BAB 5

Romance Completed 562

Sejak peristiwa itu, Firhan tidak pernah muncul lagi. Mungkin dia
kecewa dengan sikapku yang ego. Namun, aku tidak menafikan bahawa
ketiadaannya membuatkan aku merasa rindu. Rindu yang tidak dapat aku
gambarkan. Setiap malam wajahnya akan muncul di ingatanku.

Aku menuju ke pantai. Aku memerhati sekeliling kampung. Dengan harapan,
Firhan kembali untuk menemui aku. Tapi, harapanku kosong. Aku duduk
sendirian di pondok. Memerhati nelayan sedang sibuk di pantai.

“Assalamualaikum,”

Satu suara memberi salam dari belakangku. Sebaik aku menoleh, Hayra yang
tersneyum memandangku.

“Waalaikumsalam. Buat apa kat sini?”

“Aku ke sini nak minta maaf pada kau. Kita sama-sama perempuan. Aku
sepatutnya faham perasaan kau. Semua orang berhak mencintai dan
dicintaikan? Aku betul-betul minta maaf,”

Aku terkejut mendnegar kata-kata Hayra Benarkah apa yang aku sedang
dengar? “Tak ada modal lain ke si mamat tu? Sampai hantar kau ke sini
minta maaf,”

“Apa kau cakap ni?” soal Hayra

“Salah ke aku cakap? Firhan suruh kau ke sini, kononnya minta maaf.
Padahal dia nak kacau aku lagi kan?”

“Tak! Bukan! Firhan asyik sebut nama kau aje. Setiap malam dia akan
mimpi dan sebut nama kau! Aku sedar dia cintakan kau bila dia sebut aje
nama kau,”

“So?”

“Dia sekarang koma. Kat hospital Ampang,”

“Apa?!”

Aku menaiki lif menuju ke tingkat dua. Hayra bersama aku sejak tadi.
Apalah nasibFirhan ? Sudah dua hari dia ditempatkan di hospital kerana
kemalangan.

“Mana wad dia?” soalku sebaik tiba di tingkat dua. Hayra menunjukkan wad
tempat Firhan dirawat.

Firhan masih koma dan terbaring ketika aku tiba. Kelihatan dua orang
rakannya turut berada di situ. Aku terus menghampiri katil lelaki itu.

“Sebelum kemalangan, dia ada cakap yang dia cintakan kau. Dia harap
sangat kau dapat maafkan dia dengan ikhlas tanpa syarat. Esoknya, dia
terus kemalangan. Mungkin dia terlalu rindukan kau,” ujar Hayra

Aku mendekatiFirhan . Aku duduk di kerusi yang sudah tersedia di situ.
Aku menatap wajahnya. Masih kacak seperti kali pertama aku mengenalinya.

“Shahrul? Kenapa boleh accident? Kan aku dah kata aku maafkan kau,” Aku
menggenggam erat tangannya.

“He loves you, Nisa. Dia harap sangat kau cintakan dia macam dulu lagi.
Cinta tanpa bersyarat. Cinta yang tulus dan murni,” ujar Hayra

“Shahrul, saya dah maafkan awak. Seriously, saya rindu pada awak. Tak
tahu bila rasa benci saya pada awak hari tu hilang. Apa yang saya tahu,
saya semakin cintakan awak. Without any condition. I love you. I love
you,” Aku meletakkan kepalaku di telapak tangannya. Aku sangat sedih
melihat dia terbaring.

“I love you too, sayang.”

Suara Firhan kedengaran. Aku mengangkat kepala. Firhan sedang
tersenyum memandang aku. “Hayra ! Apa semua ni?” bentakku kepada Hayra
Hayra dan rakan-rakan yang lain terus ebrlari keluar meninggalkan aku
sendirian bersamaFirhan . Firhan terus menarik tanganku sebaik aku
bangun untuk mendapatkan mereka semua.

“Nisa, saya cintakan awak. Jangan tinggalkan saya lagi. Please?” pinta
Shahrul.

“Oh, maknanya awak tak accident lah? Pembohong!”

“Saya tak niat nak bohong awak. Ini aje cara supaya saya tahu awak
cintakan saya atau tak. But now, saya dah tahu yang awak suka saya,”

“Tapi tak payahlah sampai nak bohong macam ni! Saya risau awak tahu tak!
Malaslah layan awak,”

“Err, nantilah. Pandang saya,” Firhan menarik aku. Dia menatap mataku.
Jantung aku berdebar tidak menentu. Dia merapati wajahku. “Saya cintakan
awak. Saya janji takkan buat awak macam dulu lagi. I need you. You’re my
heart. I love you, Nisa. Forever,”

Aku terkesima. Wajahnya benar-benar di hadapan wajahku. “Saya pun
cintakan awak. You’re everything I need. Jangan tinggalkan saya. Saya
maafkan awak,”

Firhan terus melepaskan aku. Dia bangun dari katil. Terus berdiri dan
kembali merapati aku. “Will you marry me?” soalnya sambil berbisik di
telingaku. Aku sekadar tersenyum dan mengerti maksudnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience