BAB 5

Drama Completed 747

Syafinaz mengerling jam tangan birunya. Jarum jam sudah merangkak ke angka 6.00 petang. Hari ini Harris mengajaknya keluar. Sahabatnya itu kini sedang mengusahakan sebuah syarikat rakaman yang terletak di Subang Jaya. Syafinaz tidak menolak. Mana tahu,mungkin ini pertemuan terakhir buat mereka. Kata Harris, ada perkara yang penting yang ingin disampaikannya. Syafinaz memejamkan matanya rapat-rapat. Dia akur dengan siapa Harris berkahwin. Dia sudah bersedia untuk mendengar segalanya daripada mulut Harris . Dia rela asalkan Harris bahagia. Biarlah dia terus sendiri, dan Insyaallah di suatu ketika nanti pasti ada insan yang lebih baik sudi mencintai dan menerima diri ini seadanya.

“Syafinaz ,dah lama tunggu?”

Harris melemparkan senyuman. Syafinaz menggeleng lalu menelan kecur air liur. Senyuman Harris bagaikan mengejek-ejek dirinya. Padan muka kau Syafinaz! Dulu masa dia nakkan kau,kau jual mahal sangat. Nak pendam perasaan sendirilah konon. Sekarang tengok apa dah jadi? Harris dah jumpa pengganti yang tentunya lebih baik daripada kau. Tengoklah anaknya, si Sara yang comel itu. Mesti isteri Harris cantik orangnya,lemah-lembut, penyayang dan sempurna segala segi. Beruntungnya kau Harris!

Syafinaz sekadar menundukkan wajah. Dia mengambil langkah untuk berdiam diri sahaja sehinggalah masa memerlukannya untuk berbicara. Tiba-tiba Harris mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Sebuah kotak kecil merah berbentuk hati diletakkan di tengah-tengah meja. Syafinaz memandang Harris dengan tanda tanya. Harris menarik nafas. Dia cuba untuk menyusun kata. Tidak tahu dari mana ingin dimulakan. Sudah terbukakah hati Syafinaz untuknya seorang?

“Syafinaz, aku nak kau jujur dengan aku ok. Mungkin dulu kau anggap aku sekadar seorang sahabat. Tak pernah lebih dari tu. Tapi sekarang aku nak tahu kau masih anggap aku sahabat kau ker?”

Syafinaz terlopong. Kau memang dah gila agaknya Harris! Kau bukan sudah beristeri dan anak pula tu? Kau nak aku mengaku perasaan aku sekarang? Aku takkan sanggup porak-perandakan rumah tangga orang. Apa kau ingat aku ni spesis Izreen Azminda ke yang nak extend masjid tapi membuat orang lain derita? Tambah-tambah rumah tangga kau Harris. Kau tu sahabat karib aku. Takkan aku tergamak buat macam tu? Aku masih waras,Harris ! Masih waras lagi...

“Aku tak faham.”

Ringkas jawapan yang dihulur oleh Syafinaz.

Cukuplah kau berteka-teki dengan aku tentang siapa Sara sebenarnya.

Harris merenung kelopak mata gadis di hadapannya. Syafinaz cuak.

“Aku masih mengharapkan kau,Syafinaz . Masih setia kat sini...”

Telapak tangan Harris menyentuh dadanya.

Syafinaz tersentak. Apa sebenarnya yang kau nak daripada aku Harris?

“Dahlah,aku tahu kau sebenarnya dah berkeluarga. Sara tu sebenarnya anak kau,kan?” Ujar Syafinaz dengan suara mendatar.

Harris terkejut dengan kata-kata yang dilemparkan oleh gadis di hadapannya. Ya Allah,apa yang kau merepek ni cik adik oi?

Harris tersenyum. Sinis. Benci Syafinaz melihatnya. Cehh... Nak tipu aku konon!

“Aku tak kahwin lagilah. Tapi,aku memang akan berkahwin. Sara tu sebenarnya anak saudara aku. Ni mesti kes dia panggil aku papa, yang kau pandai-pandai jer buat tafsiran sendiri. Don’t worry, hati aku masih pada kau, Syafinaz. Tak pernah berubah walau satu inci pun.”

Di hujung bicara Harris tertawa kecil. Sah,Syafinaz memang ada perasaan terhadapnya. Malu tapi mahu. Wajah yang mula kemerahan itu ditatap sungguh-sungguh.

“Jadi,Sara tu bukan anak kau?” Buat kesekian kali Syafinaz menyoal lagi.

Hish, biar betul mamat ni. Eh, tapi kenapa dia rasa macam lega jer? Ehem... Ehem!

“Nope. Isteri pun tak ada.”

Harris menggeleng laju. Syafinaz bersorak dalam hati. Dalam hati jelah, hehe...

“So?...”

Harris berjeda sebentar.

“Jadi apa?”

Syafinaz masih pura-pura tidak tahu.

Harris tersenyum penuh makna. Impian untuk memiliki Syafinaz Ainnur semakin cerah. Dia benar-benar gembira dan bersyukur.

“Sudi tak kau jadi permaisuri hidup aku? Dah lama menanti ni. Kesian kat aku tau.”

Syafinaz tersenyum. Dalam malu-malu,dia menggangguk tanda setuju. Mereka sama-sama mengukir senyuman bahagia bersama perasaan cinta yang makin menggebu. Semoga kasih mereka mekar selamanya. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience