matanya.

"Aduh rosak make up saya !" Afeefa mengelap air matanya.

"Kan untung kalau awak dapat saya !" Tersedak Afeefa.

Afeefa mengendahkan kata-kata Muaz Muzayyan itu.Dia kembali dengan tugasnya iaitu makan.

#Kepada semua yang nak tengok watak-watak dalam novel ni boleh tengok di ig achik ye ! Username ; callmeachik_.
#Jangan lupa comments untuk next chapter ! Pastikan view naik and comments sampai 25 and then achik akan update next chapter ! 25 comments je sayang !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience