BAB 4

Drama Completed 747

3 tahun berlalu...

“Papa,Sara nak calci-yum boleh?”

“Boleh, sayang. Ambillah...Nanti kita pergi bayar dekat kaunter dulu ok.”

Syafinaz menoleh ke arah satu sudut sambil menolak troli yang sarat dengan barang-barang dapur. Kelihatan seorang lelaki sedang mendukung seorang budak perempuan comel. Nampak mesra gitu.

“Mungkin budak perempuan itu anaknya.” Bisik hati Syafinaz .

Hish,mana mama ni? Malas pula dia hendak mencari. Mungkin masih ada barang hendak dibelinya lagi. Lebih baik dia menunggu sahaja. Tiba-tiba kanak-kanak perempuan tadi terlanggar dengannya ketika cuba berlari sewaktu si ayah melepaskannya dari dukungan. Mujur Syafinaz sempat memegang tangannya daripada terjatuh. Pipi montok itu digusap perlahan. Dia terpana seketika. Wajah comel itu seiras...Ehh.

“Syafinaz!”

Lelaki tadi memanggil namanya. Lalu tatapan mereka bersatu.

“Ehh... Harris! Apa kau buat kat sini?” Tegur Syafinaz dengan perasaan teruja.

Hatinya berbunga-bunga riang. Entah perasaan apa yang mula menjengah di hati ini. Mungkinkah aku rindukan dia? Tidak menyangka setelah masing-masing membawa haluan sendiri selepas tamat pengajian di universiti. Dia dan Harris dapat dipertemukan semula. Namun, siapakah budak perempuan yang bersama Harris? Anak Harris? Tapi kenapa Harris tidak menjemputnya untuk menghadiri hari bahagianya itu? Patutlah sudah lama Harris tidak berhubung dengannya. Mungkin Harris sudah melupainya setelah apa yang terjadi di antara mereka?

“Erm,Sara salam dulu dengan Auntie Ainnur.” Pinta Harris lembut.

Si kecil Sara lantas menghulurkan tangannya lalu mengucup tangan Syafinaz manja. Pelik juga kenapa Harris memanggilnya Ainnur. Kenapa tidak Syafinaz seperti selalu? Seperti mereka masih bersahabat dulu?

“Aku bawa Sara jalan-jalan kejap. Then singgah kedai nak beli barang sikit. By the way,how are you? Single or already married?” Usik Harris nakal.

Dia menguntum senyuman. Syafinaz Ainnur yang berdiri di hadapannya kini bukan Syafinaz yang dahulu lagi. Gadis itu tampak cantik dan manis bertudung dengan dress maxi yang dipakainya. Sungguh,dia hampir tidak mengenali sahabatnya itu sebentar tadi. Tetapi,firasatnya yakin bahawa gadis itu adalah Syafinaz Ainnur .

Jiwa dan fikiran Syafinaz terasa kosong. Lidahnya seakan kelu. Kenapa dia tanya aku dah kahwin ker belum? Kenapa persoalan ini yang dia timbulkan? Ouh,Harris ! Adakah kau sudah berpunya? Sara ini,zuriat kau dengan siapa? Ya Allah,engkau kuatkanlah hati hambamu ini. Syafinaz merintih dalam hati. Pedih. Bagai disiat-siat dari dalam.

“Er... Aku sihat. Alhamdulilah. Kahwin? Erm,Tak ada jodoh lagi kot.”

Sedaya upaya dia menahan mutiara jernih yang mula bergenang daripada mengalir. Tolonglah! Aku tak nak Harris tahu tentang apa yang aku rasakan ini.

Pertemuan pada petang itu telah merencatkan emosi Syafinaz pada hari ini dan untuk hari-hari seterusnya. Harris pula masih cuba main teka-teki dengannya. Lelaki itu masih menidakkan yang Sara itu adalah anaknya. Sesampainya di rumah,Syafinaz tidak dapat menahan sebak. Dia menangis semahu-mahunya.

“Maafkan aku Harris. Aku tak dapat lupakan kau. Mungkin ini balasan yang patut aku terima atas kekhilafan aku dulu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience