Pagi-pagi lagi aku sudah ke pantai untuk bertemu dengan Pak Hasan. Hari
ini aku akan melakukan kerja sambilan membaiki jaring seperti yang
diajarkannya semalam.
Ketika kau sedang menuju ke pondok mebaiki, aku melihat beberapa
kanak-kanak lelaki sedang mengerumuni seorang kanak-kanak perempuan yang
sedang menangis. Aku segera menghampiri mereka.
“Bukannya kau tu cantik sangat!” kedengaran suara seorang kanak-kanak
lelaki sedang memarahi kanak-kanak perempuan itu.
“Kenapa kalau dia tak cantik?” sampukku.
“Akak ni siapa?” tanya kanak-kanak lelaki dengan bengisnya.
“Bukan siapa-siapa,”
“Dah tu, kenapa sibuk?”
“Sebab akak ni perempuan jugak. Awak tahu tak menghina tu berdosa. Buat
orang malu. Macam mana kalau awak yang dihina? Mesti awak malukan? Kita
ni manusia, kadang-kadang apa yang kita buat pada orang akan berpatah
balik pada kita tau. Jadi...” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata,
seorang lelaki bersuara dari belakangku.
“Jadi, kita kena hargai orang. Sebab nanti orang yang kita hina tu nanti
akan kita rindui satu hari nanti,” Firhan meuncul dari belakangku.
Kanak-kanak lelaki itu terus beredar. Firhan tersenyum melihat aku.
Aku sangat membenci lelaki itu. Aku segera berlari meninggalkannya.
“Nisa!” Firhan mengejar aku. Dia menarik lenganku dan aku terpaksa
berhenti.
“Nisa,”
“Buat apa sini? Tak cukup hina saya kat kolej, nak hina kat sini pulak!
Sudah,sudahlah tu!”
“Saya tahu saya salah. Saya tak sepatutnya hina awak,”
Aku tidak mengendahkannya. Aku terus beredar meninggalkannya lagi.
Tetapi dia terus mengejar langkahku.
“Saya betul-betul rindukan awak. Dah 3 bulan, saya datang pagi kat
kolej, tak ada kejutan atas meja saya dari ‘gadis rahsia’ saya,”
“Oh, awak rindu nak dapat hadiah. Ok, kalau macam tu saya akan pos
setiap minggu hadiah dekat rumah awak jadi awak akan dapat hadiah lagi
dari gadis bukan rahsia lagi. So, now pergi dan jangan muncul depan saya
lagi,”
“Tak! Bukan tu,”
“Habis tu awak nak apa?”
“Saya nak minta maaf pada awak. Saya betul-betul menyesal,”rayunya.
“Oh forget it!” balasku ringkas. Dia masih menarik aku sebaik aku mahu
beredar.
“No, I can’t. Saya menyesal buat awak macam tu. Saya tak patut buat
macam tu,”
“Dah tu kenapa buat? Awak tahu tak betapa malunya saya dihina macam tu?
Dihina oleh orang yang saya cintai. Saya malu sangat,”
“Yes, I know...”
“No, you don’t know. “ Aku segera memotong kata-katanya. “Saya bagi
hadiah pada awak, ikhlas. Tak minta balasan. Saya cintakan awak,ikhlas.
Tak minta balasan. Bahkan saya tak pernah beritahu awak tentang perasaan
saya, tentang siapa yang bagi hadiah tu. Saya pendam semua tu sendiri.
Saya tak pernah merayu-rayu pada awak suruh jatuh cinta dengan saya.”
Firhan masih memujuk. “Listen...” pintanya
“No, you listen!” bentakku menyuarakan kesakitan di hati. “Siapa yang
tak harapkan cintanya terbalas? Saya pernah berharap awak pun cintakan
saya. Tapi itu perasaan masing-masing. Dah awak tak suka saya, mana saya
boleh paksa. Awak tak cintakan saya tak apalah. Itu soal hati. Kalau
awak tak nak berkawan dengan saya pun tak apa, at least, jaga aib saya.
Saya ni manusia macam awak ada perasaan! Awak tak fikir semua tu! Saya
tak kisah kalau awak tak nak dekat dengan gadis miskin macam saya! Fine,
saya faham siapalah saya. Tapi saya malu dengan apa yang awak buat!
Malu, awak faham tak?!” Aku meninggikan suara. Rasa sakit hati ini masih
membuajk hingga aku lupa bahawa aku pernah jatuh hati padanya.
“Sebab tu saya ke sini. Saya nak minta maaf pada awak,”
“Ok, saya maafkan awak. Tapi dengan satu syarat,”
“Cakaplah. Saya sanggup,” pintanya.
“Jangan muncul depan saya lagi. Pergi dari kampung ni. Jangan jumpa saya
lagi. Just go,” balasku yang mula terganggu dengannya.
“Tapi...”
Aku memotong kata-katanya lagi. Meluat aku mendengar suaranya.
“Apa? Nak apa lagi? Kata nak minta maaf. Saya dah maafkan. Nak apa lagi?”
“Saya nak tebus kesalahan saya,” ujarnya. Matanya mula berkaca. Dia
menggengam tanganku kuat. Dia semakin merapati aku. Sejujurnya aku tidak
sampai hati, tetapi apalah dayaku. Aku telah dihanyutkan rasa benci
padanya. Aku segera menolaknya.
“Tak ada maknanya. Saya dah benci awak, awak tak boleh halang kebencian
tu. Tak perlu tebus kesalahan. Pergi jauh dari saya dan kehidupan saya,
saya akan anggap awak tak pernah wujud dan tak pernah buat salah pada
saya jadi semuanya settle. Pergi,”
“Saya takkan pergi selagi awak tak bagi saya tebus kesalahan saya,”
Sahrul mula bertegas. Akhirnya aku terpaksa melawan.
“Lantaklah Rul!”
Aku terus meninggalkan Firhan sendirian. Meskipun dia cuba menarik, aku
menolak pegangannya dan beredar.
Share this novel