Aku duduk sendirian. Bunyi aliran sungai yang deras tidak membuatkan aku
kesunyian. Meskipun hatiku sedih dan kecewa namun aku tidak cepat
melatah. Aku hadapi semuanya dengan tabah. Lelaki yang selama ini aku
puja, sudah menjadikan aku seorang pembenci. Dan lelaki itu jugalah
merupakan orang yang pertama aku benci di dalam hidupku.
Tiada lagi airmata yang menitis di pipi. Hidup aku sememangnya orang
yang susah. Aku tidak akan menyusahkan lagi hidupku hanya kerana lelaki
yang tidak pandai menghargai cinta. Peristiwa memalukan itu masih jelas
terpahat di ingatanku. Penghinaan yang aku terima masih terang di benakku.
Beberapa bulan yang lalu...
“Kalau korang nak tahu, perempuan ni lah yang tiap-tiap pagi bagi aku
hadiah.” Teriak Firhan di hadapan semua pelajar di luar pagar kolej.
Aku sangat malu ketika itu. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.
“Betul tu kawan-kawan! Minah ni yang ada hati dekat boyfriend aku! Tak
malu ke bagi hadiah tiap-tiap hari dekat boyfriend orang? teriak Hayra
pula. Semua pelajar mentertawakan aku. Rasa malu yang teramat sangat.
Sampainya hati mereka menjatuhkan aibku.
“Kau tu orang miskin. Mana kau dapat duit beli hadiah-hadiah semua ni?
Layak ke kau untuk aku ha?”
Mereka masih mentertawakan aku. Firhan dan Hayra sama sekali tidak
memikirkan aku dan terus menghina aku di hadapan mereka semua. Aku tidak
tahan. Akhirnya aku terpaksa bersuara.
“Diam!” jeritku. Semua pelajar terdiam. “Memang! Aku suka kau, Rul. Aku
bagi semua hadiah tu! Aku cintakan kau,”
Firhan masih ketawa tetapi agak perlahan. Hayra hanya tersenyum sinis.
“Aku pun manusia ada hati untuk suka orang! Dah Tuhan bagi aku rasa
cinta untuk kau, takkan aku nak halang hanya sebab aku miskin dan kau
kaya! Hadiah yang aku selalu bagi kat kau tu memang tak mahal dan tak
ada nilai pun di mata kau! Tapi itu duit kumpul aku sendiri. Tapi pernah
ke aku minta kau balas perasaan aku?”
Kali ini kesemua mereka terdiam. Aku terus menyuarakan perasaanku.
“Aku tahu, Hayra Selama ni kau yang intip tiap-tiap pagi kan. Kau nak
tahu siapa yang bagi hadiah kat meja pakwe kau kan. Aku tahu. And yes, I
loveFirhan . Tapi pernah ke aku jumpa dia merayu-rayu supaya cinta pada
aku jugak? Pernah ke?! Tak pernah tau. Bahkan aku rahsiakan siapa yang
bagi hadiah tu! Aku tak tulis dari siapa! Sebab aku tahu aku tak layak
untukFirhan . Aku ni bukanlah cantik sangat macam kau!”
“Relax lah,” celah salah seorang di situ. Aku lantas menghentikan
kata-katanya.
“Diam, aku tak habis cakap lagi! Dan kauFirhan . Pernah aku minta
balasan dari semua hadiah yang aku kasi. Pernah? Tak! Bahkan setiap kali
aku jumpa kau aku lari sebab aku cemburu tengok kau dengan Hayra Tapi
ada aku kisah semua tu? Ada aku minta kau jatuh cinta dengan aku? Aku
tak tahulah macam mana aku boleh sukakan kau! Padahal aku tahu kau tu
playboy! Hayra ni entah girlfriend kau yang ke berapa entah! Tapi itu
perasaan aku, aku tak boleh nak buang rasa tu kalau itu yang aku rasakan!”
Mereka masih terdiam. Masih mendengarkan luahan hatiku yang sangat malu.
“Dalam sifat jahat kau selama ni aku ingat kau sebenarnya orang baik.
Tapi lepas semua ni, aku sedar orang jahat takkan pernah berubah. Kalau
sebelum ni aku sangat mencintai kau. Dan aku harap aku mencintai kau
sampai aku mati. Tapi sekarang, kau pegang kata-kata aku ni. Aku benci
kau! Sampai mati!”
Share this novel