BAB 1

Drama Completed 747

SYAFINAZ AINNUR menghayun langkahnya menuju ke arah Harris yang sedia menunggu di sebuah pondok tidak jauh dari situ. Sebuah tasik luas terbentang di hadapan mereka. Hari ini dia sudah berjanji dengan Harris untuk mengajar sahabat baiknya bermain gitar. Rasa macam mimpi pun ada. Seorang lelaki meminta pertolongannya untuk mempelajari cara bermain alat muzik itu. Dari apa yang dia tahu,kebiasaannya kaum Adam lebih menonjol apabila memetik gitar. Entah. Mungkin Harris lebih selesa untuk belajar daripadanya. Bukan sehari dua mereka berkenalan,tetapi sudah lebih kurang tiga tahun.

“Ris,dah lama kau tunggu?”

Syafinaz membuka topi yang dipakainya lalu dikibas-kibas untuk meredakan kepanasan. Sebuah gitar jenis yamaha itu diletakkan di hadapannya. Harris juga turut membawa gitarnya sekali. Dengan itu,proses pembelajaran mereka akan berjalan dengan lebih lancar.

Harris melemparkan pandangan ke arah Syafinaz . Lama. Wajah gadis itu tetap manis biarpun tanpa secalit solekan. Ya! Dia mengakui kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh sahabatnya itu. Syafinaz adalah gadis yang paling rapat dengannya. Mereka mula bersahabat sewaktu belajar di universiti Limkokwing.

“Ris,apahal kau pandang aku macam tu? Ada apa-apa yang tak kena dengan muka aku hari ini?”

Syafinaz mengusap wajahnya beberapa kali. Hish,takkan ada jerawat batu kot?

Beberapa minit kemudian,Harris meledakkan ketawanya. Geli hati dia melihat wajah Syafinaz bertukar kemerahan apabila dipandang sebegitu rupa.
Walaupun dari segi luaran,perwatakan dan penampilan Syafinaz menyerupai lelaki tetapi sifat malu dalam dirinya masih menebal. Syafinaz yang dia kenal bukanlah seorang gadis yang cerewet dan menjengkelkan. Gadis itu tidak berminat dengan alat solek,aksesori atau perkara yang selalu menjadi kesukaan gadis seusianya.

Syafinaz Ainnur merupakan seorang tomboy. Sahabat perempuannya di universiti mereka hanya boleh dibilang dengan jari. Dia mempunyai lebih ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan. Sahabat-sahabat lelaki Harris pun merangkap sahabatnya juga. Namun,tidak dinafikan dia berasa amat senang apabila meluangkan masa bersama Syafinaz . Gadis itu seakan memiliki suatu daya penarik pada kaca matanya.

****

“Kenapa tak makan pakai sudu dan garpu?” Soal Harris hairan.

Selesai menghadiri kuliah, mereka terus singgah untuk menikmati makan tengahari di sebuah kedai makan yang selalu dikunjunginya bersama Syafinaz. Sebentar tadi Syafinaz membawa pinggan nasi bersama sepasang sudu dan garpu. Tiba-tiba pula dia melihat sahabatnya itu makan dengan tangan.

Syafinaz mendongak. Banyak bising betullah mamat seorang ni. Bukan Harris tidak tahu,dia sudah tahap kebuluran sebulan tak makan ni.Dia baru sahaja ingin menikmati keenakan ikan keli goreng yang berada di dalam pinggannya.

“Entah. Aku tak berapa selesa sebenarnya. Lagipun kita ni kan orang Melayu? Makan pakai tangan la senang.”

Jawapan Syafinaz membuatkan Harris sekadar menghadiahi senyuman nipis. Biarpun selamba, namun membuatkan hatinya tersentuh agar tidak sesekali melupakan adat yang menjadi tradisi sesuatu kaum. Di rumah,dia dan keluarganya juga jarang makan dengan tangan.

Masing-masing mula diam. Kelihatan Syafinaz menyuap nasi ke dalam mulutnya dengan selaju mungkin. Harris menggeleng. Tiada kesopanan langsung. Entah bilalah Syafinaz akan berubah menjadi seorang gadis melayu sejati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience