BAB 4

Romance Completed 562

Pintu rumah diketuk ketika aku baru bangun tidur. Aku keluar dari bilik
dan menuju ke ruang tamu. Tiada sesiapa di rumah. Mak dan bapak sudah ke
pasar awal-awal lagi. Sebaik membuka pintu, aku melihat Firhan sedang
berdiri dan membawa sebuah kotak besar.

“Dahlah awak tahu saya duduk kat kampung ni. Macam mana jugak awak tahu
saya tinggal di rumah ni?” soalku.

“Lina bagitahu semuanya,” balasnya. “Tapi, jangan marah dia. Saya tahu
awak suruh dia sorokkan keberadaan awak. Saya paksa dia,”

“Habis tu, nak apa datang sini?” soalku yang tidak mengharapkan
kehadirannya.

“Boleh saya masuk?”

“Tak boleh.”

“Ok, kita cakap kat luar ni aje,”

Aku duduk di beranda luar rumah kampungku. Firhan mengambil tempat
disisiku. Dia membuka kotak besar itu. Lelak iitu mengeluatkan satu per
satu barang dari dalam kotak itu. Dan kesemua barang-barang itu adalah
hadiah pemberianku kepadanya.

“Apa benda awak buat ni?” soalku setelah melihat dia mengeluarkan semuanya.

“Awak tahu saya paling suka yang ni,” Firhan menunjukkan satu patung
beruang bersaiz kecil. “Ini hadiah pertama yang awak bagi kan,”

Memang patung itu merupakan hadiah pertama dariku untuknya. Tetapi aku
sengaja menidakkanya.

“Entah. Tak ingat pulak,”

“Saya tahu awak ingat,” ujarnya. Aku hanya mendiamkan diri. “Ha, ni
pulak. Surat yang awak tulis ‘dari gadis rahsia’ untuk saya. Saya suka
surat ni sebab dalam ni tulisan awak cantik sangat,”

“Drama berapa episod ni?” sampuk aku memotong kata-katanya. Dia tersentak.

“Ha?”

“Yalah. Awak berlakon drama berapa lama ni? Saya dah nak boring ni,”

Firhan meletakkan semula semuanya di dalam kotak. Dia sedikit megeluh.
Kali ini, dia memandang aku. Aku tidak melihatnya. Wajah aku palingkan
ke arah pantai yang sedang berombak yang dapat dilihat dari luar rumahku.

“Saya takut,” ujarnya.

“Takut apa pulak?”

“Perbezaan cinta dengan benci tu sikit sangat. Saya takut kebencian awak
akan jadi cinta,”

“Tak mungkin rasanya. Sebab apa? Sebab cinta saya yang dah tukar jadi
benci. Jadi, benci tu takkan berubah jadi cinta semula,” balasku.
Sengaja aku menyindir.

Firhan masih bersamaku. Entah apalah yang cuba dia lakukan untuk memujukku.

“Macam ni ajelah. Tak baik kita berdua-duaan macam ni. Orang tua saya
tak ada kat rumah, so tolonglah balik dan jangan ke sini lagi,” pintaku.
Firhan tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mengendahkan
kata-kataku sama sekali.

“Awak dengar tak ni?!” Aku sedikit teriak di telinganya. Sakit hati pula
melihat dia tidak mendengar kata-kataku.

Firhan terus berdiri dan menarik aku bangun. Apa yang dia hendak
lakukan sekarang? Wajah Firhan berubah. Dia mengerutkan dahi.

“Tolong beritahu saya apa yang perlu saya buat supaya awak dapat maafkan
saya dengan ikhlas dan takkan benci saya. Saya tahu saya salah. Sebab tu
saya ke sini untuk cari kemaafan awak.” ujarnya sambil mengegarkan bahuku.

“Saya dah cakap saya maafkan awak kan, dah lah. Nak apa lagi? Kalau
masalah benci, saya tak boleh buat apa-apa. Dulu saya cintakan awak,
tapi sekarang saya dah benci awak. Biarlah Tuhan yang tentukan semuanya.
Saya tak boleh nak halang rasa benci tu,” tegasku yang cuba membuat
lelaki itu faham apa yang aku rasakan.

Aku terus lari meninggalkannya. Aku menuju ke pantai. Dari belakamg
kelihatan dia masih mengejar aku. Geram aku dibuatnya! Aku terus
berhenti sebaik langkahnya semakin mendekati aku.

“Nisa, tunggu dulu. Dengar saya dulu,” ujar Firhan sebaik dia
mendapatkan tanganku. Aku segera melepaskan tangannya.

“Kenapa awak ni? Nak saya cakap bahasa apa? Tak faham ke? Jangan kejar
saya, tolonglah! Saya merayu pada awak kali ni aje. Go away!” bentakku.

“Bagilah saya peluang. Saya bersalah, saya kena betulkan keadaan,”
rayunya lagi. Aku semakin menyirap.

“Listen! Saya takkan pernah maafkan awak seumur hidup saya kalau awak
masih cuba kacau saya macam ni. Saya hanya akan maafkan awak kalau awak
pergi dari hidup saya,faham? Jangan mimpi awak akan dapat kemaafan saya
kalau awak terus macam ni,” kali ini aku terpaksa menarik kemaafanku
terhadapnya. Aku sangat terganggu dengan kehadirannya.

“Baiklah, saya pergi.” ujarnya. Aku tersentak. “Yang penting awak
maafkan saya. Saya takkan ganggu awak. Maafkan saya sebab ke sini dan
gangui ketenangan awak,”

Firhan terus beredar meninggalkan aku sendirian. Kelibatnya hilang di
sebalik nelayan-nelayan yang sedang menuju ke pantai. Entah kenapa aku
berasa serba salah selepas kepergiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience