BAB 3

Drama Completed 747

Syafinaz memerhatikan suasana sekeliling. Sunyi. Dia menelan kecur air liur. Seram sejuk jadinya apabila mengingati sebait kata nota yang memintanya untuk berjumpa si empunya diri pengirim bungkusan itu. Menurutnya lagi,dia mahu Syafinaz memakai pakaian yang dikirimnya sewaktu mereka bertemu. Namun, walau dipujuk beberapa kali oleh Mimie supaya dia menyarungkan pakaian itu. Syafinaz tetap berdegil. Alasan yang kuat, dia lebih selesa menjadi diri sendiri.

Harris? Apa lelaki itu buat di sini? Jangan-jangan...

Syafinaz menarik nafasnya dalam-dalam apabila melihat seorang pemuda sedang berdiri membelakanginya. Harris berpeluk tubuh. Lagaknya seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Harris, apa kau buat kat sini?”

Syafinaz memandangnya tajam. Mungkinkah Harris yang ingin bertemu dengannya di tempat yang sunyi sepi begini? Apa yang tidak kena dengan lelaki ini sebenarnya?

“Syafinaz, thanks sebab kau sudi datang. Aku harap kau dapat terima dengan apa yang aku nak cakapkan.”

Syafinaz tersentak. Harris sebenarnya orang yang mengirimkan dress dan menulis nota itu? Tapi kenapa?

“Dah lama aku tunggu masa yang sesuai untuk luahkan perasaan ni. Aku sebenarnya... Aku sebenarnya dah lama sukakan kau. I mean, I love you, Syafinaz Ainnur .”

Kata-kata yang keluar dari mulut Harris membuatkan gadis di hadapannya terlopong. Biar betul Harris? Kau tak cuba bergurau dengan aku, kan?

“What? Tolong jangan bergurau dengan aku pasal hati Harris. Aku hargai persahabatan kita. Tapi, aku minta pada kau. Please jangan simpan apa-apa harapan pada aku. Lagipun,aku tak layak untuk kau.”

Syafinaz menggeleng kesal.

“Tapi kenapa? Kenapa kau cuba nak menidakkan rasa yang hadir dalam hati kita? Nanti kau juga merana. Aku tahu, kau pun dah lama sukakan aku,kan? Cuma...”

Syafinaz menekup kedua-dua telinganya. Cukuplah,dia tidak sanggup untuk terus mendengar luahan hati pemuda itu. Sejujurnya,dia tidak sampai hati untuk menolak.

“Nope. Kau silap,Harris . Selama ini,aku cuma anggap kau sekadar sahabat karib buat aku. Just friend. Sorry, aku tak boleh balas perasaan kau. Aku harap kau faham bahawa perasaan memang tidak boleh dipaksa. Bye, Harris. Aku balik dulu.”

Perlahan-lahan Syafinaz menyusun langkah meninggalkan Harris yang sedang dirundung kecewa. Buat julung kalinya,hati lelakinya menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience